MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, June 25, 2024

 

Pada tanggal 7 Jun 2024, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah menjayakan Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (Mini Perkom Ko) 2024. Pertandingan ini telah berlangsung selama satu hari dan telah melibatkan 6 buah Kompeni iaitu Kompeni Alpha Kesatria Negara, Kompeni Bravo Kesatria Negara, Kompeni Charlie Kesatria Negara, Kompeni Delta Kesatria Negara, Kompeni Echo Kesatria Negara dan Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.

 




















POSTER PERTANDINGAN KOMPENI KOKURIKULUM BERUNIFORM MINI

                                                            (MINI PERKOM KO) 2024



Sebanyak 4 acara yang dipertandingkan Mini Perkom Ko 2024 iaitu acara Kawad Kaki, acara E-Sport : Mobile Legends Bang Bang, acara Tarik Tali dan acara Classic Orienteering. Mini Perkom Ko 2024 ini telah dimulakan dengan ucapan daripada Lt. Kol. Prof. Madya Ahmad Nawawi Bin Hj. Yaakob (KEST).

 

 

 Mini Perkom Ko 2024 ini dimulakan dengan acara Kawad Kaki yang dimulakan oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara dan disusuli oleh Kompeni Echo Kesatria Negara. Untuk pengetahuan semua, acara Kawad Kaki ini telah dijuarai oleh Kompeni Delta Kesatria Negara, manakala naib johan jatuh kepada Kompeni Alpha Kesatria Negara dan tempat ketiga disandang oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.

 

 


ACARA KAWAD KAKI


Berjalan serentak dengan acara Kawad Kaki, acara E-Sport : Mobile Legends Bang Bang turut hangat dipertandingkan. Acara ini melibatkan 6 peserta dalam satu kumpulan dengan diwakili oleh lima orang pelajar kokurikulum dan seorang Komander pengiring bagi setiap kompeni. Johan bagi acara ini ialah Kompeni Alpha Kesatria Negara, naib johan pula disandang oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Delta Kesatria Negara. 

 


ACARA E-SPORT : MOBILE LEGENDS BANG BANG




  

    Pada sebelah petang pula, dua acara telah berlangsung secara serentak iaitu acara Tarik Tali dan acara Classic Orienteering. Acara Tarik Tali menjadi pembuka acara pada sesi petang dan acara ini telah dijuarai oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara. Naib johan pula disandang oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Delta Kesatria Negara.


                                                                                                                                                                              ACARA TARIK TALI

 

Acara ini melibatkan 2 orang siswa dan 2 orang siswi yang akan dilepaskan secara berasingan bagi setiap Kompeni. Acara Classic Orienteering ini telah dijuarai oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara, naib johan pula disandang oleh Kompeni Delta Kesatria Negara dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.

 

                                                                                                                                                                            ACARA CLASSIC ORIENTEERING



Pada keesokan harinya bersamaan dengan 8 Jun 2024 sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap acara diadakan. Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh  Kol. Dr. Basaruddin Shah Bin Basri (KEST) dan diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST). Bagi juara keseluruhan Mini Perkom  Ko 2024 ini disandang oleh Kompeni Delta Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Alpha Kesatria Negara sebagai naib johan. Bagi tempat ketiga pula telah disandang oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar kokurikulum Semester 1 kerana telah bersama-sama melibatkan diri dalam  Mini Perkom Ko 2024 pada kali ini.