MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, October 31, 2019

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL SESI SEPTEMBER 2019-JANUARI 2020


          Majlis Makan Malam Rejimental anjuran Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor telah diadakan bermula dari tahun 2010. Majlis Makan Malam Rejimental telah diadakan pada 28 Oktober 2019 bersamaan dengan hari Isnin pada jam 9 malam bertempat di Dewan Sri Temenggong (DST).


 Majlis ini diadakan bertujuan sebagai penghargaan dari komander baru kepada yang lama. Selain itu, ia adalah untuk memberikan sekalung penghargaan kepada komander yang menerima pentauliahan pada bulan Ogos yang lepas. Penghargaan ini juga diberikan kepada mereka yang telah mewakili Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor dalam beberapa program seperti Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri 14/2019 dan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Se-Malaysia Siri 9/2019. Di samping itu, ia adalah untuk meraikan komander yang menunjukkan kecemerlangan dari pelbagai aspek sama ada luar bidang, akademik, kepimpinan, kokurikulum mahupun keseluruhan.

          Selain itu, Majlis Makan Rejimental ini turut diadakan bagi meraikan komander semester akhir serta komander yang telah berjaya mendapat Anugerah Dekan pada semester lepas dan semester ini.







          Upacara yang gah dan penuh istiadat ini telah dihadiri oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Timbalan Rektor UiTM Cawangan Johor, barisan pegawai kehormat, wakil pegawai kehormat dari Kampus Pasir Gudang, barisan komander kehormat, para jurulatih, mantan-mantan komander serta para tetamu yang lain. 


          Majlis dimulakan dengan ucapan daripada KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob untuk para tetamu jemputan yang hadir ke majlis makan malam tersebut.

          Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Lt. Kol.Ujud Bin Pabil (KEST).




         Seterusnya, majlis dengan berbesar hati memberi laluan kepada Brig. Jen. (K) Prof. Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar (KEST) bagi memberi ucapan sekaligus merasmikan Majlis Makan Malam Rejimental Komander Kesatria Batalion VI sesi September 2019 - Januari 2020.


          Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah pentauliahan Leftenan Muda Kesatria kepada para komander yang terlibat dan anugerah dekan bagi komander semester akhir dan semester ini.



          Majlis diteruskan lagi dengan pemakaian badge bagi Ketua Kontinjen Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Se-Malaysia Siri 9/2019.


Selain itu, majlis juga diteruskan lagi dengan penyampaian bagi beberapa anugerah lain kepada komander yang terlibat. Antara anugerah yang disampaikan adalah :

  -Anugerah Luar Bidang Terbaik
-Anugerah Akademik Terbaik
   -Anugerah Kepimpinan Terbaik
 -Anugerah Khas Kokurikulum
    -Anugerah Keseluruhan Terbaik


Bagi Anugerah Luar Bidang Terbaik disandang oleh,
 Lt. M Not Bazran bin Baharom (KEST)


Seterusnya, Anugerah Akademik Terbaik disandang oleh,
 Lt. M Siti Nur Amirah binti Ahmad Zamri (KEST)
 

  Di Samping itu, Anugerah Kepimpinan Terbaik disandang oleh,
 Lt. M Muhammad Nur Asyraf bin Ujud (KEST)



Manakala, Anugerah Khas Kokurikulum disandang oleh,
 Lt. M Ahmad Nabil bin Hafizan (KEST)

    Dan, bagi Anugerah Keseluruhan Terbaik disandang oleh, 
Lt. M Sofea Maisara binti Rizalluddin (KEST)



       Seterusnya, majlis penyampaian hadiah diakhiri dengan upacara penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat.

  Selesai sahaja penyampaian cenderahati dan nyanyian lagu, maka berakhirlah Majlis Makan Malam Rejimental Komander Kesatria Batalion VI sesi September 2019 - Januari 2020.


Friday, October 18, 2019

Pertandingan Kompeni Kokurikulum (PERKOM KO) 2019


Pertandingan kompeni kokurikulum (PERKOM KO) telah tamat dengan jayanya selepas 3 hari berlangsung. Pertandingan yang bermula pada petang 10 haribulan bersamaan dengan hari Khamis tamat dengan jayanya pada petang 12 haribulan bersamaan hari Sabtu di padang kawad.

Acara pertama yang dipertandingkan ialah larian perkom yang bermula dan berakhir di padang kawad. Tempat pertama berjaya dirangkul oleh Kompeni Kesatria Kembara diikuti oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara dan tempat ketiga dirangkul oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara.

Acara kedua yang berlangsung pada sebelah malam ialah acara kawad kaki formasi. Acara ini sangat menarik kerana menguji kreativiti Komander dan kebolehan mereka membawa platun kompeni masing masing. Persaingan yang sengit ini berjaya dimenangi oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Alpha Kesatria Negara dan tempat ketiga Berjaya dirangkul oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara. IC platun terbaik pula disandang oleh KRK Syahir bin Shaharuddin daripada Kompeni Echo Kesatria Negara.




