MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, January 05, 2021

PERTANDINGAN KOMPENI KOKURIKULUM VIRTUAL (V-PERKOM KO) 2020

        Pada 25 Disember 2020 sehingga 1 Januari 2021 telah berlangsung Pertandingan Kompeni Kokurikulum Virtual (V-PERKOM KO) 2020 secara atas talian yang melibatkan semua pelajar kor bahagian 1. Pertandingan yang berlangsung selama 8 hari itu telah melibatkan 12 kompeni iaitu Kompeni Alpha Kesatria Negara, Kompeni Bravo Kesatria Negara, Kompeni Charlie Kesatria Negara, Kompeni Delta Kesatria Negara, Kompeni Echo Kesatria Negara, Kompeni Foxtrot Kesatria Negara, Kompeni Kesatria Kembara, Kompeni Kadet Bomba, Kompeni Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Kompeni Brassband, Sukarelawan Polis Siswa Siswa (SUKSIS).

 


Acara pertama yang dipertandingkan adalah E-Sport PUBG Mobile. Acara ini merupakan acara baru untuk V-Perkom Ko sesi ini dan telah berlangsung pada 25 Disember 2020. Dalam acara ini, setiap kompeni perlu menghantar 2 team yang terdiri daripada 5 orang pelajar kor dan acara ini telah dijuarai oleh Kompeni Delta Kesatria Negara, diikuti oleh Kompeni Kadet Bomba dan tempat ketiga diikuti dengan Kompeni Bravo Kesatria Negara.


Seterusnya, acara kedua yang telah dipertandingkan adalah acara E-sport Mobile Legend. Acara ini juga merupakan acara baharu dalam pertandingan V-Perkom Ko sesi ini dan telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 25 Disember 2020 dan 26 Disember 2020. Acara ini memerlukan setiap kompeni untuk menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 6 orang pelajar. Kedudukan pertama telah disandang oleh Kompeni Kesatria Kembara diikuti oleh Kompeni Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Kompeni Delta Kesatria Negara.

 


Acara ketiga pula ialah acara Video Deklamasi Sajak yang telah berlangsung pada 25 Disember - 28 Disember 2020. Bagi acara ini, Pingat Emas telah dimenangi oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara manakala Pingat Perak dimenangi oleh Kompeni BrassBand dan Pingat Gangsa disandang oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. Acara seterusnya pula adalah acara Video Sorakan Kreatif yang telah berlansung bermula 4 Disember 2020 sehingga 30 disember 2020. Johan bagi acara ini disandang oleh Kompeni Kesatria Kembara manakala Naib Johan disandang oleh Kompeni Delta Kesatria Negara.dan tempat ketiga disandang oleh Kompeni Brassband.

Video deklamasi sajak

Video sorakan kreatif

Acara seterusnya berlangsung pada 7 Disember 2020 sehingga 24 Disember 2020 adalah Pertandingan Kawad Kaki Virtual. Acara ini memerlukan setiap kompeni untuk menyediakan 10 orang wakil untuk menyediakan video mereka dan 2 orang yang akan dipilih untuk dipersembahkan video mereka kepada para juri untuk dinilai. Johan bagi Kawad Kaki Virtual ialah Kompeni Bravo Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara dan tempat ketiga berjaya dirangkul oleh Kompeni Echo Kesatria Negara. Manakala bagi Pemenang Kawad Kaki Individu Terbaik (Bahasa Hukuman Terbaik) dalam Pertandingan Kawad Kaki Virtual ini disandang oleh Nur Fatin Nazurah Binti Ismail dari Kompeni Delta Kesatria Negara.

 

Kawad kaki virtual

Acara seterusnya, Pertandingan Larian Virtual Perkom Ko berlangsung selama 4 hari iaitu pada 22 December 2020 sehingga 25 December 2020. Setiap pelajar perlu merekod masa larian sejauh 5 km dan menghantarnya kepada komander pengiring bagi mewakili kompeni masing - masing. Acara ini dijuarai oleh Kompeni Kesatria Kembara dan diikuti oleh Kompeni Echo Kesatria Negara dan disusuli oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.

 

Acara terakhir yang diadakan adalah acara Larian Terbuka yang berlangsung pada 23 Disember 2020 sehingga 27 Disember 2020. Acara ini terbuka kepada semua universiti awam antaranya ialah UiTM Shah Alama, UiTM Sabah, UiTM Sarawak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu, UiTM Pasir Gudang, UiTM Melaka, UiTM Pahang, UiTM Perak, UiTM Kelantan, UiTM Pulau Pinang, UiTM Kedah, UiTM Negeri Sembilan, UiTM Puncak Alam & Puncak Perdana,, Kesatria UNISZA, Palapis UTM, Suksis UNIMAP dan Suksis Segamat. Acara ini dijuarai oleh UiTM Shah Alam manakala naib juara disandang oleh UiTM Kuala Terengganu dan tempat ketiga disandang oleh UiTM Jasin.

