MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, September 30, 2022

KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) SIRI 10/2022

         Pada 1 September 2022 sehingga 9 September 2022 yang lalu, Komander Johor  telah menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) yang bertempat di UiTM Cawangan Perlis. Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan iaitu Extreme Outdoor Quest (EOQ), Orienteering (Maze), Orienteering (MTB), MTB Challenge, Obstacle Challenge, Petanque, Iron Commander dan Jalan Lasak. Sebagai persediaan dari segi fizikal dan mental, Komander Kesatria UiTM Johor telah mengadakan latihan sejak awal lagi. Sepanjang sesi latihan berlangsung Komander Kesatria UiTM Johor telah memberikan komitmen yang sangat baik dan sentiasa bersemangat sepanjang latihan yang dijalankan bagi meningkatkan lagi stamina serta prestasi diri. Komander Kesatria UiTM Kampus Pasir Gudang juga telah turut menghadirkan diri ke UiTM Kampus Segamat bagi menjalani latihan bersama-sama.

Komander Johor Bertolak ke UiTM Perlis

Pendaftaran peserta bermula daripada 30 Ogos 2022 sehingga 1 September 2022. Pada 1 September 2022 , para atlet telah diberi taklimat kontinjen berkaitan dengan setiap acara KKEC yang akan dijalankan serta pengenalan bagi setiap kampus. Pada 2 September 2022, Ujian Trek Pertandingan telah diadakan bagi acara Obstacle Challenge, Jalan Lasak dan MTB Challenge.

Pada 3 September 2022 bersamaan jam 8.00 pagi, acara pertama dimulakan dengan acara MTB Orienteering dan acara Petanque. Bagi acara MTB Orienteering melibatkan penyertaan bagi Kategori Siswa dan Kategori Siswi manakala acara Petanque melibatkan penyertaan 2 siswa dan 1 siswi sebagai 1 pasukan bagi setiap kampus. Johan bagi acara MTB Orienteering dimenangi oleh UiTM Cawangan Johor, Naib Johan dimenangi oleh UiTM Cawangan Melaka dan Tempat Ketiga dimenangi oleh UiTM Cawangan Perlis. Bagi acara Petanque pula, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perak, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Kedah dan tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Perlis.


Peserta bagi Acara MTB Orienteering

  

Peserta bagi Acara Petanque

Pada 4 September , acara Iron Commander telah dijalankan sebagai acara ketiga bagi Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) yang berlangsung pada jam 8.00 pagi. Bagi acara ini, Komander Johor telah menghantar dua orang peserta peserta dikalangan siswa dan siswi. Acara Iron Commander ini telah melibatkan gabungan 3 aktiviti iaitu larian sejauh 13 KM, berkayak sejauh 9 KM dan berbasikal sejauh 26 KM. Secara keseluruhan, Johan bagi Kategori Siswa disandang oleh UiTM Cawangan Melaka, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perlis dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah. Bagi Kategori Siswi pula, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perlis, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Selangor dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.


Peserta bagi Acara Iron Commander
Seterusnya, pada 5 September 2022 , acara Orienteering (Maze) pada jam 8.00 pagi telah berlangsung. Acara ini melibatkan 3 kategori iaitu Kategori Siswa, Kategori Siswi dan Kategori Campuran. Bagi Kategori Siswa, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Johor, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perlis dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban. Bagi Kategori Siswi, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perlis, Naib Johan disandang oleh UiTM Shah Alam dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Melaka. Bagi Kategori Campuran, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perlis, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Selangor dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Melaka.



Peserta bagi Acara Orienteering (Maze)

Pada 6 September 2022, acara yang telah diadakan iaitu acara Extreme Outdoor Quest (EOQ) pada jam 8.00 pagi. Acara ini melibatkan 3 gabungan aktiviti iaitu Larian : 10 KM, Basikal : 32 KM dan Kayak : 6 KM. Komander Johor telah menghantar 8 orang wakil iaitu 2 orang bagi aktiviti larian, 2 orang bagi aktiviti berbasikal dan 4 orang bagi aktiviti berkayak. Johan bagi acara ini disandang oleh UiTM Cawangan Perlis, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Melaka.