Acara ketiga berlangsung pada hari Jumaat bermula dengan acara Road Relay yang menyaksikan tempat pertama dirangkul oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Kesatria Kembara dan disusuli oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. Seterusnya, terdapat 3 acara Res-Q Challenge yang berlangsung secara serentak iaitu Simulasi Bencana, Simulasi CPR, Kawad Hos. Simulasi Bencana dimenangi oleh Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, naib johan pula Kompeni Kadet Bomba dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Echo Kesatria Negara. Manakala acara Simulasi CPR dijuarai oleh kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia diikuti oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.





 Acara terakhir dipertandingkan dalam acara Res-Q Challenge iaitu Kawad Hos pingat emas dimenangi oleh Kompeni Kesatria Kembara, naib johan pula ialah Kompeni Bravo Kesatria Negara manakala tempat ketiga dirangkul oleh Kompeni Kadet Bomba. Sekaligus menjadikan Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menjadi juara keseluruhan acara Res-Q Challenge.





Acara seterusnya berlangsung pada malam Jumaat itu ialah Sajak Patritiosme dan Sorakan Kreatif. Johan bagi Sorakan Kreatif ialah Kompeni Delta Kesatria Negara, tempat kedua pula dimenangi oleh Kompeni Brass Band dan tempat ketiga dirangkul oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. Manakala, acara Sajak Patriotisme dijuarai oleh Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia, seterusnya ialah kompeni Alpha Kesatria Negara dan tempat ketiga ialah Kompeni Brass Band. Acara pada malam tersebut diakhiri dengan sorakan yang penuh bersemangat dari setiap kompeni.




Acara terakhir yang dipertandingkan ialah acara yang dinanti-nantikan, acara Rempuh Halangan dimenangi oleh Kompeni Kesatria Kembara, kedudukan kedua pula disandang oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Alpha Kesatria Negara. Secara keseluruhannya Kesatria Kembara sebagai juara keseluruhan Pertandingan Kompeni Kokurikulum pada tahun ini, diikuti oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara dan tempat ketiga dirangkul oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.




Kemudian pada jam 2.30 petang, Majlis Perwakilan Komander Kesatria VI telah mengadakan Majlis Penutup Pertandingan PERKOM KO 2019 di padang kawad. Majlis ini bertujuan untuk merasmikan pertandingan yang dirasmikan oleh Mohd Khairul Ariff Noh selaku Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Johor meraikan para pemenang yang telah bertanding dalam kesemua 9 acara tersebut. Majlis terakhir ini dimulakan dengan ketibaan VIP diiringi oleh paluan kompang yang menarik dan kemudiannya nyanyian lagu Bangsa Johor,Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa diketuai oleh KRK Alif Syazwan Bin Badrol Hisham.

Majlis diserikan lagi dengan menjemput Lt. Kol Ujud bin Pabil (KEST) untuk memberi ucapan sepatah dua kata. Tanpa melenggahkan masa, majlis menjemput Kol. Mohd Khairul Ariff b Noh(KEST) untuk merasmikan majlis tersebut. Bagi melengkapkan majlis, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah. Tidak dilupakan pemberian sijil penghargaan dan kemerdekaan juga diedarkan kepada KK Muhammad Fikri Haziq b Ayob, saudari Nabihah Binti Mohd Yunus selaku Ketua Kor SUKSIS dan kepada saudari Nurul Hanna Binti Zakaria iaitu Band Major Kompeni Brassband.




Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Kol. Mohd Khairul Ariff bin Noh (KEST) yang diberi oleh Lt. Kol Ujud bin Pabil (KEST). Bagi menghangatkan lagi suasana, juara pertandingan sajak patriotisme dan sorakan kreatif telah membuat persembahan. Kompeni Brassband juga telah memberikan persembahan yang amat bertenaga sekaligus menghiburkan para penonton. Majlis ditamatkan dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM di hatiku.