 

Kemudian pada 1 Januari 2021, jam 8.30 malam, Majlis Perwakilan Komander Kesatria VI telah mengadakan Majlis Penutup Pertandingan V-PERKOM KO 2020 di platform Youtube Komander Johor bertujuan untuk meraikan para pemenang yang telah bertanding dalam kesemua 8 acara tersebut. Majlis diserikan lagi dengan ucapan Pegawai Memerintah Komander Kesatria Batalion VI, KK Abu Zahin bin Abu Bakar dan diteruskan dengan ucapan Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST) selaku Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan KOmander Kesatria Batalion VI, UiTM Cawangan Johor. Majlis penutup V-Perkom Ko 2020 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor iaitu Kol. Prof Madya Dr. Haji Zamali bin Haji Tarmudi (KEST). Majlis diteruskan dengan tayangan multi media montaj acara - acara yang berlangsung sepanjang V-Perkom Ko dijalankan dan pengumunan pemenang keseluruhan Pertandingan V-Perkom Ko 2020. Tempat pertama jatuh kepada Kompeni Bravo Kesatria Negara, tempat kedua dimiliki oleh Kompeni Delta Kesatria Negara dan tempat ketiga disandang oleh Kompeni Kesatria Kembara. Akhir sekali majlis ini ditutup dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Di Hatiku.

Ucapan Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST)

Pengacara majlis






MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA BATALION VI SESI OKTOBER 2020 - FEBRUARI 2021

Pada 20 November 2020 bersamaan hari Jumaat yang lepas, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Uitm Cawangan Johor Kampus Segamat telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Sesi Oktober 2020 – Februari 2021 yang diadakan secara atas talian dengan menggunakan platform "Google Meet"


Hal Ini merupakan pertama kali Komander Johor menggunakan platform tersebut bagi mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti bersemuka. 




      Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ini dijalankan bertujuan untuk membubarkan Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang lama sekaligus melantik ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang baru.


      Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu dan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Amirul Afiq Bin Zakir Hamdi. Seterusnya, majlis diteruskan dengan menjemput KK Abu Zahin Bin Abu Bakar, Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI untuk memberikan ucapan serta melantik ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Sesi Oktober 2020 – Februari 2021.


Carta organisasi sesi Mac-Julai 2020



Carta organisasi sesi Oktober - Februari 2021


    Seterusnya, ucapan diberikan oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI, UiTM Cawangan Johor. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Sesi Oktober 2020 – Februari 2021.


Sebelum berakhir, majlis diserikan lagi dengan tayangan multimedia yang telah disediakan.


Sesi bergambar


Sesi bergambar

    Sebagai penutup, diharapkan dengan pelantikan ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang baru ini, dapat memberikan semangat kepada para pemimpin untuk terus maju dan berjaya di masa hadapan. Tidak lupa juga untuk menasihati agar para komander untuk menjaga kesihatan dan menjaga jarak fizikal sebagai langkah pencegahan wabak Covid-19 agar terputus rangkaian jangkitan. Akhirulkalam, hashtag kita jaga kita.



Tuesday, March 10, 2020

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN KOMANDER KESATRIA BATALION VI SESI MAC-JULAI 2020

Pada 6 Mac 2020 bersamaan hari Jumaat yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Sesi Mac - Julai 2020 yang bertempat di Dewan Sri Temenggong, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor Kampus Segamat.


 Melapor


            Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ini dijalankan bertujuan untuk membubarkan Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang lama sekaligus melantik ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang baru.


                                                                                      Pengacara majlis


             Usai nyanyian tiga buah lagu dan bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan daripada mantan Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Sesi September 2019 - Januari 2020 iaitu KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob. Seterusnya, majlis menjemput KK Abu Zahin Bin Abu Bakar, Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI untuk menyampaikan ucapan serta melantik ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Sesi Mac - Julai 2020.


Ucapan daripada mantan Pegawai Memerintah Sesi September 2019 - Januari 2020

Ucapan daripada Pegawai Memerintah Sesi Mac - Julai 2020




               Seterusnya, ucapan diberikan oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI, UiTM Cawangan Johor. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Sesi Mac - Julai 2020.




