Sunday, June 05, 2011

Latihan Intensif Bakal Komander dan Latihan Intensif Brass Band


Pada 8 Mei 2011 hingga 19 Mei 2011 yang lalu, latihan intensif bakal komander dan latihan intensif brass band siri 20 telah diadakan di UiTM Segamat, Johor. Latihan intensif bakal komander itu telah disertai oleh 48 orang bakal komander dan di selia oleh 14 orang komander, manakala bagi latihan intensif brass band pula telah disertai seramai 40 orang siswa dan siswi dan di selia oleh 5 orang komander. Antara kampus yang terlibat bagi menyertai latihan intensif bakal komander adalah dari UiTM Larkin dan UiTM Negeri Sembilan. Latihan itu diadakan untuk memberi latihan kepada bakal komander sebelum bergelar sebagai komander Johor. Antara latihan yang dijalankan adalah, kawad kaki, latihan tunjuk arah, ceramah, ujian bertulis, perkhemahan di Asahan, Melaka dan penutup LIBK.


















                                                                   





No comments:

Post a Comment