MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, March 07, 2011

Program Pemerkasaan Anak Bangsa

Ini merupakan program yang dianjurkan oleh pihak HEP UiTM Johor pada 24hb Februari 2011, jam 2ptg, untuk pelajar semester akhir Diploma dan Degree iaitu pelajar 'part' 6. Semua pelajar semester akhir diwajibkan untuk hadir bagi mengikuti Program Pemerkasaan Anak Bangsa. Pihak HEP telah meminta bantuan daripada Komander semester 6 untuk menjadi urusetia bagi program tersebut.
Barisan urusetia komander semester 6
Seramai 21orang komander semester 6 telah berusaha untuk menjayakan program tersebut.

 Pada jam 2ptg, semua pelajar semestar akhir berkumpul di Dewan Sri Temenggung (DST). Kira-kira pada jam 2.30ptg, penceramah masuk ke dalam dewan dan seluruh dewan amat mengalu-alukan kedatangan penceramah dengan tepukan yang sangat gemuruh.
Pelajar berduyun masuk ke Dewan Sri Temenggung (DST)
Gambar di ruang legar DST.
Majlis dipengerusikan oleh KM Ahmad Ruzaini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh KM Azizi. Kemudian, para hadirin di dalam dewan diminta berdiri bagi menyanyikan lagu negeri Johor, Negaraku, Wawasan Setia Warga UiTM dan lagu lagenda iaitu Anak Kecil Main Api.
Pengacara majlis yang memeriahkan majlis.
Sebaik sahaja semua lagu selesai dinyanyikan, semua dijemput duduk dan majlis menjemput penceramah pertama, Datuk Prof. Madya Hj. Abd Halim Sidek dengan ceramah yang bertajuk "Destini Anak Bangsa".
Di dalam ceramah beliau, telah membuka mata generasi akan datang (pelajar) mengenai kedudukan anak bangsa dalam negara sendiri (Malaysia).
Ceramah yang disampaikan oleh Datuk Prof. Madya Hj. Abd. Halim Sidek    
Selepas berakhirnya ceramah beliau, majlis diteruskan dengan penceramah kedua, En. Basharudin bin Abdul Hadi, pensyarah dari Fakulti Jurutera Awam dengan ceramah yang bertajuk "Perlembagaan Malaysia".
Beliau berkongsi pengalaman dan menerangkan tentang Perlembagaan Malaysia kepada semua pelajar. Hal ini kerana perlembagaan telah banyak membantu Melayu dalam mempertahankan negara Malaysia daripada dikuasai oleh bangsa lain.
Gambar pelajar sedang mendengar ceramah
Setelah berakhirnya sesi ceramah, majlis diteruskan dengan sesi soal jawab.

Sebelum majlis berakhir, semua hadirin dikehendaki untuk berdiri bagi menyanyikan lagu "Anak Kecil Main Api".
Berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu "Anak Kecil Main Api".
Kemudian, berpindah majlis kepada sedikit jamuan makan untuk pencermah-penceramah. Manakala para pelajar turut disediakan makanan di bawah khemah di luar dewan.

p/s : Program ini memberi banyak manafaat kepada semua pelajar dan membuka mata pelajar untuk terus menjaga kedaulatan negara daripada dijajah oleh bangsa lain. Selain itu, semua komander sangat berbesar hati kerana dapat membantu pihak HEP dalam menjayakan program ini.

~Terima Kasih~

"Once a Commander, Always a Commander"

_Biro Multimedia & Publisiti_2011

No comments:

Post a Comment