Thursday, October 03, 2019

UNDANGAN KE MAJLIS MAKAN MALAM REGIMENTAL KOMANDER KESATRIA BATALION VI




UNDANGAN TERBUKA KE MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL KOMANDER KESATRIA BATALION VI

Dengan Segala Hormatnya Kami Menjemput

Tuan/Puan/Encik/Cik

Ke

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL KOMANDER KESATRIA BATALION VI

TARIKH : 28 OKTOBER 2019 (ISNIN)

MASA : 8.00 MALAM

TEMPAT : DEWAN SRI TEMENGGONG (DST)

PAKAIAN :
PENERIMA WATIKAH—
LELAKI : KEMEJA BERWARNA CERAH, BERTALI LEHER BERWARNA MERAH, BLAZER BERWARNA GELAP, SELUAR SLACK HITAM, KASUT KULIT GELAP DAN BERTUTUP

PEREMPUAN : KEMEJA DAN BERTUDUNG MERAH, BLAZER BERWARNA GELAP, SELUAR SLACK HITAM, KASUT KULIT GELAP DAN BERTUTUP

TETAMU —
LELAKI : KEMEJA BERWARNA CERAH, BERTALI LEHER (KECUALI WARNA MERAH), BLAZER BERWARNA GELAP, SELUAR SLACK HITAM, KASUT KULIT GELAP DAN BERTUTUP ATAU BAJU BATIK

PEREMPUAN :
BAJU KEBANGSAAN (BAJU KURUNG, KEBAYA DLL), TANPA BLAZER, KASUT KULIT GELAP DAN BERTUTUP ATAU BAJU BATIK

BAYARAN : RM35/SEORANG

PENAMBAHAN:
1. BOLEH MEMBAWA KELUARGA ATAU INSAN TERSAYANG
2. KANAK-KANAK BERUMUR 7 TAHUN KE ATAS DIBENARKAN.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
1. KMdy Nur Alia binti Yusini - 0184684712
2. KMdy Nur Syazwana binti Shamri Efendi - 0132468021

UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN : KRK Shazwina Amiera binti Shamsuddin - 0172474587 (Slip pembayaran hendaklah disertakan)

PEMBAYARAN BOLEH DILAKUKAN KE NOMBOR AKAUN : 05067021314186 (Bank Islam) - Shazwina Amiera binti Shamsuddin

TARIKH AKHIR BAYARAN : 20 OKTOBER 2019 (AHAD)

PENGESAHAN KEHADIRAN BAGI TETAMU ADALAH PADA: 20 OKTOBER 2019 (AHAD)

UNDANGAN INI HANYA TERBUKA KEPADA STAF UNIT KO, PEGAWAI KEHORMAT, JURULATIH, KOMANDER, MANTAN KOMANDER DAN KELUARGA KOMANDER KESATRIA BATALION VI SAHAJA.


KEHADIRAN TUAN/PUAN/ENCIK/CIK AMAT KAMI ALU-ALUKAN

Sunday, September 22, 2019

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA BATALION VI SESI SEPTEMBER 2019-JANUARI 2020

            Pada 15 September 2019 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI bertempat di Dewan Sri Temenggong, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat.

           Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ini dijalankan bertujuan untuk membubarkan sebahagian Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang lama sekaligus melantik ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang baru.

            


Dimulai dengan nyanyian tiga buah lagu dan bacaan doa yang diketuai oleh KRK Muhammad Nur Syahmi Bin Ujud. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob, Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI.

           


           Seterusnya, ucapan diberikan oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Lt. Kol. (K) Syazali Effendi bin A. Wahab (KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan  Majlis Perwakilan  Komander Kesatria Batalion VI Sesi September 2019-Januari 2020.

           


            Majlis kemudiannya beralih arah kepada upacara pemakaian pangkat kepada 5 orang Komander Muda yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Kehormat, Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) dan para Pegawai Kehormat yang lain.

            Penerima pangkat yang pertama ialah KM MUHAMMAD KHAIRIL SYAZWAN BIN ZULKIFLI. Penerima pangkat seterusnya ialah :
  •          KM UMAR KALIF BIN ZAHIDI
  •          KM ALYA IZZATY HUSNA BINTI MUHAMMAD HAZMI
  •          KM MOHAMMAD SHAFIZI BIN MOHAMMAD ZAINI
  •          KM MOHD MAHATHIR BIN SUHAILI


            Majlis diteruskan lagi dengan simbolik pemakaian badge Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019. Majlis menjemput Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) untuk memberikan badge Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 kepada KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob.
    
           


            Seterusnya, Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST) dijemput untuk menyempurnakan Upacara Penyerahan Surat Lantikan Pegawai Kehormat. Dimulai oleh LT. KOL. (K) SYAZALI EFFENDI BIN A. WAHAB (KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria dan Penasihat Kompeni Delta Kesatria Negara. Penerima surat lantikan seterusnya ialah :
  •          KAPT. (K) WAN MUHD FAEZ BIN WAN IBRAHIM (KEST), Penasihat Kompeni Alpha Kesatria Negara
  •          MEJ. (K) MUHAMAD ISMAIL BIN PAHMI (KEST), Penasihat Kompeni Bravo Kesatria Negara
  •          MEJ. (K) AHMAD KAMARULZAMAN BIN OTHMAN (KEST), Penasihat Kompeni Charlie Kesatria Negara
  •          MEJ. (K) NORFARIZA BINTI MUHD ALI (KEST), Penasihat Kompeni Echo Kesatria Negara
  •          LT. MUHIZAN BIN MISKAM (KEST), Penasihat Kompeni Foxtrot Kesatria Negara
  •          KAPT. (K) IRWAN BIN ISMAIL (KEST), Penasihat Kompeni Kembara Kesatria Negara
  •          MEJ. (K) ROSNANI BINTI MOHD SALLEH (KEST), Penasihat Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
  •          KAPT. (K) SITI ZARIKH SOFIAH BINTI ABU BAKAR (KEST), Penasihat Kompeni Kadet Bomba
  •          MEJ. (K) AZMI BIN MOHAMED (KEST), Penasihat Kompeni Angkatan Awam Malaysia (APM)
  •          MEJ. (K) NOR EZAN BIN OMAR (KEST), Penasihat Kompeni Brass Band