              Majlis kemudiannya beralih arah kepada upacara pemakaian pangkat kepada 10 orang pemerintah tertinggi Komander Kesatria Batalion VI yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Kehormat, Lt. Kol. (K) Syazali Effendi bin. A. Wahab (KEST) dan para Pegawai Kehormat yang lain.





               Penerima pangkat yang pertama ialah KOMANDER KANAN ABU ZAHIN BIN ABU BAKAR selaku Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI. Penerima pangkat seterusnya ialah:

KOMANDER MADYA SYAHIR BIN SHAHARUDDIN
KOMANDER MADYA NUR IZZATI BINTI SAM
KOMANDER MADYA MOHAMAD FAIROZAN AMIR BIN MOHD ISMAIL
KOMANDER MADYA HUSNA AINI BINTI SHAHIDI
KOMANDER MADYA MUHAMMAD AMMAR BIN ROSLI
KOMANDER MADYA MUHAMMAD KHAIRIL SYAZWAN BIN ZULKIFLI
KOMANDER MADYA NUR ATHIERAH BINTI MOHD ROMZI
KOMANDER MADYA UMAR KALIF BIN ZABIDI
KOMANDER MADYA YASMIN BINTI ZAHIMI


Pemakaian pangkat kepada Komander Kanan dan Komander Madya

             Selanjutkan, pemakaian pangkat bagi Komander Muda yang terdiri daripada 11 Ketua Biro dan 11 Ketua Kompeni turut dilaksanakan.

KOMANDER MUDA NURAIN BATRIESYIA BINTI ZAKARIA
KOMANDER MUDA MUHAMMAD MUSTAKIM BIN MOHD RAZID
KOMANDER MUDA NURAINA IZATTY BINTI HAMDAN
KOMANDER MUDA SITI NORHASLINA BINTI SURAJI
KOMANDER MUDA UMIE ADRIEANA QISTIENA BINTI ABD KADIR
KOMANDER MUDA MUHAMMAD HAKIMI BIN MAT HABEHA
KOMANDER MUDA NAZIRA HAZWANI BINTI HAMINOZAIN
KOMANDER MUDA AFZA AQILAH BINTI ABDUL GHANI
KOMANDER MUDA NOR AFNAN BIN ISHAK
KOMANDER MUDA MUHAMMAD ADIB BIN ASHAARI
KOMANDER MUDA MOHAMAD NAZRI BIN MOHAMAD NIZAM
KOMANDER MUDA NURAIN BINTI ABD RAHMAN
KOMANDER MUDA SHAZWINA AMIERA BINTI SHAMSUDDIN
KOMANDER MUDA NURUL SHAHIRAH BINTI NOOR ALLIM
KOMANDER MUDA NURFARAHAUNI BINTI RAHIM
KOMANDER MUDA NUR AMIRATUS SOLEHAH BINTI SALMUAZAM
KOMANDER MUDA NUR NAJIHAHTUL NAJWA BINTI MOHD ZULKIFLI
KOMANDER MUDA NUR ELYA SYAZWANI BINTI JOHA
KOMANDER MUDA SITI NUR AIN NADHIRAH BINTI ABD KARIM
KOMANDER MUDA MUHAMMAD FAZLI BIN RADZUAN
KOMANDER MUDA ALIF SYAZWAN BIN BADROL HISHAM
KOMANDER MUDA MUHAMMAD NUR SYAHMI BIN UJUD
KOMANDER MUDA MUHAMMAD RAHIMI BIN MOHD RASID

                                                                                              Pemakaian pangkat kepada Komander Muda

Upacara pemakain pangkat ini turut diakhiri dengan pemakaian pangkat untuk Komander Rendah Kanan :

KOMANDER RENDAH KANAN MUHAMMAD NORMAN  BIN ZAINI

Penyerahan kuasa bagi sesi Mac – Julai 2020 merupakan kemuncak majlis ini. KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob selaku Pegawai Memerintah bagi semester lepas telah menjalankan upacara penyerahan kuasa kepada KK Abu Zahin Bin Abu Bakar selaku Pegawai Memerintah yang baru. Upacara ini telah diiringi oleh Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A.Wahab (KEST) dan Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST).


                                                                                                        Upacara penyerahan kuasa


Seterusnya, Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST) telah dijemput untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A.Wahab (KEST). Majlis diserikan lagi dengan tayangan multimedia yang telah disediakan.
Di akhir majlis, para tetamu dijemput untuk berpindah majlis dan menikmati hidangan yang desediakan.

