MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, January 05, 2021

PERTANDINGAN KOMPENI KOKURIKULUM VIRTUAL (V-PERKOM KO) 2020

        Pada 25 Disember 2020 sehingga 1 Januari 2021 telah berlangsung Pertandingan Kompeni Kokurikulum Virtual (V-PERKOM KO) 2020 secara atas talian yang melibatkan semua pelajar kor bahagian 1. Pertandingan yang berlangsung selama 8 hari itu telah melibatkan 12 kompeni iaitu Kompeni Alpha Kesatria Negara, Kompeni Bravo Kesatria Negara, Kompeni Charlie Kesatria Negara, Kompeni Delta Kesatria Negara, Kompeni Echo Kesatria Negara, Kompeni Foxtrot Kesatria Negara, Kompeni Kesatria Kembara, Kompeni Kadet Bomba, Kompeni Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Kompeni Brassband, Sukarelawan Polis Siswa Siswa (SUKSIS).

 


Acara pertama yang dipertandingkan adalah E-Sport PUBG Mobile. Acara ini merupakan acara baru untuk V-Perkom Ko sesi ini dan telah berlangsung pada 25 Disember 2020. Dalam acara ini, setiap kompeni perlu menghantar 2 team yang terdiri daripada 5 orang pelajar kor dan acara ini telah dijuarai oleh Kompeni Delta Kesatria Negara, diikuti oleh Kompeni Kadet Bomba dan tempat ketiga diikuti dengan Kompeni Bravo Kesatria Negara.


Seterusnya, acara kedua yang telah dipertandingkan adalah acara E-sport Mobile Legend. Acara ini juga merupakan acara baharu dalam pertandingan V-Perkom Ko sesi ini dan telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 25 Disember 2020 dan 26 Disember 2020. Acara ini memerlukan setiap kompeni untuk menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 6 orang pelajar. Kedudukan pertama telah disandang oleh Kompeni Kesatria Kembara diikuti oleh Kompeni Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Kompeni Delta Kesatria Negara.

 


Acara ketiga pula ialah acara Video Deklamasi Sajak yang telah berlangsung pada 25 Disember - 28 Disember 2020. Bagi acara ini, Pingat Emas telah dimenangi oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara manakala Pingat Perak dimenangi oleh Kompeni BrassBand dan Pingat Gangsa disandang oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. Acara seterusnya pula adalah acara Video Sorakan Kreatif yang telah berlansung bermula 4 Disember 2020 sehingga 30 disember 2020. Johan bagi acara ini disandang oleh Kompeni Kesatria Kembara manakala Naib Johan disandang oleh Kompeni Delta Kesatria Negara.dan tempat ketiga disandang oleh Kompeni Brassband.

Video deklamasi sajak

Video sorakan kreatif

Acara seterusnya berlangsung pada 7 Disember 2020 sehingga 24 Disember 2020 adalah Pertandingan Kawad Kaki Virtual. Acara ini memerlukan setiap kompeni untuk menyediakan 10 orang wakil untuk menyediakan video mereka dan 2 orang yang akan dipilih untuk dipersembahkan video mereka kepada para juri untuk dinilai. Johan bagi Kawad Kaki Virtual ialah Kompeni Bravo Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara dan tempat ketiga berjaya dirangkul oleh Kompeni Echo Kesatria Negara. Manakala bagi Pemenang Kawad Kaki Individu Terbaik (Bahasa Hukuman Terbaik) dalam Pertandingan Kawad Kaki Virtual ini disandang oleh Nur Fatin Nazurah Binti Ismail dari Kompeni Delta Kesatria Negara.

 

Kawad kaki virtual

Acara seterusnya, Pertandingan Larian Virtual Perkom Ko berlangsung selama 4 hari iaitu pada 22 December 2020 sehingga 25 December 2020. Setiap pelajar perlu merekod masa larian sejauh 5 km dan menghantarnya kepada komander pengiring bagi mewakili kompeni masing - masing. Acara ini dijuarai oleh Kompeni Kesatria Kembara dan diikuti oleh Kompeni Echo Kesatria Negara dan disusuli oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.

 

Acara terakhir yang diadakan adalah acara Larian Terbuka yang berlangsung pada 23 Disember 2020 sehingga 27 Disember 2020. Acara ini terbuka kepada semua universiti awam antaranya ialah UiTM Shah Alama, UiTM Sabah, UiTM Sarawak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu, UiTM Pasir Gudang, UiTM Melaka, UiTM Pahang, UiTM Perak, UiTM Kelantan, UiTM Pulau Pinang, UiTM Kedah, UiTM Negeri Sembilan, UiTM Puncak Alam & Puncak Perdana,, Kesatria UNISZA, Palapis UTM, Suksis UNIMAP dan Suksis Segamat. Acara ini dijuarai oleh UiTM Shah Alam manakala naib juara disandang oleh UiTM Kuala Terengganu dan tempat ketiga disandang oleh UiTM Jasin.

 

Kemudian pada 1 Januari 2021, jam 8.30 malam, Majlis Perwakilan Komander Kesatria VI telah mengadakan Majlis Penutup Pertandingan V-PERKOM KO 2020 di platform Youtube Komander Johor bertujuan untuk meraikan para pemenang yang telah bertanding dalam kesemua 8 acara tersebut. Majlis diserikan lagi dengan ucapan Pegawai Memerintah Komander Kesatria Batalion VI, KK Abu Zahin bin Abu Bakar dan diteruskan dengan ucapan Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST) selaku Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan KOmander Kesatria Batalion VI, UiTM Cawangan Johor. Majlis penutup V-Perkom Ko 2020 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor iaitu Kol. Prof Madya Dr. Haji Zamali bin Haji Tarmudi (KEST). Majlis diteruskan dengan tayangan multi media montaj acara - acara yang berlangsung sepanjang V-Perkom Ko dijalankan dan pengumunan pemenang keseluruhan Pertandingan V-Perkom Ko 2020. Tempat pertama jatuh kepada Kompeni Bravo Kesatria Negara, tempat kedua dimiliki oleh Kompeni Delta Kesatria Negara dan tempat ketiga disandang oleh Kompeni Kesatria Kembara. Akhir sekali majlis ini ditutup dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Di Hatiku.

Ucapan Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST)

Pengacara majlis






No comments:

Post a Comment