MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, October 31, 2019

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL SESI SEPTEMBER 2019-JANUARI 2020


          Majlis Makan Malam Rejimental anjuran Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor telah diadakan bermula dari tahun 2010. Majlis Makan Malam Rejimental telah diadakan pada 28 Oktober 2019 bersamaan dengan hari Isnin pada jam 9 malam bertempat di Dewan Sri Temenggong (DST).


 Majlis ini diadakan bertujuan sebagai penghargaan dari komander baru kepada yang lama. Selain itu, ia adalah untuk memberikan sekalung penghargaan kepada komander yang menerima pentauliahan pada bulan Ogos yang lepas. Penghargaan ini juga diberikan kepada mereka yang telah mewakili Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor dalam beberapa program seperti Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri 14/2019 dan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Se-Malaysia Siri 9/2019. Di samping itu, ia adalah untuk meraikan komander yang menunjukkan kecemerlangan dari pelbagai aspek sama ada luar bidang, akademik, kepimpinan, kokurikulum mahupun keseluruhan.

          Selain itu, Majlis Makan Rejimental ini turut diadakan bagi meraikan komander semester akhir serta komander yang telah berjaya mendapat Anugerah Dekan pada semester lepas dan semester ini.







          Upacara yang gah dan penuh istiadat ini telah dihadiri oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Timbalan Rektor UiTM Cawangan Johor, barisan pegawai kehormat, wakil pegawai kehormat dari Kampus Pasir Gudang, barisan komander kehormat, para jurulatih, mantan-mantan komander serta para tetamu yang lain. 


          Majlis dimulakan dengan ucapan daripada KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob untuk para tetamu jemputan yang hadir ke majlis makan malam tersebut.

          Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Lt. Kol.Ujud Bin Pabil (KEST).




         Seterusnya, majlis dengan berbesar hati memberi laluan kepada Brig. Jen. (K) Prof. Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar (KEST) bagi memberi ucapan sekaligus merasmikan Majlis Makan Malam Rejimental Komander Kesatria Batalion VI sesi September 2019 - Januari 2020.


          Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah pentauliahan Leftenan Muda Kesatria kepada para komander yang terlibat dan anugerah dekan bagi komander semester akhir dan semester ini.



          Majlis diteruskan lagi dengan pemakaian badge bagi Ketua Kontinjen Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Se-Malaysia Siri 9/2019.


Selain itu, majlis juga diteruskan lagi dengan penyampaian bagi beberapa anugerah lain kepada komander yang terlibat. Antara anugerah yang disampaikan adalah :

  -Anugerah Luar Bidang Terbaik
-Anugerah Akademik Terbaik
   -Anugerah Kepimpinan Terbaik
 -Anugerah Khas Kokurikulum
    -Anugerah Keseluruhan Terbaik


Bagi Anugerah Luar Bidang Terbaik disandang oleh,
 Lt. M Not Bazran bin Baharom (KEST)


Seterusnya, Anugerah Akademik Terbaik disandang oleh,
 Lt. M Siti Nur Amirah binti Ahmad Zamri (KEST)
 

  Di Samping itu, Anugerah Kepimpinan Terbaik disandang oleh,
 Lt. M Muhammad Nur Asyraf bin Ujud (KEST)



Manakala, Anugerah Khas Kokurikulum disandang oleh,
 Lt. M Ahmad Nabil bin Hafizan (KEST)

    Dan, bagi Anugerah Keseluruhan Terbaik disandang oleh, 
Lt. M Sofea Maisara binti Rizalluddin (KEST)



       Seterusnya, majlis penyampaian hadiah diakhiri dengan upacara penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat.

  Selesai sahaja penyampaian cenderahati dan nyanyian lagu, maka berakhirlah Majlis Makan Malam Rejimental Komander Kesatria Batalion VI sesi September 2019 - Januari 2020.


No comments:

Post a Comment