                                                                                                  Nyanyian lagu

Para tetamu menikmati hidangan yanmg disediakan


             Sebagai penutup, diharapkan dengan pelantikan ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang baru, Majlis Perwakilan Komander Kesatria akan terus maju dan mampu membanggakan nama UiTM Cawangan Johor.

Thursday, February 06, 2020

LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER SIRI 34/2020 DAN LATIHAN INTENSIF BRASS BAND SIRI 31/2020


Pada 22 Januari sehingga 02 Februari 2020 yang lalu, Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri 34/2020 dan Latihan Intensif Brass Band (LIBB)  Siri 31/2020 telah diadakan di Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor kampus Segamat. Seramai 147 orang Bakal Komander yang terdiri daripada 112 peserta cawangan Segamat dan 34 peserta cawangan Pasir Gudang serta 83 orang anggota Brass Band.
Selama 10 hari latihan berlangsung bertujuan untuk membentuk jati diri para peserta dan melatih mereka menjadi individu yang berwibawa, bertanggungjawab, efektif serta mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Selain itu, latihan intensif ini bertujuan bagi memastikan penyatuan mutu permainan dan kawad pancaragam yang baik dan mantap dalam meningkatkan koordinasi sebagai satu pasukan.
   Latihan ini diadakan selama 10 hari dan bertujuan untuk membentuk keperibadian peserta serta meningkatkan prestasi dan keterampilan yang merangkumi aspek-aspek rupa diri dan tatasusila mereka. Ia juga dapat membentuk jati diri para peserta dan melatih mereka menjadi individu yang berwibawa, bertanggungjawab, efektif serta mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Oleh itu, terdapat banyak pengalaman yang dapat mereka peroleh daripada latihan khusus ini.

Bagi Latihan Intensif Bakal Komander Siri 34, latihannya adalah tertumpu kepada pembelajaran pergerakan asas kawad kaki dengan dibimbing oleh empat orang jurulatih serta Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor.  Selain daripada pembelajaran kawad kaki, para peserta juga didedahkan dengan kaedah merempuh halangan, ilmu pertolongan cemas dan asas peta.

Bakal Komander menjalankan aktiviti kawad kaki bersama jurulatih

Manakala bagi peserta Latihan Intensif Brass Band Siri 31, mereka mempelajari pelbagai perkara asas untuk menjadi seorang anggota Brass Band dan mempelajari cara menggunakan alatan muzik. Mereka juga turut diuji dengan daya ketahanan fizikal dan mental yang memerlukan focus dan komitmen yang tinggi sewaktu berlatih.

          

Anggota Brass Band tekun mempelajari cara menggunakan alatan muzik

Pada 02 Februari 2020, telah berlangsungnya MAJLIS TAMAT LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER SIRI 34/2020 DAN LATIHAN INTENSIF BRASS BAND SIRI 31/2020 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR yang bertempat di padang kawad. Majlis simbolik pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Men. Jen. Prof. Dr Azizan Bin Abdullah (KEST)  yang merupakan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara.
                                                    Perbarisan bakal komander


Majlis simbolik pemakaian pangkat
      
Di samping itu, upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang juga telah dilaksanakan. Bagi Peserta Terbaik Akademik, disandang oleh Komander Rendah Muda Mohamad Amirul Haizad Bin Roslin. Pemenang Peserta Terbaik Kawad Kaki pula jatuh kepada Komander Rendah Muda Awangku Muhammad Dzul Hisyam Bin Awang Basuandi. Seterusnya, bagi Peserta Terbaik Keseluruhan disandang oleh Komander Rendah Muda Afdhal Bin Baharin. Manakala, Anugerah Platun Terbaik jatuh kepada platun satu yang diketuai oleh Komander Rendah Muda Muhammad Danish Danial Bin Nazaruddin dengan kekuatan anggota seramai 37 orang

Upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Usai berlangsungnya Majlis Tamat LIBK Siri 34/2020 dan LIBB Siri 31/2020 di padang kawad, majlis selanjutnya berpindah ke Dewan Sri Temenggong bagi meneruskan upacara penyerahan sijil Latihan Intensif Bakal Komander dan Latihan Intensif Brass Band kepada para peserta.
                                       

Penyampaian sijil LIBK



 Upacara diteruskan lagi dengan Perasmian Baju No.5 celoreng digital Kesatria Negara yang buat pertama kalinya dirasmikan di Dewan Sri Temenggong Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor, Kampus Segamat. Majlis dirasmikan oleh Men. Jen. Prof. Dr Azizan Bin Abdullah (KEST). Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Pusat Kokurikulum UiTM,Pengurusan Eksekutif UiTM Johor dan Pegawai Ko setiap Negeri sewaktu majlis perasmian berlangsung. Oleh itu, seraca rasminya baju No.5 Kesatria telah diperkenalkan
x