Peserta bagi Acara Extreme Outdoor Quest (EOQ)

Pada 7 September 2022, acara keenam telah dijalankan iaitu  acara Obstacle Challenge yang melibatkan 2 orang siswa dan 2 orang siswi bagi setiap kampus. Acara ini melibatkan beberapa halangan iaitu Litar Merentas Halangan, Sandbag Running, Tyre Flip,  Tyre Hiphop Run, Water Running, Sup Pool, Pallet Wood Pull, Trench Muddy Crawl, Horizontal Beam And Barrel, dan  Darling Carry. Johan bagi acara ini disandang oleh UiTM Cawangan Perlis, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Johor dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.



Peserta bagi Acara Obstacle Challenge 

Pada 7 September 2022, Pertandingan diteruskan dengan Acara Jalan Lasak yang akan berlangsung pada jam 8.00 malam. Untuk pengetahuan semua , acara ini merupakan acara wajib bagi Pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC). Acara ini melibatkan 2 kategori iaitu Kategori Siswa dan Kategori Siswi. Komander Johor telah menghantar wakil seramai 12 orang iaitu 6 orang Siswa dan 6 orang Siswi. Johan bagi Kategori Siswa disandang oleh UiTM Cawangan Johor, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Pahang dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Perlis manakala bagi Kategori Siswi, Johan disandang oleh UiTM Shah Alam, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Pahang dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Sabah.

Peserta bagi Acara Jalan Lasak

Acara terakhir yang telah dijalankan iaitu acara MTB Challenge pada 8 September 2022. Acara ini melibatkan 2 orang siswa dan 2 orang siswi bagi setiap kampus. Terdapat 4 kategori yang dijalankan iaitu Kategori Individu Siswa, Kategori Individu Siswi, Kategori Kumpulan Siswa dan Kategori Kumpulan Siswi. Johan serta Naib Johan bagi Kategori Individu Siswa disandang oleh UiTM Cawangan Perlis dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Johor manakala bagi Kategori Individu Siswi, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perlis, Naib Johan dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah. Bagi Kategori Kumpulan Siswa, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perlis, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Johor dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban manakala bagi Kategori Kumpulan Siswi, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perlis dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Pahang.

Peserta bagi Acara MTB Challenge

Pada 8 September 2022, telah diadakan Majlis Penutup Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 10/2022 yang bertempat di Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis bagi meraikan para atlet yang telah berusaha dan bertungkus lumus meraih kejayaan demi kampus masing-masing. Majlis dengan berbesar hati menjemput YBhg. Prof Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi iaitu Rektor UiTM Cawangan Perlis untuk menyampaikan ucapan aluan. Selepas itu, majlis menjemput YBhg. Prof. Dr. Mohd Sazli Shahibi sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM untuk menyampaikan ucapan perasmian penutupan KKEC. Usai itu, majlis diteruskan lagi dengan Gimik Perasmian Penutup KKEC serta pengumuman bagi juara keseluruhan KKEC Siri 10/2022.

Berikut merupakan keputusan rasmi keseluruhan Pertandingan KKEC UiTM Siri 10/2022:

1. UiTM Cawangan Perlis

2. UiTM Cawangan Johor

3. UiTM Cawangan Melaka


Komander Johor telah meraih Naib Jolan dalam pertandingan KKEC Siri 10/2022

Akhir sekali, majlis diteruskan lagi dengan penyerahan Bendera Kejohanan kepada Tuan rumah KKEC 2023 yang bakal berlangsung pada tahun hadapan. Pertandingan KKEC ini secara keseluruhannya bertujuan untuk meningkatkan kemahiran fizikal dan kekuatan mental setiap peserta untuk sentiasa mempunyai semangat berdaya saing. Setiap usaha dan penat lelah peserta bagi meraih kemenangan dalam pertandingan ini membuktikan para Komander UiTM bagi setiap kampus mempunyai sifat semangat setia kawan dan sanggup berjuang berhabis-habisan demi kemenangan.

Tahniah dan syabas diucapkaan kepada setiap atlet yang terlibat kerana berjaya menghabiskan setiap acara yang dipertandingkan dengan jayanya. Diharapkan agar tidak berputus asa dan sentiasa ingat untuk bangkit bagi meneruskan matlamat Juara KKEC akan datang. Semoga kita dapat berjumpa lagi di KKEC yang akan datang di Kelantan iaitu sebagai tuan rumah KKEC siri 11/2023.

ONCE A COMMANDER, ALWAYS A COMMANDER !