Kemudian, Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) telah dijemput untuk menyampaikan cenderahati kepada Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST). Majlis diserikan lagi dengan tayangan multimedia yang telah disediakan.



          Di akhir majlis, para tetamu dijemput untuk berpindah majlis dan menikmati hidangan yang disediakan. Sebagai penutup, diharapkan dengan pelantikan ahli Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang baru dapat meneruskan perjuangan dan membanggakan nama UiTM Cawangan Johor. 

Sunday, September 01, 2019

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-62


Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 bertemakan Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih pada 31 Ogos 2019 (Sabtu), Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor Cawangan Segamat telah menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2019 Peringkat Daerah Segamat yang bertempat di Dataran Segamat.

Bagi menjayakan sambutan yang gilang gemilang ini, MPKK Batalion VI telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan kawad bendera dan pasukan pertandingan perbarisan. Latihan kawad merdeka telah diadakan selama tiga hari bermula daripada 28 Ogos 2019 di UiTM Segamat, Johor.

Seramai 62 orang anggota komander dengan diketuai oleh KK Muhammad Fikri Haziq bin Ayob telah mengambil bahagian dalam kawad bendera dengan membawa bendera Malaysia. Ini adalah sebagai simbolik bahawa Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 62 tahun. Bagi pasukan pertandingan perbarisan pula, kontinjen seramai 33 orang anggota komander ini telah diketuai oleh KMdy Saad bin Abdul Samad.







Selain itu, Sambutan Hari Kebangsaan ini juga telah disertai oleh Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) sebagai pembawa bendera Johor dan pasukan Brass Band. Para peserta berkumpul seawal jam 7.30 pagi sebelum memulakan perbarisan sebagai kontinjen pertama dalam perarakan masuk ke pentas utama di Dataran Segamat.






Lebih membanggakan lagi, Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor Cawangan Segamat telah menjadi johan dalam Pertandingan Perbarisan  kategori Badan Beruniform. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang menyertai Sambutan Hari Kebangsaan ini.




Wednesday, August 14, 2019

LIPUTAN KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) UiTM SIRI 9/2019


Pada 1 Ogos sehingga 6 Ogos yang lalu, Unit Kokurikulum dan Majlis Perwakilan Komander Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor telah menganjurkan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 yang bertempat di UiTM Segamat, Johor.
Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan iaitu Merempuh Halangan, E-sport (CS:GO), Kawad Kaki Formasi, Merdeka Nature Run 2019, Orienteering, Tempur Tanpa Senjata, Duathlon dan Jalan Lasak. Pertandingan ini telah melibatkan para komander UiTM daripada 17 kampus di seluruh negeri di Malaysia dengan jumlah seramai 805 anggota.

Penempatan dan pendaftaran para komander bermula daripada 30 Julai 2019 sehingga 1 Ogos 2019. Pada 1 Ogos 2019, para peserta dibenarkan untuk membuat ujian trek secara rasmi dan di sebelah malam, terdapat Taklimat Program Komander Kesatria Endurance Challenge yang bertempat di Dewan Seri Temenggong bagi cabutan undian.

Acara pertama dimulakan dengan Pertandingan Merempuh Halangan pada 2 Ogos 2019 (Jumaat), jam 8.00 pagi yang bertempat di litar rempuh halangan, UiTM Segamat, Johor. Acara ini melibatkan penyertaan daripada 9 komander siswa dan 4 komander siswi beserta 1 komander siswa dan siswi simpanan. Johan bagi acara ini disandang oleh UiTM Cawangan Johor dengan catatan masa terpantas 5 minit 37 saat, naib johan dimiliki oleh UiTM Cawangan Kedah manakala tempat ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Perlis.