 Simbolik Perasmian Baju No.5 Kesatria Negara


Barisan pegawai bersama TNC

 Dengan berakhirnya majlis penutup tersebut maka secara rasminya peserta Latihan Intensif Bakal Komander siri 34/2020 berjaya menyandang KOMANDER RENDAH MUDA (KRM) Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor dan juga pengiktirafan sebagai Anggota Brass Band Siri 31/2020


.


Thursday, October 31, 2019

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL SESI SEPTEMBER 2019-JANUARI 2020


          Majlis Makan Malam Rejimental anjuran Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor telah diadakan bermula dari tahun 2010. Majlis Makan Malam Rejimental telah diadakan pada 28 Oktober 2019 bersamaan dengan hari Isnin pada jam 9 malam bertempat di Dewan Sri Temenggong (DST).


 Majlis ini diadakan bertujuan sebagai penghargaan dari komander baru kepada yang lama. Selain itu, ia adalah untuk memberikan sekalung penghargaan kepada komander yang menerima pentauliahan pada bulan Ogos yang lepas. Penghargaan ini juga diberikan kepada mereka yang telah mewakili Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor dalam beberapa program seperti Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri 14/2019 dan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Se-Malaysia Siri 9/2019. Di samping itu, ia adalah untuk meraikan komander yang menunjukkan kecemerlangan dari pelbagai aspek sama ada luar bidang, akademik, kepimpinan, kokurikulum mahupun keseluruhan.

          Selain itu, Majlis Makan Rejimental ini turut diadakan bagi meraikan komander semester akhir serta komander yang telah berjaya mendapat Anugerah Dekan pada semester lepas dan semester ini.







          Upacara yang gah dan penuh istiadat ini telah dihadiri oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Timbalan Rektor UiTM Cawangan Johor, barisan pegawai kehormat, wakil pegawai kehormat dari Kampus Pasir Gudang, barisan komander kehormat, para jurulatih, mantan-mantan komander serta para tetamu yang lain. 


          Majlis dimulakan dengan ucapan daripada KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob untuk para tetamu jemputan yang hadir ke majlis makan malam tersebut.

          Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Lt. Kol.Ujud Bin Pabil (KEST).




         Seterusnya, majlis dengan berbesar hati memberi laluan kepada Brig. Jen. (K) Prof. Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar (KEST) bagi memberi ucapan sekaligus merasmikan Majlis Makan Malam Rejimental Komander Kesatria Batalion VI sesi September 2019 - Januari 2020.


          Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah pentauliahan Leftenan Muda Kesatria kepada para komander yang terlibat dan anugerah dekan bagi komander semester akhir dan semester ini.



          Majlis diteruskan lagi dengan pemakaian badge bagi Ketua Kontinjen Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Se-Malaysia Siri 9/2019.


Selain itu, majlis juga diteruskan lagi dengan penyampaian bagi beberapa anugerah lain kepada komander yang terlibat. Antara anugerah yang disampaikan adalah :

  -Anugerah Luar Bidang Terbaik
-Anugerah Akademik Terbaik
   -Anugerah Kepimpinan Terbaik
 -Anugerah Khas Kokurikulum
    -Anugerah Keseluruhan Terbaik


Bagi Anugerah Luar Bidang Terbaik disandang oleh,
 Lt. M Not Bazran bin Baharom (KEST)


Seterusnya, Anugerah Akademik Terbaik disandang oleh,
 Lt. M Siti Nur Amirah binti Ahmad Zamri (KEST)
 

  Di Samping itu, Anugerah Kepimpinan Terbaik disandang oleh,
 Lt. M Muhammad Nur Asyraf bin Ujud (KEST)



Manakala, Anugerah Khas Kokurikulum disandang oleh,
 Lt. M Ahmad Nabil bin Hafizan (KEST)

    Dan, bagi Anugerah Keseluruhan Terbaik disandang oleh, 
Lt. M Sofea Maisara binti Rizalluddin (KEST)



       Seterusnya, majlis penyampaian hadiah diakhiri dengan upacara penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat.

  Selesai sahaja penyampaian cenderahati dan nyanyian lagu, maka berakhirlah Majlis Makan Malam Rejimental Komander Kesatria Batalion VI sesi September 2019 - Januari 2020.