Pertandingan Kompeni Kokurikulum
Beruniform Mini (Mini Perkom Ko) 2026
Pada tanggal 13
Mei dan 20 Mei 2026, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI
UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah menjayakan Pertandingan Kompeni Kokurikulum
Beruniform Mini (Mini Perkom Ko) 2026. Pertandingan ini telah berlangsung
selama satu hari dan telah melibatkan 6 buah Kompeni iaitu Kompeni Alpha
Kesatria Negara, Kompeni Bravo Kesatria Negara, Kompeni Charlie Kesatria
Negara, Kompeni Delta Kesatria Negara, Kompeni Echo Kesatria Negara dan Kompeni
Foxtrot Kesatria Negara.
POSTER
PERTANDINGAN KOMPENI KOKURIKULUM BERUNIFORM MINI
(MINI PERKOM
KO) 2026
Hari pertama dimulakan dengan Acara Road Relay yang menguji
ketahanan fizikal, kekuatan mental serta semangat kerjasama berpasukan setiap
peserta. Pertandingan berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan yang
sengit. Johan bagi acara ini telah disandang oleh Kompeni Alpha Kesatria
Negara, manakala Kompeni Bravo Kesatria Negara berjaya meraih tempat kedua dan
Kompeni Echo Kesatria Negara memperoleh tempat ketiga.
Acara Road
Relay
Acara
diteruskan dengan Pertandingan Tarik Tali yang menyaksikan gabungan kekuatan
fizikal, strategi serta semangat kerjasama setiap pasukan. Suasana pertandingan
menjadi lebih meriah dengan sorakan padu daripada para penyokong. Kompeni
Foxtrot Kesatria Negara berjaya merangkul gelaran johan, diikuti oleh Kompeni
Bravo Kesatria Negara di tempat kedua, manakala Kompeni Echo Kesatria Negara
berjaya menduduki tempat ketiga.
Acara Tarik
Tali
Pada sesi malam
pula telah berlangsungnya Acara Kawad Kaki Formasi yang menampilkan disiplin,
kekemasan pergerakan serta kreativiti setiap kontinjen. Persembahan yang
dipamerkan berjaya menarik perhatian para penonton dan memeriahkan suasana
program. Bagi acara ini, Kompeni Echo Kesatria Negara telah berjaya dinobatkan
sebagai johan, manakala tempat Naib Johan disandang oleh Kompeni Delta Kesatria
Negara dan Kompeni Alpha Kesatria Negara berjaya memperoleh tempat ketiga.
Acara Kawad
Kaki Formasi
Pada hari
kedua, iaitu pada 20 Mei 2026, program diteruskan dengan Acara Mini PERKOM Run
yang menguji tahap kecergasan fizikal, ketahanan mental serta semangat juang
para peserta. Acara tersebut berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan
yang sihat antara setiap kompeni. Kompeni Alpha Kesatria Negara sekali lagi
membuktikan keunggulan mereka apabila berjaya meraih tempat pertama, diikuti
oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara di tempat kedua dan Kompeni Echo Kesatria
Negara di tempat ketiga.
Acara Mini
PERKOM Run
Sesi penutup
dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Lt. Kol. Syazali Effendi bin A.
Wahab (KEST) dengan diiringi oleh Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST). Majlis
berlangsung dengan penuh tertib dan bermakna sebagai penutup rasmi program. Bagi
kejuaraan keseluruhan, Kompeni Alpha Kesatria Negara telah dinobatkan sebagai
juara hasil konsistensi dan kecemerlangan mereka dalam beberapa acara utama.
Tempat kedua disandang oleh Kompeni Echo Kesatria Negara, manakala Kompeni
Foxtrot Kesatria Negara berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan.
Juara
Keseluruhan Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (Mini Perkom Ko)
Naib Johan
Keseluruhan Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini
(Mini Perkom
Ko)
Tempat Ketiga
Keseluruhan Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (Mini Perkom Ko)
Tahniah dan
syabas diucapkan kepada semua pelajar kokurikulum Semester 1 yang telah
memberikan komitmen yang tinggi sepanjang pelaksanaan Program Mini PERKOM KO
2026 ini. Semoga pengalaman yang diperoleh dapat memupuk semangat kerjasama,
ketahanan fizikal dan mental, serta menjadi kenangan yang bermakna sepanjang
penglibatan dalam aktiviti Kesatria Negara.
No comments:
Post a Comment