MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, June 16, 2026

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA (MPKK) BATALION VI SESI MAC – OGOS 2026

 

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA (MPKK) BATALION VI SESI MAC – OGOS 2026

 

Pada tanggal 16 April 2026 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI yang bertempat di Dewan Karyawan 1 (DK1). Majlis ini diadakan bertujuan untuk membubarkan jawatan Kepimpinan Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI pada semester lepas sekaligus melantik Barisan Kepimpinan Tertinggi dan ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Komander Kesaria pada semester yang baharu bagi sesi Mac - Ogos 2026.

Pengacara Majlis

 

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Seterusnya, majlis diiringi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh KRM Muhammad Adam Fahmi bin Aidil. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada mantan Pegawai Operasi Biro Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI iaitu KMdy Ros Erzah Atirah binti Moin mewakili Komander Kanan Muhammad Harith bin Abd Rahman sekaligus membubarkan ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI sesi Oktober 2025 – Februari 2026. Seiring dengan itu, ucapan daripada Komander Kanan baharu iaitu Komander Kanan Abdul Fattah bin Azmi serta melantik ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI bagi sesi Mac – Ogos 2026. Beliau sangat berharap dengan adanya pemerintahan yang baharu ini dapat melahirkan Komander yang berprestasi tinggi serta bertanggunggjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang diberi.

Ucapan mantan Pegawai Operasi Biro, KMdy Ros Erzah Atirah binti Moin mewakili Komander Kanan Muhammad Harith bin Abd Rahman

 

Ucapan Komander Kanan Abdul Fattah bin Azmi Sesi Mac – Ogos 2026

 

 

 

Majlis diserlahkan lagi dengan ucapan serta amanat yang bermakna daripada Penolong Pendaftar Kanan Unit Kesatria Dan Kokurikulum dan Penasihat, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI iaitu Leftenan Kolonel Kesatria Ujud Bin Pabil. Dalam ucapan beliau, beliau menyentuh tentang semangat kerjasama yang dibawa oleh pasukan Komander Johor yang mewakili UiTM Cawangan Johor bagi Pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) baru-baru ini. Beliau juga berharap agar semua Komander dapat menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Seterusnya, ucapan daripada Ketua Pegawai Kehormat Kesatria iaitu Leftenan Kolonel Kesatria Syazali Effendi Bin A Wahab sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI bagi sesi Mac – Ogos 2026.

Ucapan Leftenan Kolonel Kesatria Ujud bin Pabil

Ucapan Perasmian Leftenan Kolonel Kesatria Syazali Effendi bin A Wahab

Majlis diteruskan lagi dengan upacara pelantikan Ketua Komander Kehormat yang baharu dan pemakaian pangkat kepada barisan Kepimpinan Tertinggi serta Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat oleh Leftenan Kolonel Kesatria Syazali Effendi Bin A Wahab dan diiringi oleh Leftenan Kolonel Kesatria Ujud Bin Pabil serta Pegawai Kehormat yang lain. Majlis didahului dengan acara pelantikan Ketua Komander Kehormat iaitu Leftenan Muda Kesatria Mohamad Shahmi bin Mohamad Din dan Timbalan Ketua Komander Kehormat iaitu Leftenan Muda Kesatria Nur Syafiqah binti Mohamed Rohaizat. Tambahan pula, acara diteruskan dengan pemakaian pangkat bagi barisan Kepimpinan Tertinggi serta Komander Kesatria Batalion VI. Pemakaian pangkat dimulai dengan pangkat Komander Kanan bagi Komander Kanan Abdul Fattah bin Azmi, Komander Madya bagi jawatan Top dan Komander Muda bagi Majlis Tertinggi.

Pelantikan Ketua Kehormat dan Timbalan Ketua Kehormat

Pemakaian Pangkat Komander Kanan, Komander Madya dan Komander Muda

 

Majlis beralih kepada Upacara Penyerahan Kuasa sesi Mac – Ogos 2026 yang telah dilaksanakan oleh Komander Madya Ros Erzah Atirah binti Moin, Pegawai Operasi Biro bagi semester lepas mewakili Komander Kanan Muhammad Harith bin Abd Rahman untuk menjalani penyerahan kuasa kepada Komander Kanan Abdul Fattah bin Azmi dengan diiringi oleh Leftenan Kolonel Kesatria Syazali Effendi Bin A Wahab dan Leftenan Kolonel Kesatria Ujud Bin Pabil, bagi menyempurnakan upacara penyerahan kuasa Pegawai Memerintah Majis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor.

Upacara Penyerahan Kuasa Pengawai Memerintah

Majlis dengan ini menjemput Leftenan Kolonel Ujud Bin Pabil (KEST), bagi menyampaikan sedikit cenderahati kepada Leftenan Kolonel Syazali Effendi Bin A Wahab (KEST) sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah bersama-sama turut serta dalam majlis ini. Seterusnya, majlis menjemput para tetamu VIP untuk berpindah majlis bagi menyaksikan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh Biro Multimedia. Di samping itu, bacaan lafaz ikrar Komander Kesatria yang dilaungkan oleh Komander Kanan Abdul Fattah bin Azmi, Pegawai Memerintah, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI sesi Mac – Ogos 2026 serta para Komander Kesatria. Dengan berakhirnya lafaz ikrar tersebut, maka berakhirlah Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku oleh semua tetamu jemputan dan para Komander Kesatria.

Pemberian Cenderahati

Tayangan Multimedia

 

Sesi Fotografi

 

 

No comments:

Post a Comment