                                                                                                                                                                 
                                             
                       
Berikut ialah senarai nama Komander Johor yang menyertai pertandingan merempuh halangan:

1. KK MUHAMMAD FIKRI HAZIQ BIN AYOB
2. KMdy NUR ALIA BINTI YUSINI
3. KRK MUHAMMAD HAFIS BIN MUHAMMAD
4. KRM ALIF SYAZWAN BIN BADROL HISHAM
5. KRM MUHAMMAD AMMAR BIN ROSLI
6. KRM MUHAMMAD SYAZAANI BIN ILLHAM
7. KRM MUHAMMAD HARITH BIN BOLHI
8. KRM MOHAMAD RUSYDUDDIN BIN MOHAMAD RUSHDI
9. KRM MUHAMMAD NUR FAHMU BIN A. RAZAK
10. KRM MUHAMMAD RASYIDIN BIN YUSOF
11. KRM MUHAMMAD ARIF BIN OTHMAN
12. KRM HUSNA AINI BINTI SHAHIDI
13. KRM NURUL AMELIA SYAREENA BINYI NOOR HISYAM
14. KRM HAIZATUL AMIRA BINTI HAMIDON
15. KRM NUR-LIYANA IZZATI BINTI MOHD KHAIREE

Pada jam 2.30 petang pula, acara E-sport (CS:GO) telah berlangsung di Dewan Sri Temenggong. Pertandingan ini melibatkan 5 orang peserta daripada setiap kampus dan dikelaskan kepada empat kumpulan. Kemudian, pertandingan ini bersambung ke peringkat suku akhir yang berlangsung pada 4 Ogos 2019 (Ahad). Perlawanan diteruskan sehingga ke peringkat akhir antara UiTM Cawangan Johor menentang UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban. Secara mutlaknya, juara telah jatuh kepada UiTM Cawangan Johor, naib juara disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban  dan tempat ketiga dimiliki oleh UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub.




Berikut ialah senarai Komander Johor yang menyertai pertandingan E-sport (CS:GO):

1. KRK IRSYADUDDIN BIN YAZID
2. KRK IRFAN WAFIY BIN ADAM
3. KRK MUHAMMAD HAZIQ BIN RAFIZ
4. KRM AHMAD FAEIZUL HELMI BIN AHMAT JOHAR
5. KRM MUHAMMAD SYAZANI BIN ILLHAM
6. KRM AMZAR MUIZZUDDIN BIN MAZWAN




Acara ketiga pada 2 Ogos 2019 ialah Pertandingan Kawad Kaki Formasi yang berlangsung pada jam 8.00 malam dan bertempat di padang kawad UiTM Segamat, Johor. Setiap kampus yang menyertai pertandingan haruslah mempunyai kekuatan anggota seramai 30 orang bagi satu platun. Sebelum tibanya giliran untuk mempersembahkan kawad kaki formasi mereka, platun dikehendaki untuk membuat pemeriksaan pemakaian terlebih dahulu. Bagi acara ini, tempat pertama berjaya disandang oleh UiTM Cawangan Johor dengan pungutan mata sebanyak 6141, tempat kedua dimenangi oleh UiTM Cawangan Perlis dengan pungutan mata sebanyak 6136 manakala tempat ketiga menjadi milik UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan pungutan mata sebanyak 6135. Bagi Ketua Platun Terbaik, gelaran ini dimenangi oleh ketua platun daripada UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub yang memperoleh markah penuh sebanyak 300.






Berikut merupakan senarai Komander Johor yang menyertai pertandingan kawad kaki formasi:

1. KMdy SAAD BIN ABDUL SAMAD
2. KMdy NOR FAEIZAH ZAIKHA BINTI ZAINAL
3. KM NUR SHAMIRA BINTI SHAHRIZAN
4. KRK NURUL SYUHAIDA BINTI MOHAMED RASHID
5. KRM MUHAMMAD KHAIRIL SYAZWAN BIN ZULKIFLI
6. KRM SITI NUR AIN NADHIRAH BINTI ABD KARIM
7. KRM NURUL ATHIRAH BINTI WAHIDIN
8. KRM ABU ZAHIN BIN ABU BAKAR
9. KRM SHAZWINA AMIERA BINTI SHAMSUDDIN
10. KRM NUT FATIN NAJWA BINTI MASJAYADI
11. KRM MUHAMMAD ADIB BIN ASHAARI
12. KRM NUR NASHRIQ NUAIM BIN MOHD HANIF
13. KRM MUHAMMAD AMIRUL BIN RASIDI
14. KRM MUHAMMAD ZARIQ SOFI BIN HASNOLRIZAL
15. KRM MUHAMMAD UZAIR MUIZZ BIN SALLEHUDDIN
16. KRM MOHAMAD NAZRI BIN MOHAMAD NIZAM
17. KRM AMNI NASUHA BINTI ZAMRI
18. KRM MOHAMAD ASHRAF BIN M. ANUAR
19. KRM NURRUL AIN FADHILAH BINTI MOHD JUAKHIR
20. KRM NURAIN BINTI ABDUL RAHMAN
21. KRM NURAIN BATRIESYIA BINTI ZAKARIA
22. KRM NUR ELYA SYAZWANI BINTI JOHA
23. KRM NOR NADIAH SYAKIRAH BINTI NORHIZAM
24. KRM AHNAF IZZUDDIN BIN SAIDI
25. KRM FARISAH BINTI MD AZAHAR
26. KRM MOHAMAD FAIROZAN AMIR BIN MOHD ISMAIL
27. KRM NAZIRA HAZWANI BINTI HAMINOZAIN
28. KRM NUR ATHIRA BINTI AHMAD SARUDIN
29. KRM NURUL SHAHIRAH BINTI NOOR ALLIM
30. KRM MUHAMMAD DANIAL BIN MD SHARIF




