MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, September 03, 2017

Latihan Intensif Bakal Komander Siri ke-32 Fasa Pertama

 Pada 25 Ogos 2017(Khamis) telah berlangsungnya Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) siri ke-32 fasa pertama.  Latihan ini turut disertai seramai 143 bakal komander dari UiTM Kampus Segamat dan UiTM Kampus Pasir Gudang.


       LIBK siri ke-32 fasa pertama diadakan bertujuan untuk membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kualiti disiplin, pembinaan diri dan kerohanian yang tinggi. Ia juga dapat menanam sifat kesedaran, kesefahaman, keyakinan dan juga kesyukuran dalam diri pelajar-pelajar. Seterusnya, meningkatkan lagi sifat patriotisme dan semangat kerjasama dalam satu pasukan.

      Latihan ini juga telah dilatih oleh En. Sahlan, En. Aziz, En. Rawi dan En. Nasir selaku jurulatih untuk LIBK siri ke-32. Pelajar-pelajar lebih ditekankan dan dilatih untuk memantapkan ilmu asas Pergerakan Kawad Kaki dan protokol di Padang Kawad.
Para peserta LIBK ke-32 sedang mempelajari tabik hormat dengan cara yang betul.


Sesi pembelajaran kawad kepada peserta LIBK ke-32 bersama jurulatih.
Sesi pembelajaran peta dan kompas yang dikendalikan oleh En. Sahlan. 


Para peserta LIBK ke-32 sedang mempelajari kawad tongkat.

       Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) siri ke-32 fasa pertama berakhir pada 30 Ogos 2017 untuk para pelajar dari Kampus Pasir Gudang. Manakala pelajar-pelajar dari Kampus Segamat tamat pada 31 Ogos 2017 sempana Hari Kemerdekaan ke-60 dengan beberapa peserta LIBK ke-32 dari Kampus Segamat yang menyertai dalam Perbarisan Kawad Bendera bersama komander-komander dari UiTM Kampus Segamat.

        LIBK siri ke-32 akan bersambung ke fasa kedua pada 18 Oktober 2017.