MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, June 16, 2026

KURSUS DAN KEM PEMANTAPAN KOMANDER KESATRIA (INDUKSI) BATALION VI SIRI KE-40

 

KURSUS DAN KEM PEMANTAPAN KOMANDER KESATRIA (INDUKSI) BATALION VI SIRI KE-40

Pada 30 April hingga 3 Mei 2026, Kem dan Latihan Pemantapan Komander Kesatria (Induksi) Batalion VI Siri ke-40 telah berlangsung dengan jayanya selama empat hari dan bertempat di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Program ini melibatkan penyertaan seramai 81 orang Komander Johor dari Batch ke-40 yang diwajibkan menjalani induksi sebagai proses pemantapan sahsiah, kepimpinan, ketahanan mental dan fizikal, serta membina semangat kesukarelawanan dalam diri setiap peserta. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada setiap komander untuk memantapkan lagi ciri kepimpinan sebagai seorang Komander yang boleh memimpin ahli pasukan. Kursus ini juga dapat melatih setiap komander untuk mempunyai sikap bertanggungjawab dan tegas dalam menjalani segala tugasan serta meningkatkan lagi daya ketahanan fizikal dan mental.

 

Pada petang 30 April 2026 bermulanya Slot Taklimat Induksi yang disampaikan oleh Lt. Nor Bazran bin Baharum (KEST). Slot ini memberi gambaran menyeluruh tentang peranan dan tanggungjawab seorang Komander, termasuklah etika, struktur organisasi dan jangkaan sepanjang tempoh induksi. Pada sebelah malam, peserta mengikuti Slot Bersama Lt. Kol. Ujud bin Pabil. Pada Slot ini, Tuan Ujud sentiasa menekankan aspek kekemasan diri kepada setiap anggota kerana sebagai Komander Kesatria, penampilan yang kemas mencerminkan disiplin, ketegasan dan imej seorang pemimpin yang berwibawa.

 

Slot Taklimat Induksi

 

Slot Bersama Tuan Ujud

 

Seterusnya, pada pagi 1 Mei 2026, Slot Persiapan Kertas Kerja telah dijalankan dan slot ini telah disampaikan oleh Lt. Muhizan bin Miskam (KEST). Para komander diberi pendedahan tentang setiap perkara yang perlu ada dalam kertas kerja iaitu kerja-kerja sebelum, semasa dan selepas. Mereka juga diberi pendedahan tentang setiap borang yang perlu diisi bagi setiap acara atau program yang ingin dilaksanakan sama ada bawah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) atau Kompeni. Pada sebelah petang pula, para komander bersama-sama ke Rempuh Halangan untuk membuat Persiapan Tempat Perkhemahan yang diselia oleh Lt. Nor Bazran bin Baharum (KEST) bagi membina dan menyusun kawasan perkhemahan dengan menekankan aspek keselamatan, kebersihan dan kekemasan. Tambahan pula, Slot Unity in Strength turut dijalankan untuk melahirkan sikap saling membantu dan bertanggungjawab antara satu sama lain serta menyedarkan para Komander tentang kepentingan kekuatan pasukan dalam mencapai matlamat bersama. Pada belah malam pula, Bengkel Panduan Tenaga turut disampaikan oleh Lt. Nor Bazran bin Baharum (KEST). Bengkel ini dijalankan bagi menekankan kepentingan kerjasama, komunikasi dan semangat satu pasukan dalam melaksanakan tugas.

Slot Persiapan Kertas Kerja

 

Persiapan Tempat Perkhemahan

 

,Slot Unity in Strength

 

Bengkel Panduan Tenaga

 

Pada pagi 2 Mei 2026, Slot Jalan Lasak telah dijalankan. Slot ini dijalankan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para Komander. Aktiviti diteruskan lagi dengan Bonding Games bagi mengeratkan lagi hubungan antara para Komander melalui aktiviti yang menguji kepercayaan dan komunikasi. Tambahan pula, aktiviti ini mengandungi pelbagai tugasan yang perlu dilengkapkan di checkpoint sekitar Kawasan kampus menggunakan peta. Selain itu, Slot Pengujian Minda telah dijalankan bagi menguji tahap kreativiti, penyelesaian masalah dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Pada waktu malam, Slot One Force, One Mission telah diadakan dan slot ini telah disampaikan oleh Lt. Nor Bazran bin Baharum (KEST). Slot ini diadakan untuk memupuk semangat kesatuan dan komitmen dalam mencapai sesuatu matlamat bersama-sama.

 

Slot Jalan Lasak

Bonding Games

 

Slot Pengujian Minda

Slot One Force, One Mission

 

 

Pada hari terakhir, 3 Mei 2026, para Komander mengikuti Slot Sinergi Jati dan Survival Rimba yang memberi pendedahan tentang keyakinan diri, Kerjasama berpasukan serta kemahiran asas untuk hidup di dalam hutan. Dalam slot ini, peserta turut didedahkan dengan aktiviti penyembelihan ayam sebagai latihan praktikal bagi mempelajari cara penyediaan makanan ketika situasi survival, di samping memahami teknik penyembelihan yang betul mengikut syariat dan aspek kebersihan dalam pengendalian makanan. Slot Gotong-Royong turut dijalankan sebagai simbolik tanggungjawab dan keprihatinan terhadap kebersihan dan persekitaran. Pada sebelah malam pula, penyerahan wing kepada setiap komander yang telah tamat menjalani Kursus dan Kem Pemantapan Komander Kesatria (INDUKSI) Batalion VI Siri ke-40 telah diadakan.

 

Slot Survival Rimba

 

Slot Gotong-Royong

 

Oleh itu, diucapkan sekalung tahniah kepada para Komander yang telah menyertai Kursus dan Kem Pemantapan Komander Kesatria (INDUKSI) Siri ke-40 Diharapkan agar para komander dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik setelah menjalani kursus ini. Semoga para Komander dapat memberikan sepenuh komitmen dalam menjalani tugasan pada masa akan datang.

 

No comments:

Post a Comment