MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, March 07, 2018

Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda (Kesatria) UiTM Se-Malaysia Siri 13/2018

Pada 12 Februari 2018 yang lepas, Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda (Kesatria) UiTM Se-Malaysia telah berlangsung di UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. Program ini telah berlangsung selama 6 hari bermula pada tanggal 12 Februari 2018 sehingga 17 Februari 2018. Sebanyak 14 kontinjen dari UiTM seluruh Malaysia termasuk kontinjen Sarawak telah menyertai istiadat pentauliahan kali ini. Pada jambori tahun ini, 2 acara sampingan telah diadakan iaitu Pertandingan Kawad Kaki Antara Batalion dan Pameran Kerjaya Angkatan Tentera.

Kontinjen Johor telah menghantar seramai 70 orang komander yang terdiri dari Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang. Kami telah bertolak ke UiTM Seri Iskandar pada 11 Februari 2018 kira-kira pada jam 11.00 pagi dan tiba di sana kira-kira pada jam 6.00 petang. Sedikit latihan telah diadakan pada waktu malam di Padang Kawad UiTM Cawangan Perak yang menjadi tempat pertandingan kawad kaki dan perbarisan pentauliahan. 



                                             

Pada 12 Februari 2018, kami mulakan aktiviti dengan PT pagi. Kemudian, latihan bagi pertandingan kawad kaki turut diadakan. Pada waktu malam pula, taklimat program telah diadakan di Dewan Seri Iskandar. Pada malam itu juga telah diadakan cabutan undi bagi pertandingan kawad kaki. UiTM Johor telah mendapat giliran ke-11 bagi acara tersebut.  




                                           

Pada 13 Februari 2018, seperti biasa kami mulakan aktiviti dengan PT pagi. Kemudian, kami membuat latihan kawad kaki bagi persediaan untuk pertandingan pada keesokan harinya. Pada sebelah petang pula, latihan perbarisan istiadat pentauliahan telah diadakan di padang kawad.







Pada 14 Februari 2018, debaran kian terasa. Antara acara sampingan yang diadakan adalah pertandingan kawad kaki. Acara ini merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh setiap kontinjen. Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor telah menghantar seramai 35 orang komander termasuk simpanan bagi menyertai acara ini. Kontinjen Johor telah diketuai oleh Lt. M (K) Firdaus bin Hamdi (KEST). Dengan kesungguhan, disiplin dan usaha yang dilakukan oleh para Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor dalam acara ini, keputusan yang diraih amat membanggakan sekaligus mengangkat nama Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor. UiTM Johor telah memenangi kategori Pelurus Barisan Terbaik, Ketua Platun Terbaik dan sekaligus menjadi Juara Keseluruhan dalam Pertandingan Kawad Kaki bagi Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda (Kesatria) UiTM Se-Malaysia Siri 13/2018. Seterusnya, pada waktu petang pula latihan perbarisan istiadat pentauliahan telah diadakan. 









Pada 15 Februari 2018, acara sampingan yang kedua iaitu Pameran Kerjaya Angkatan Tentera telah diadakan di Dewan Seri Iskandar. Program ini sedikit sebanyak dapat menambahkan pengetahuan kepada setiap individu. Selain itu, latihan perbarisan turut diadakan manakala pada sebelah malam pula raptai bagi penyampaian watikah telah diadakan di Dewan Seri Iskandar. 








Pada 17 Februari 2018, hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Seawal jam 7.00 pagi para komander yang bakal ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Kesatria telah berkumpul di padang kawad untuk Istiadat Perbarisan Pentauliahan. Perbarisan ini telah berjalan dengan lancar dan anugerah bagi komander terbaik setiap kampus telah disampaikan. Kemudian, para komander berpindah majlis ke Dewan Seri Iskandar bagi Istiadat Penyampaian Watikah. Majlis ini turut dihadiri oleh ibu bapa komander dari setiap kampus bersama ahli keluarga mereka bagi memeriahkan lagi suasana majlis. Seterusnya, pada waktu malam pula Majlis Makan Malam Regimental telah diadakan di Dewan Seri Iskandar. 














Pada 18 Februari 2018, Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor telah bertolak pulang. Segala pencapaian yang amat membanggakan ini adalah berkat usaha, kerjasama, dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor. Syabas dan tahniah diucapkan atas kejayaan yang diperoleh pada kali ini. Semoga Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor lebih berjaya di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment