MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, July 27, 2018

KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) 2018

Pada 19 Julai 2018 Komander Kesatria UiTM Johor telah menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge yang bertempat di UiTM Seremban 3, Negeri Sembilan sehingga 25 Julai 2018. Pelbagai acara telah diadakan. Antaranya, Relay Run kategori siswa dan siswi, Dancerobic, Duathlon kategori siswa dan siswi, Bukit Putus Challenge dan juga Jalan Lasak.

Sebagai persediaan dari segi fizikal dan mental, Komander Kesatria UiTM Johor telah mengadakan latihan bermula pada 9 Julai 2018 sehingga 18 Julai 2018. Sepanjang latihan dijalankan, Komander Kesatria UiTM Johor telah memberikan komitmen yang terbaik dan bersemangat dalam meningkatkan lagi prestasi fizikal dan mental. Keseluruhan peserta yang terlibat dalam KKEC 2018 seramai 60 orang. Komander Kesatria UiTM Johor bertolak ke UiTM Seremban 3, Negeri Sembilan pada 19 Julai 2018.

Pendaftaran bilik Komander Kesatria UiTM Johor pada 19 Julai 2018

Pertandingan bermula pada 20 Julai 2018, acara utama yang dijalankan ialah Relay Run yang bermula pada jam 7.30 pagi bagi kategori siswi dan seterusnya bagi kategori siswa di UiTM Negeri Sembilan Kampus Rembau. Acara ini memerlukan 6 orang komander sebagai peserta bagi setiap kategori. Bagi kategori siswa, johan disandang oleh Komander Kesatria UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban manakala, naib johan disandang oleh Komander Kesatria UiTM Pulau Pinang dan tempat ketiga disandang oleh Komander Kesatria UiTM Johor. Bagi kategori siswi, Komander Kesatria UiTM Johor mendapat tempat keenam. Johan disandang oleh Komander Kesatria UiTM Pulau Pinang, naib johan disandang oleh Komander Kesatria UiTM Shah Alam dan tempat ketiga disandang oleh Komander Kesatria UiTM Pahang.

Peserta relay run Komander Kesatria UiTM Johor.

Senarai nama peserta yang menyertai acara relay run:

Kategori Siswa:
1. KRM Muhammad Fikri Haziq bin Ayob
2. KRM Mohamad Danish Hamdani bin Mohamad Majidi
3. KRM Nafiis Najmuddin bin Sabaruddin
4. KRM Aiman Hakim bin Badrul Hisham
5. KRM Mohamad Amirul Asyraaf bin Samberi
6. KRM Amirrul Rofiq bin Khairul

Kategori Siswi:
1. KMdy Nuranina Azni binti Mohamad Latif
2. KRM Nur Aainaa Nadirah binti Suedan
3. KRM Norsharifah Tasha binti Kamaruddin
4. KRM Nurhafizah binti Othman
5. KRM Siti Aisyah binti Abdul Mutalib
6. KRM Hafizah binti Mohd Badli Shah

Seterusnya, pada 21 Julai 2018, pada jam 8.00 pagi acara dancerobic dimulakan di UiTM Negeri Sembilan Kampus Rembau. Komander Kesatria UiTM Johor mendapat giliran ke-4. Acara ini disertai oleh seramai 9 orang Komander Kesatria UiTM Johor. Komander Kesatria UiTM Johor telah mendapat tempat ke-7 dengan kutipan markah sebanyak 84 markah bagi acara ini. Johan disandang oleh Komander Kesatria UiTM Perlis, naib johan pula disandang oleh Komander Kesatria UiTM Shah Alam dan tempat ketiga disandang oleh Komander Kesatria UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah.

Komander Kesatria UiTM Johor yang menyertai acara dancerobic

Senarai nama peserta yang menyertai acara dancerobic:
1. KM Siti Nursharmila binti Mohd Sahrudin
2. KM Nur Farezah binti Sahruddin
3. KRK Nurul Sofia binti Abdullah
4. KRM Nurul Kamaliah binti Burhanuddin Zuki
5. KRM Nurul Syuhaida binti Mohamed Rashid
6. KRM Muhammad Hafizzi bin Sanuri
7. KRM Mohammad Shafizi bin Mohammad Zaini
8. KRM Abdul Musaini bin Atan
9. KRM Muhammad Danish Ghazi bin Mohd Fakrurazi

Pada 22 Julai 2018, acara orienteering diadakan di sekitar UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban 3. Acara ini mempunyai 2 kategori iaitu siswa dan siswi. Setiap kategori disertai oleh 2 orang komander kesatria. Bagi acara ini, Komander Kesatria UiTM Johor telah mendapat tempat ke-12 bagi kategori siswa. Johan disandang oleh Komander Kesatria UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban 3, naib johan pula disandang oleh Komander Kesatria UiTM Sabah dan tempat ketiga disandang oleh Komander Kesatria UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah. Manakala, bagi kategori siswi, Komander Kesatria UiTM Johor telah mendapat tempat ke-5. Johan disandang Komander Kesatria UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban 3, naib johan disandang oleh Komander Kesatria UiTM Perak dan tempat ketiga disandang oleh Komander Kesatria UiTM Negeri Sembilan Kampus Rembau.

Komander Kesatria UiTM Johor yang menyertai acara orienteering

Senarai nama peserta orienteering:

Kategori siswa:
1. KRM Muhammad Hafizzuddin bin Noorzaidy
2. KRM Muhammad Irfan Hakimi bin Ramli

Kategori siswi:
1. KRM Dhia Nadhirah binti Azizul
2. KRM Shaidatul Asyikin binti Jasmifaiezan

Acara duathlon diadakan pada 23 Julai 2018 pada pukul 8.00 pagi bertempat di Starfresh AgroPark, Bukit Putus. Acara ini memerlukan 3 orang peserta bagi setiap kategori. 2 orang peserta akan berlari manakala seorang lagi akan berbasikal. Komander Kesatria UiTM Johor telah mendapat tempat ke-9 bagi kategori siswa. Johan bagi acara ini dimenangi oleh Komander Kesatria UiTM Pulau Pinangm naib johan disandang oleh Komander Kesatria UiTM Perak dan tempat ketiga disandang oleh Komander Kesatria UiTM Terengganu. Manakala, bagi kategori siswi, Komander Kesatria UiTM Johor mendapat tempat ke-3. Johan disandang oleh Komander Kesatria UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah dan naib johan disandang oleh Komander Kesatria UiTM Pulau Pinang.

Komander Kesatria UiTM Johor yang menyertai acara duathlon (pelari)

Komander Kesatria UiTM Johor yang menyertai acara duathlon (basikal)

Komander Kesatria UiTM Johor mendapat tempat ke-3 dalam acara duathlon bagi kategori siswi

Senarai nama peserta yang menyertai acara duathlon:

Kategori siswa:

Pelari:
1. KRM Aiman Hakim bin Badrul Hisham
2. KRM Mohamad Amirul Asyraaf bin Samberi

Basikal:
1. KRM Muhammad Firdaus bin M.Rosli

Kategori siswi:

Pelari:
1. KMdy Nuranina Azni binti Mohamad Latif
2. KRM Norsharifah Tasha binti Kamaruddin

Basikal:
1. KRM Nurhafizah binti Othman

Pada sebelah petang pula, acara Bukit Putus Challenge dijalankan di Starfresh AgroPark, Bukit Putus. Seramai 3 orang Pegawai Unit Kokurikulum UiTM Johor menyertai pertandingan ini. Bagi kategori pegawai wanita, Pegawai Unit Kokurikulum UiTM Johor (Wanita) telah mendapat tempat ke-6 bagi acara ini. Manakala, bagi kategori pegawai lelaki, UiTM Johor telah mendapat tempat ke-3 dan tempat ke-4 bagi acara ini.




Senarai nama peserta bagi acara Bukit Putus Challenge:

Kategori Pegawai Lelaki:
1. Kapten (K) Muhamma Syafiq bin Mohd Nor
2. Lt. Muhizan bin Miskam (KEST)

Kategori Pegawai Wanita:
1. Kapten Norsyidah binti Mahmat Sani (KEST)

Acara terakhir yang diadakan adalah acara jalan lasak pada 24 Julai 2018 pada pukul 8.00 pagi. Acara ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pergi dan balik. Seramai 14 orang komander kesatria yang menyertai aktiviti ini. Komander Kesatria sekali lagi dinobatkan sebagai johan bagi acara ini selama 2 tahun berturut-turut kerana mempunyai masa terpantas tiba di garisan penamat iaitu selama 58 minit dan 35 saat. Naib johan pula telah dimenangi oleh Komander Kesatria UiTM Shah Alam dan tempat ketiga dimenangi oleh Komander Kesatria UiTM Terengganu.

