MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, July 13, 2011

AGM KOMANDER SESSI JUL-NOV

Alhamdulilah,bersyukur kehadrat ilahi dengan segala rahmat nya pada 13 jun 2011 Annual General Meeting atau Mesyuarat Agong Tahunan Komander Kesatria  telah diadakan di Dewan kuliah, Blok Kayangan,pada pukul 8.00 malam.AGM Komander Kesatria pada sessi  Jul-Nov 2011 dirasmikan oleh Tuan Ujud Bin Pabil, diiringi oleh En.Juakhir ,Mantan Pemerintah dan barisan top 5 untuk masuk ke majlis.





Mesyuarat yang diadakan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis,dan bacaan doa 
Majlis diteruskan lagi dengan pembubaran JPKK semester lepas dan pelantikan barisan JPKK baru
Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian AGM Komander oleh Tn. Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum.







Tuan Ujud Bin Pabil memakaikan pangkat Komander kanan kepada  komander Wan Ahmad Zatullbahti. Pangkat Komander Madya pula di pakaikan kepada komander Mohamad Nooraiman,komander Muhammad Arif, komander Mohamad Affeeyan dan komander Siti Aisyah.

Setelah selesai, para tetamu disajikan dengan tayangan video aktiviti komander sepanjang semester lepas dan seterusnya barisan majlis tertinggi JPKK mengiring tetamu-tetamu VIP untuk berpindah majlis bagi menikmati jamuan ringan yang disediakan. Majlis masih belum berakhir, majlis diikuti dengan pembacaan laporan semester lepas dari setiap biro JPKK. 








Majlis berakhir pada jam 10.30 Malam.
Terima kasih di ucapkan kepada semua semua komander yang terlibat. Dan tidak dilupakan juga kepada mantan-mantan komander yang hadir bagi memeriahkan AGM komander sessi  Julai- November ini

No comments:

Post a Comment