MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, June 18, 2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KESATRIA KE-50 PERINGKAT UiTM CAWANGAN JOHOR

MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KESATRIA KE-50 PERINGKAT UiTM  CAWANGAN JOHOR

Pada tanggal 13 Jun 2026 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Kesatria Ke-50 Peringkat UiTM Cawangan Johor. Majlis gilang-gemilang ini bertempat di Padang Kawad UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dan diadakan bertujuan untuk menyambut serta meraikan jubli emas penubuhan Unit Kesatria yang ke-50 tahun.

 

Majlis dimulakan dengan Perbarisan Komander Kesatria Batalion VI yang diketuai oleh Lt. M Mohamad Danish Akmal bin Mohammad Zaidi (KEST), serta diiringi oleh dua subaltern iaitu Lt. M Mohamad Shahmi bin Mohamad Din (KEST) dan Lt. M Muhammad Aqil Najmi bin Md Nor Azan (KEST). Perbarisan ini turut disertai oleh 44 orang Komander Kesatria dari Kampus Segamat.


Perbarisan Perbarisan Komander Kesatria Batalion VI

 

Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Sejurus selepas nyanyian lagu, upacara pemeriksaan baris oleh VIP turut dijalankan bagi menilai kesiapsiagaan dan kekemasan anggota perbarisan.

Pemeriksaan baris

 

Bagi memohon keberkatan dan kelancaran sepanjang majlis berlangsung, sesi bacaan doa telah dipimpin oleh KM Mohamad Suhayl Alwan bin Mohamed Suhaimi.

Bacaan doa

 

Majlis kemudiannya diserikan dengan ucapan daripada Kol. Irwan bin Ismail (KEST), Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Johor, yang seterusnya menyempurnakan gimik perasmian Sambutan Hari Ulang Tahun Kesatria UiTM Ke-50 Peringkat UiTM Cawangan Johor.



Ucapan dan perasmian daripada Kol. Irwan bin Ismail (KEST)

 

Sebaik sahaja gimik perasmian selesai, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Kesatria Universiti Teknologi MARA yang dipimpin oleh Lt. M Mohamad Danish Akmal bin Mohammad Zaidi (KEST). Kehangatan semangat kesatria diteruskan dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku oleh para komander sebelum kontinjen perbarisan melapor untuk keluar dari padang kawad.

 

Sehubungan itu, majlis diserlahkan lagi dengan persembahan Kawad Kaki Formasi yang dipersembahkan oleh Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.


Persembahan Kawad Kaki Formasi

 

Bagi memeriahkan lagi acara, majlis diserlahkan dengan persembahan Kawad Kaki Formasi yang dipersembahkan secara kreatif dan berdisiplin oleh Komander Kesatria Batalion VI.




Persembahan Silat Gayong

 

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Gerak Gempur Kesatria yang diwakili oleh Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.




Persembahan Gerak Gempur Kesatria

 

Di samping itu, majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada Green Phoenix Marching Band dan Greenix Color Guardline oleh Kompeni Brass Band. Alunan muzik yang bertenaga serta koordinasi warna bendera yang harmoni berjaya menaikkan lagi kemeriahan sambutan jubli emas ini.



Green Phoenix Marching Band


Persembahan Greenix Color Guardline

 

Sambutan kali ini turut melakar coretan sejarah tersendiri apabila diadakan perarakan persaraan bagi meraikan Mejar Kesatria Datin Hajah Aryani binti Abdullah, pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Johor yang telah menabur bakti selama 26 tahun.

 

Beliau merupakan tokoh pendidik yang banyak menyumbang jasa kepada universiti serta MPKK Batalion VI, termasuk memegang portfolio penting sebagai Koordinator Institute of Neo Education Development (INeD), Koordinator Unit Korporat, Pegawai Kehormat Kesatria, Penasihat Brass Band, Penasihat Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan (PERSIDA), dan Naib Pengerusi Naib Pengerusi Persatuan Wanita (PEWANI) UiTM Cawangan Johor.





Perarakan persaraan Mej. Datin Hajah Aryani binti Abdullah (KEST)

 

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, satu sesi fotografi telah dijalankan bagi mengabadikan kenangan hari bersejarah ini. Sesi bergambar ini melibatkan seluruh barisan tetamu kehormat, para jurulatih, serta kesemua Komander Kesatria Batalion VI. Uniknya, para komander bersama tetamu kehormat turut membentuk formasi angka '50' di tengah-tengah padang kawad, yang dirakam indah menggunakan dron dari udara sebagai simbolik sambutan jubli emas unit ini.



Sesi fotografi


No comments:

Post a Comment