Pada keesokan harinya iaitu 3 Ogos 2019 (Sabtu), telah berlangsungnya acara Merdeka Nature Run 2019. Acara ini bukan sahaja disertai oleh para komander UiTM se-Malaysia malah turut mendapat sambutan hangat daripada pelajar interim dan orang awam yang datang dari segenap penjuru negara. Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu 3 km (fun run), 6 km dan 12 km. Pemenang bagi kategori 12 km menerima hadiah berbentuk wang tunai iaitu RM 500 bagi tempat pertama, RM 300 bagi tempat kedua dan RM 200 bagi tempat ketiga. Bukan itu sahaja, acara ini turut dipertandingkan kepada para pegawai lelaki dan wanita. Manakala bagi para komander, ia terbuka kepada kategori 6 km sahaja dan memerlukan penyertaan 10 siswa dan 10 siswi bagi setiap kampus. Bagi kategori siswa, UiTM Cawangan Pulau Pinang berjaya menjadi johan, UiTM Cawangan Perak menjadi naib johan manakala UiTM Cawangan Johor mendapat tempat ketiga. Bagi kategori siswi, juara disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, naib juara dimiliki oleh UiTM Shah Alam dan tempat ketiga menjadi milik UiTM Cawangan Selangor.





Berikut merupakan senarai Komander Johor yang menyertai acara Merdeka Nature Run 2019:

Siswa:
1. Lt. M. FIRDAUS BIN HAMDI (KEST)
2. Lt. M. BADRULSYAH FIRDAUS BIN MUHAMMAD JOHAR (KEST)
3. KK MUHAMMAD FIKRI HAZIQ BIN AYOB
4. KRK MUHAMMAD AQLAN BIN ZULKIFLI
5. KRK MOHAMAD DANISH HAMDANI BIN MOHAMAD MAJIDI
6. KRM MUHAMMAD AMMAR BIN ROSLI
7. KRM MUHAMMAD ARIF BIN OTHMAN
8. KRM MUHAMMAD RASYIDIN BIN YUSOF
9. KRM MUHAMMAD SYAMIR BIN MOHD ZAHID
10. KRM MUHAMMAD HARITH BIN BOLHI

Siswi:
1. KMdy NUR FAEIZAH ZAIKHA BINTI ZAINAL
2. KM NUR SHAMIRA BINTI SHARIZAN
3. KRM HUSNA AINI BINTI SHAHIDI
4. KRM NURUL IZZAH BINTI AZHAR
5. KRM KHAIRUNNISA’ BINTI JAMALUDDIN
6. KRM NURUL AFIQAH HUSNA BINTI AHMAD FATHI
7. KRM NURUL HAIZASAFFIYA IRYANI BINTI ALI
8. KRM NURUL NAJWA BINTI ABDULLAH SANI
9. KRM SHARIFAH ALIAH SHARMIN BINTI SYED HUSSIN
10. KRM NOOR AMIERA AINA


Di samping itu, acara pada hari tersebut turut diselingkan dengan Majlis Perasmian Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 yang dirasmikan oleh DR. SULAIMAN MOHD NOR, Adun Kemelah Wakil Rasmi YB Tuan Aminolhuda bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi. Majlis seterusnya menjemput DR. SULAIMAN MOHD NOR diiringi oleh BRIGADIER JENERAL KESATRIA PROFFESSOR MADYA DR. AHMAD NAQIYUDDIN BAKAR, Rektor Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor  bagi menyerahkan bendera kejohanan KKEC UiTM Siri 9/2019 kepada ketua pembawa bendera, KK Ahmad Nabil bin Hafizan. Lebih menarik lagi, kesemua peserta dan tetamu jemputan dapat menyaksikan persembahan gimik perasmian paramotor di udara. 