Komander Kesatria UiTM Johor yang menyertai acara jalan lasak

Senarai nama peserta yang menyertai acara jalan lasak:

Team 1 (Pergi):
1. KMdy Nor Bazran bin Baharum
2.  KRM Muhammad Fikri Haziq bin Ayob
3. KRM Mohamad Danish Hamdani bin Mohamad Majidi
4. KRM Muhammad Hafis bin Muhammad
5. KRM Muhammad Asyraf bin Nordin
6. KRM Nurul Ikhma binti Amerizan
7. KRM Siti Aisyah binti Roslan

Team 2 (Balik):
1. KK Ahmad Nabil bin Hafizan
2. KMdy Nuranina Azni bin Mohamad Latif
3. KM Nur Farezah binti Sahruddin
4. KRK Muhammad Aqlan bin Zulkifli
5. KRK Sayful Amiran bin Suhaini
6. KRM Nafiis Najmuddin bin Sabaruddin
7. KRM Muhammad Al-Amin bin Mazlan

Piala yang dimenangi oleh Komander Kesatria UiTM Johor

Pada sebelah malam telah diadakan majlis perasmian penutup serta penyampaian hadiah. Keputusan keseluruhan KKEC 2018, tempat pertama disandang oleh UiTM Pulau Pinang. Manakala, tempat kedua disandang oleh UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah dan tempat ketiga disandang oleh UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban 3. UiTM Johor telah mendapat tempat ke-5 bagi KKEC 2018. Walau bagaimanapun, usaha dan semangat yang diberikan amat berharga dan tidak sia sia. Kemenangan dan kejayaan ini juga tidak akan mudah diperolehi dengan pertolongan dan sokongan ramai pihak terutamanya pegawai, jurulatih, pihak pengurusan dan jurugambar.

Pihak pengurusan:
1. KMdy Nurul Anis binti Saipol Bahri

Jurugambar:
1. KRM Nur Aainaa Nadirah binti Suedan
2. KRM Mohd Hamzi Hanafi bin Mohamed Supian











Monday, July 23, 2018

UNDANGAN TERBUKA KE MAKAN MALAM REJIMENTAL KOMANDER KESATRIA BATALION VI


UNDANGAN TERBUKA KE MAKAN MALAM REJIMENTAL KOMANDER KESATRIA BATALION VI

Dengan Segala Hormatnya Kami Menjemput

Tuan/Puan/Encik/Cik

KE

MAKAN MALAM REJIMENTAL KOMANDER KESATRIA BATALION VI

TARIKH : 26 OGOS 2018 (AHAD)

MASA : 8.00 MALAM

TEMPAT : DEWAN SRI TEMENGGONG (DST)

PAKAIAN :
PENERIMA WATIKAH:
LELAKI: KEMEJA BERWARNA CERAH, BERTALI LEHER BERWARNA MAROON / MERAH, BLAZER BERWARNA GELAP, SELUAR SLACK HITAM, KASUT KULIT GELAP DAN BERTUTUP.

PEREMPUAN: KEMEJA DAN BERTUDUNG MAROON / MERAH, BLAZER BERWARNA GELAP, SELUAR SLACK HITAM, KASUT KULIT GELAP DAN BERTUTUP.

TETAMU:
LELAKI: KEMEJA BERWARNA CERAH, BERTALI LEHER (KECUALI WARNA MAROON / MERAH), BLAZER BERWARNA GELAP, SELUAR SLACK HITAM, KASUT KULIT GELAP DAN BERTUTUP ATAU BAJU BATIK.

PEREMPUAN: BAJU KEBANGSAAN (BAJU KURUNG, KEBAYA DLL), TANPA BLAZER, KASUT KULIT GELAP DAN BERTUTUP ATAU BAJU BATIK.

BAYARAN : RM35/SEORANG

PENAMBAHAN:
1. BOLEH BAWA KELUARGA ATAU INSAN TERSAYANG
2. KANAK-KANAK DIBENARKAN UNTUK 7 TAHUN KE ATAS

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :
KMdy NURUL HAZLINDA BINTI ROSLEE (0177059276)
KMdy SOFEA MAISARA BINTI RIZALLUDDIN (010-2017259)

UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN :
KRK NABILA BINTI MOHAMED NAZIM (BENDAHARI 1) (0129315523)

NO AKAUN : 1222 5020 11 6000 (BANK ISLAM)
(SLIP PEMBAYARAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA KOMANDER NABILA SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN)

TARIKH AKHIR BAYARAN : 20 OGOS 2018

LAST CONFIRMATION KEHADIRAN BAGI TETAMU ADALAH PADA 8 OGOS 2018. 

UNDANGAN INI HANYA TERBUKA KEPADA STAF UNIT KO, PEGAWAI KEHORMAT, JURULATIH, KOMANDER, MANTAN KOMANDER DAN KELUARGA KOMANDER KESATRIA BATALION VI SAHAJA.

KEHADIRAN TUAN/PUAN/ENCIK/CIK AMAT KAMI ALU-ALUKAN
--------------------------------------------------------------------------------------------