Pada 04 November
2013 hingga 17 November 2013 yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Komander
Kesatria Negara Batalion VI dengan kerjasama Unit Kokurikulum UiTM Johor Kampus
Segamat telah mengadakan program Latihan Intesif Bakal Komander (LIBK) Siri
24/2013. Program ini disertai oleh 78 orang dan dikendalikan oleh
Komander-komander Kesatria Negara yang terlatih.
LIBK ini
berlansung selama 14 hari . Pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang program
ini berlansung antaranya adalah kawad kaki, penunjuk arah, jalan lasak dan
sebagainya.
Para peserta di
bahagikan kepada 2 platun. Mereka dilatih oleh 4 orang jurulatih iaitu En.
M.Sahlan Bin Taib, En.Abdul Aziz Bin Idrus, En.Arshad Bin Hj.Mohd Syukur dan
En.Mohd Ayub Bin Hassim. Bermula dengan senaman pagi di sekitar kawasan UiTM,
kemudian diikuti dengan latihan kawad kaki.Pelbagai kerenah dapat dilihat
sepanjang aktiviti ini berlansung.
Selang beberapa
hari kemudian, para peserta LIBK di bawa ke Bukit Asahan, Melaka untuk latihan
pandu arah. Segala aktiviti pada hari itu berjalan dengan lancar walaupun ada
beberapa kumpulan pandu arah sesat ketika menjalankan latihan. Kegembiraan
bertambah apabila peserta-peserta LIBK berpeluang mengadakan perkhemahan di
tasik Cincin, Melaka.
Pada hari
terakhir pula, Majlis Tamat Latihan atau lebih dikenali sebagai ‘Passing Out’
telah berlansung. Majlis Tamat Latihan ini dirasmikan oleh Brig. Gen. (Kest)
Prof Madya Dr Hj Omar Bin Samat iaitu Rektor UiTM Johor.Selain itu, 3 peserta
yang telah dinilai akan mendapat anugerah tertentu. Bagi anugerah kawad kaki terbaik
jatuh kepada KRM Norhanim Binti Mat Sariff, bagi anugerah akademik terbaik
jatuh kepada KRM Wan Afiq Aminin Bin Wan Ahmad Fekri dan bagi anugerah
keseluruhan terbaik jatuh kepada KRM Muhammad Ikhmal Bin Muhamad Fadzil.
Selepas itu,
majlis pemakaian pangkat oleh ibu bapa masing-masing berlansung. Ibu bapa
serta
adik-beradik turun padang bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Kesimpulannya,
program selama 14 hari ini berlansung tanpa berlakunya sebarang masalah dan
gangguan. Tahniah kepada batch 24 yang baru sahaja menjalani Latihan Intensif
Bakal Komander. Selamat Datang ke Komander Kesatria Batalion VI.
No comments:
Post a Comment