Pada jam 2.30 petang, acara kemudiannya beralih kepada Pertandingan Orienteering yang juga bertempat di padang kawad. Acara ini dijalankan mengikut format orienteering klasik. Ia memerlukan penyertaan seramai 2 komander siswa dan 2 komander siswi. Peserta siswi dilepaskan terlebih dahulu selang 5 minit bagi setiap kampus yang kemudiannya diteruskan oleh peserta siswa. Peserta hendaklah melengkapkan dan mencari semua bearing dengan tepat dan betul. Pemarkahan dinilai berdasarkan markah yang paling tinggi namun sekiranya terdapat persamaan mata, ia akan dinilai berdasarkan masa terpantas. Keputusannya, pingat emas digondol oleh UiTM Cawangan Johor, perak disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau manakala gangsa dimiliki oleh UiTM Cawangan Perak.






Berikut merupakan senarai peserta Komander Johor yang menyertai pertandingan orienteering:

1. KRM ARIF AMIRUDDIN BIN KAMAL AZLAN
2. KRM MUHAMMAD FADHLI BIN MOHD FUAD
3. KRM NURELYANA BINTI MOHD AMIN
4. KRM NOOR SYAZUA FITRI BINTI MOHD ROZY




Pada malam 3 Ogos 2019, telah berlangsungnya Pertandingan Tempur Tanpa Senjata di Dewan Sri Temenggong. Setiap kampus yang bertanding wajib menyediakan 12 orang peserta iaitu 6 siswa dan 6 siswi serta 2 pemain simpanan iaitu 1 siswa dan 1 siswi. Pertandingan ini mengandungi Lawang 1, Pergerakan 6 Asas dan 1 Langkah bertarung dan kesemua pasukan mestilah menamatkan disiplin yang disertai dalam masa maksimum 6 minit. Johan bagi acara ini telah disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau, naib johan dimiliki oleh UiTM Cawangan Johor dan tempat ketiga jatuh kepada UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah.







Berikut merupakan senarai peserta Komander Johor yang menyertai pertandingan tempur tanpa senjata:

1. KRK MUHAMMAD MUAAZ HAIKAL BIN YAHYA
2. KRK MUHAMMAD YAFIK BIN BAHARRUDIN
3. KRM MUHAMMAD KHAIRUDIN BIN SHAMSOL BAHRIN
4. KRM MUHAMMAD MUSTAKIM BIN MOHD RAZID
5. KRM MUHAMMAD NUR SYAHMI BIN UJUD
6. KRM MUHAMMAD QAIRIZUDDIN BIN OSMAN
7. KRM NUR AFIQAH BINTI ABDUL RAHMAN
8. KRM NUR ATHIERAH BINTI MOHD ROMZI
9. KRM NUR HIDAYAH BINTI MOHD NAZARI
10. KRM NURAINA IZZATY BINTI HAMDAN
11. KRM NURUL FATEHAH BINTI AHMAD
12. KRM NURUL AININA HANIS BINTI MD MOKHTAR
13. KRM UMAR KALIF BIN ZABIDI
14. KRM YASMIN BINTI ZAHIMI




Pada hari berikutnya iaitu pada 4 Ogos 2019 (Ahad), acara Duathlon telah diadakan bermula dari jam 8.00 pagi yang bertempat di padang kawad. Duathlon terdiri daripada dua kategori sukan iaitu larian dan berbasikal. Acara ini memerlukan 8 orang peserta yang mengandungi 2 pelari siswi, 2 pelari siswa, 2 pemain basikal siswi dan 2 pemain basikal siswa. Peserta akan dilepaskan secara berpasangan mengikut turutan iaitu larian, berbasikal, berbasikal dan akhirnya larian. Larian melibatkan jarak 6 km manakala berbasikal pula mengambil jarak sejauh 20 km. Keputusan pertandingan ini ialah, tempat pertama dimenangi oleh UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dengan catatan masa keseluruhan 2 jam 57 minit 12 saat. Tempat kedua jatuh kepada UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan catatan masa keseluruhan 3 jam 2 minit 41 saat manakala tempat ketiga dimiliki oleh UiTM Cawangan Selangor dengan catatan masa 3 jam 9 minit 24 saat.






Berikut merupakan senarai peserta Komander Johor yang menyertai pertandingan duathlon:

Larian (siswa):
1. KRM ALIF SYAZWAN BIN BADROL HISHAM
2. KRM MUHAMMAD AMMAR BIN ROSLI

Larian (siswi):
1. KRM HUSNA AINI BINTI SHAHIDI
2. KRM NUR FARAH AUNI BINTI RAHIM

Berbasikal (siswa):
1. KRK AZRIN HAKIM BIN AZHAR
2. KRM MUHAMMAD ‘AMMAR AFIQ BIN RAHMAN

Berbasikal (siswi):
1. KMdy NUR SYAZWANA BINTI SHAMRI EFENDI
2. KRM NUR HAFIZAH BINTI ROSJASNI




