MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, March 27, 2024

Pada 9 Disember 2023 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI bersama Kelab Briged Sukarelawan telah mengadakan Program Uni-Nature Run @ Segamat 3.0 yang bertempat di Padang Kawad, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Program Uni-Nature Run @ Segamat 3.0 yang turut mendapat kerjasama daripada Unit Kokurikulum Kampus Segamat ini telah disertai sekitar 2000 orang peserta dari pelbagai peringkat umur. Selain itu, Program ini juga menggunakan slogan ‘Segar Amat’ kerana para peserta dapat menikmati keindahan alam semula jadi sambil berlari di sekitar UiTM Segamat. Antara acara yang dipertandingkan dalam Program Uni-Nature Run @ Segamat 3.0 ini ialah 3KM Fun Run, 6KM Open Run dan 12KM Men & Women Open.

 

Seawal jam 6.30 pagi, Padang Kawad telah dipenuhi dan dimeriahi oleh para peserta yang menyertai program ini. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang disampaikan oleh KRK Muhamad Farid Zikry Bin Hamdan dan diteruskan dengan dengan Upacara Perasmian oleh Brig. Jen. Prof. Madya Dr. Saunah Binti Zainon (KEST). Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi  dengan aktiviti pemanasan badan dan senamrobik daripada Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI. Selepas aktiviti pemanasan badan dan senamrobik, pelepasan peserta bagi kategori 12KM Men & Women Open dimulakan dan seterusnya diikuti oleh 6KM Open Run dan 3KM Fun Run.

 

Ucapan Perasmian oleh Brig. Jen. Prof. Madya Dr. Saunah Binti Zainon (KEST)

Aktiviti Pemanasan Badan dan Senamrobik daripada Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI

 

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan Majlis Pelancaran Southern Volunteers (SV) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI. Majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) iaitu Kol. Dr. Basaruddin Shah Bin Basri (KEST) dan seterusnya ucapan daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor iaitu YB Dato’ Haji On Bin Jabbar sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Southern Volunteers (SV). Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merasmikan kerjasama antara UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat dan Southern Volunteers (SV) bagi kerja-kerja sukarelawan pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, majlis ini diadakan juga bagi meraikan Hari Sukarelawan Antarabangsa yang disambut pada tarikh tersebut.

 

Ucapan Pelancaran Southern Volunteers (SV) oleh YB Dato’ Haji On Bin Jabbar 

 

Majlis Pelancaran Southern Volunteers (SV)


Majlis disempurnakan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori. Bagi kategori 6KM Open Run, Tempat Ketiga dimenangi oleh Indra Bin Abu Nawas, seterusnya Naib Johan dimenangi oleh Jasry Maradius dan Johan dimenangi oleh Muhamad Izzat Fahmi Bin Ahmad Tajudin.

 

Johan bagi Kategori 6KM Open Run

 

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi kategori 12KM Men Open. Tempat Ketiga dimenangi oleh Mahadev Rijal, Naib Johan dimenangi oleh Sanjay A/L Manimaran dan Johan dimenangi oleh Prabudass Krishnan. Bagi kategori 12KM Women Open pula, Tempat Ketiga dimenangi oleh Nurul Juliana Shakira Binti Abdul Halim, Naib Johan dimenangi oleh Iza Maryati Binti Mohamad manakala Johan dimenangi oleh Chew Jia Qi.

 

Johan bagi Kategori 12KM Men Open


Johan bagi Kategori 12KM Women Open


 

Majlis seterusnya menjemput Brig. Jen. Prof. Madya Dr. Saunah Binti Zainon (KEST), bagi menyampaikan sedikit cenderahati kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor iaitu YB Dato’ Haji On Bin Jabbar sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah bersama-sama turut serta dalam majlis ini.

 

Penyampaian Cenderahati kepada YB Dato’ Haji On Bin Jabbar

 

Majlis dimeriahkan lagi dengan Gimik Perasmian dari Pelajar Kokurikulum Tarian, Kompang dan persembahan daripada Kompeni Brass Band.

 

Gimik Perasmian daripada Pelajar Kokurikulum Kompang

 

Gimik Perasmian daripada Pelajar Kokurikulum Tarian

 

Persembahan daripada Kompeni Brass Band

 

Seterusnya, majlis turut diserikan lagi dengan persembahan khas yang dipersembahkan oleh Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI.

 

Persembahan Khas daripada Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI

 

Kemudian, majlis diiringi dengan nyanyian lagu UiTM Dihatiku oleh semua tetamu jemputan dan para peserta. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan juga semua peserta yang telah menyertai  Program Uni-Nature Run @ Segamat 3.0. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dengan para peserta yang hadir dengan meriah sekali. Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara para peserta di samping dapat memberikan keseronokan kepada para peserta yang terlibat dengan harapan program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada semester hadapan.

 

Ucapan Pelancaran Southern Volunteers (SV) oleh YB Dato’ Haji On Bin Jabbar