Monday, February 18, 2013

Sayang Jengking


SESI PAGI

    Majlis ini dirasmikan oleh KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim dengan memecahkan belon air sebagai tanda perasmian majlis dan juga permulaan aktiviti air yang dijalankan.

    Aktiviti "Sayang Jengking" dimulakan dengan senamrobik, diikuti pula dengan sarapan pagi seterusnya permainan sukaneka. Nama permainan yang dijalankan ialah seperti berikut :

  • Junjung Air
  • Alahai Jengking Pening 
  • Belon Tampar
  • Banana Splash
  • Belon Fight
  • War Game  
    Majlis berakhir bagi sesi pagi apabila berakhirnya kesemua aktiviti yang dijalankan dan majlis ini akan disambung pada malam hari dengan aktiviti seterusnya.
   
SESI MALAM

     Majlis bermula dengan aktiviti BBQ yang dijalankan seawal Jam 1800 petang sehingga masuknya solat Maghrib. Selesainya solat Maghrib secara berjemaah yang berimamkan KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim. Kemudian, sedikit suapan kerohanian iaitu penyampaian tazkirah yang disampaikan oleh KRM Jiman Bin Md Daim. Selepas berakhirnya tazkirah tersebut, aktiviti diteruskan lagi dengan solat Isyak berjemaah. Apabila selesainya solat berjemaah tersebut, aktiviti yang paling dinantikan oleh semua iaitu makan malam bersama-sama. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada yang tertentu. Selesai sahaja penyampaian hadiah, majlis bersurai.

     

No comments:

Post a Comment