MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, March 29, 2022

MAJLIS ISTIADAT PENTAULIAHAN LEFTENAN MUDA KESATRIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SIRI 17/2022


Backdrop Majlis Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri 17/2022

          Pada 21 Mac yang lalu, Unit Kokurikulum Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Segamat telah mengadakan Majlis Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria Universiti Teknologi MARA Se-Malaysia Siri 17/2022 secara bersemuka di Padang Kawad dan Dewan Sri Temenggong, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Majlis ini telah dirasmikan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang secara maya. Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah berjaya melaksanakan pentauliahan ini dengan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sesi pemeriksaan perbarisan oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat

          UiTM Cawangan Pulau Pinang turut membuat siaran langsung untuk tontonan Komander Pentauliahan Se-Malaysia melalui platform Youtube UiTMCPP Channel. Majlis pentauliahan ini melibatkan Komander Batch 34 dengan kekuatan anggota seramai 98 orang Komander Johor, Kampus Segamat yang telah berjaya ditauliahkan. Seramai 67 orang Komander Johor, Kampus Segamat telah berjaya ditauliahkan secara bersemuka dan seramai 31 orang Komander Johor, Kampus Segamat ditauliahkan secara atas talian pada hari berkenaan. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan kepada mahasiswa yang telah berkhidmat sebagai seorang Komander di atas penat lelah mereka dalam memenuhi amanat yang telah diberikan.


           Dalam era pandemik Covid-19 ini, pelbagai inisiatif telah diambil kira sebelum majlis pentauliahan ini diadakan. Walaupun menghadapi beberapa dugaan dan cabaran sepanjang melaksanakan majlis pentauliahan ini, namun dengan berkat usaha yang gigih Majlis Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria Universiti Teknologi MARA Se-Malaysia Siri 17/2022 dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi saluran Youtube UiTM JOHOR.

Ucapan Khas dari Rektor UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat

Sesi Penggambaran Terakhir

          Sesi bergambar telah dilaksanakan sebagai simbolik memori terakhir bagi Majlis Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria Universiti Teknologi Mara Siri 17/2022. Rentetan itu, dengan berakhirnya sesi penggambaran ini, maka berakhirlah Majlis Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria Universiti Teknologi Mara Siri 17/2022. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pegawai Muda Kesatria kerana telah berjaya ditauliahkan. Ribuan terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang menjadi Komander Johor. Semoga segala ilmu yang telah diperoleh sepanjang menjadi Komander Johor dapat digunakan pada masa akan datang. Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pentauliahan ini. Sebagai penutup bicara, kami akhiri dengan serangkap pantun.

Tanam sirih dalam taman,
Gali lubang di tepi perigi,
Terima kasih hadirin budiman,
Lain kali bersua lagi.