Tanggal 5 Ogos 2019 (Isnin) merupakan hari yang dinanti-nantikan. Pada hari tersebut, telah berlangsungnya acara yang terakhir iaitu Pertandingan Jalan Lasak pada jam 8.00 pagi di padang kawad. Acara ini merupakan acara tradisi dan wajib bagi setiap kejohanan KKEC. Setiap kampus perlu menyediakan 9 komander siswa dan 4 komander siswi beserta 2 pemain simpanan dari peserta siswa dan siswi. Pasukan akan dilepaskan dalam selang masa 5 minit dan mereka mestilah berlari dalam satu kumpulan dengan jarak sejauh 8 km. Bagi acara ini, pingat emas telah menjadi milik UiTM Cawangan Sabah dengan catatan masa keseluruhan ialah 55 minit 34 saat, pingat perak pula disandang oleh UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan rekod masa 55 minit 54 saat manakala pingat gangsa menjadi milik UiTM Cawangan Kedah dengan catatan masa selama 56 minit 41 saat.







Berikut ialah senarai nama Komander Johor yang menyertai pertandingan jalan lasak:

1. KMdy NORBAZRAN BIN BAHARUM
2. KK MUHAMMAD FIKRI HAZIQ BIN AYOB
3. KM NURUL IKHMA BINTI AMERIZAN
4. KM SITI AISYAH BINTI RUSLAN
5. KRK MUHAMMAD HAFIS BIN MUHAMMAD
6. KRM ARIF AMIRUDDIN BIN KAMAL AZLAN
7. KRM MUHAMMAD SYAMIR BIN MOHD ZAHID
8. KRM MUHAMMAD HAKIMI BIN MAT HABEHA
9. KRM MUHAMMAD EZAIRY BIN MOHD LIZA AZMIE
10. KRM UMAR KALIF BIN ZABIDI
11. KRM MUHAMMAD FIQRI BIN ABD RAHIM
12. KRM HAIZATUL AMIRA BINTI HAMIDON
13. KRM NURUL AMELIA SYAREENA BINTI NOOR HISYAM
14. KRM NORSYUHAIDI NAJMI BIN SUHAIMIE
15. KRM NUR AMIRATUS SOLEHAH BINTI SALMUAZAM




Pada sebelah malam pula, Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI telah mengadakan Majlis Penutupan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 bagi meraikan para atlet yang telah bertungkus lumus bagi meraih kejayaan demi kampus masing-masing. Majlis dengan berbesar hatinya menjemput BRIGADIER JENERAL KESATRIA PROFFESOR MADYA DR. AHMAD NAQIYUDDIN BAKAR untuk menyampaikan kata-kata aluan lantas majlis seterusnya menjemput BRIGADIER JENERAL KESATRIA SURVEYOR NOOR HALIL ISMAIL, Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi MARA bagi menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis penutup tersebut. Kemudian, majlis turut diserikan lagi dengan persembahan tarian tradisional daripada kumpulan D’Waris Dance di samping para tetamu menjamu selera. Usai itu, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi 8 acara yang dipertandingkan sekaligus mempersilakan LEFTENAN KOLONEL KESATRIA KHADIJAH BINTI SALLEH, Pegawai Kokurikulum Kanan UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah selaku ketua pengadilan dan bantahan KKEC UiTM Siri 9/2019 untuk mengumumkan keputusan pemenang keseluruhan bagi KKEC UiTM siri 9/2019.







Berikut merupakan keputusan rasmi keseluruhan Pertandingan KKEC UiTM Siri 9/2019:
1.  UiTM Cawangan Johor
2.  UiTM Cawangan Pulau Pinang
3. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah
4. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau
5. UiTM Cawangan Selangor
6.  UiTM Cawangan Perlis
7.  UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban
8. UiTM Cawangan Perak
9. UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka
10. UiTM Cawangan Kedah
11. UiTM Shah Alam 
12. UiTM Cawangan Sabah
13. UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub
14. UiTM Cawangan Terengganu
15. UiTM Cawangan Melaka
16. UiTM Cawangan Kelantan
17. UiTM Cawangan Sarawak


Ironinya, pertandingan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran fizikal dan semangat berdaya saing dalam kalangan peserta. Bagi setiap keringat dan penat lelah demi mencapai kejayaan dalam pertandingan yang berprestij ini, telah membuktikan bahawa para komander UiTM se-Malaysia mempunyai sifat juang yang tinggi dan tidak mudah berputus asa.

Adat pertandingan, ada yang kalah dan ada juga yang menang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang telah menamatkan pertandingan ini dengan jayanya. Jangan putus harapan dan teruslah bangkit demi masa yang mendatang. Semoga kita berjumpa lagi di KKEC akan datang di Perlis pada tahun 2020 nanti.

Once a commander, always a commander!