MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, July 22, 2022

PERTANDINGAN KOMPENI KOKURIKULUM BERUNIFORM MINI (MINI PERKOM KO) 2022

    Pada 1 Julai 2022 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah mengadakan Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini ( Mini Perkom Ko) 2022. Pertandingan ini melibatkan  4 kompeni iaitu Kompeni Alpha Kesatria Negara, Kompeni Bravo Kesatria Negara, Kompeni Charlie Kesatria Negara dan Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM) yang diadakan secara bersemuka.

Poster Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (Mini Perkom Ko) 2022
    Pertandingan ini telah diadakan selama 5 hari. Hanya Peringkat Akhir sahaja yang diadakan secara bersemuka pada 30 Jun 2022 yang bertempat di Bilik Kuliah Sri Pegaga (BKSP 4) di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Untuk pengetahuan semua, setiap kompeni perlu menghantar 2 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli kumpulan untuk bertanding dalam acara ini. Johan bagi Pertandingan E-Sport (Mobile Legends : Bang Bang) ialah Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM) dan diikuti dengan Kompeni Bravo Kesatria Negara sebagai naib johan, seterusnya, tempat ketiga diikuti dengan Kompeni Charlie Kesatria Negara. 

Kedudukan Akhir Pertandingan E-Sport Mobile Legends Bang Bang (MLBB)
Poster Pengumuman Pemenang bagi Acara Mobile Legends : Bang Bang (MLBB)
    Acara kedua yang dipertandingkan adalah Pertandingan Perkom Run (Kategori Terbuka) yang berlangsung pada 1 Julai 2022 di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Untuk pengetahuan semua, acara Perkom Run Terbuka Kategori Siswa ini telah berjaya dijuarai oleh KRM Amy Haikal Bin Rosli dari Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia manakala tempat kedua berjaya dirangkul oleh KMdy Muhammad Hairiel Anuar Bin Mohd Zahari dan tempat ketiga diikuti oleh KRK Ariff Imran Bin Ariffin dari Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM). Seterusnya, pemenang bagi acara Perkom Run Terbuka Kategori Siswi ini telah berjaya dijuarai oleh Lt. M Nurul Syazana Binti Misbah (KEST) dan manakala tempat kedua berjaya dirangkul oleh Lt. M Siti Aisyah Binti Mat Zaid (KEST) dan tempat ketiga diikuti oleh KRK Erny Jesnita Binti Nizam dari Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Bagi acara Perkom Run Pelajar Ko Kategori Siswa ialah tempat pertama jatuh kepada Mohammad Inaayat Hussein Khan dari Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM), manakala tempat kedua jatuh kepada Muhammad Aiman Bin Kamaruzzaman dari Kompeni Bravo Kesatria Negara dan tempat ketiga jatuh kepada Amirul Sadiqin Bin Nazlan dari Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM). Seterusnya, pemenang bagi acara Perkom Run Pelajar Ko Kategori Siswi ialah tempat pertama jatuh kepada Anisah Filzati Binti Abdul Malek dari Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM), manakala tempat kedua jatuh kepada Nur Alisya Binti Nordin dari Kompeni Alpha Kesatria Negara dan tempat ketiga jatuh kepada Ainin Safiyyah Binti Muhammad Fithal dari Kompeni Alpha Kesatria Negara. 

Poster Pemenang bagi Acara Perkom Run Terbuka Kategori Siswa

Poster Pemenang bagi Acara Perkom Run Terbuka Kategori Siswi
Poster Pemenang bagi Acara Perkom Run Pelajar Ko Kategori Siswa
Poster Pemenang bagi Acara Perkom Run Kategori Pelajar Ko Kategori Siswi
    Acara terakhir yang dipertandingkan ialah Acara Relay Run. Acara ini telah melibatkan 4 kompeni iaitu Kompeni Alpha Kesatria Negara, Kompeni Bravo Kesatria Negara, Kompeni Charlie Kesatria Negara dan Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM). Untuk pengetahuan semua, bagi kategori siswa, tempat pertama telah dimenangi oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara sebagai naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM). Bagi kategori siswi pula, Kompeni Alpha Kesatria Negara telah berjaya merangkul johan diikuti oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara sebagai naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara. 
 
Kedudukan Akhir Acara Relay Run
Poster Pemenang bagi Acara Relay Run Kategori Siswa 
Poster Pemenang bagi Acara Relay Run Kategori Siswi
    Setelah berakhirnya ketiga-tiga acara tersebut, majlis beralih kepada Majlis Penutup Mini Perkom ko 2022 bagi mengumumkan pemenang bagi setiap acara serta perasmian Mini Perkom Ko bagi tahun 2022. Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh Kol. Dr. Basaruddin Shah Bin Basri (KEST) selaku Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Johor bagi meraikan para pemenang yang telah bertanding dalam setiap acara tersebut. Bermulanya sesi penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang bagi setiap acara oleh Kol. Dr. Basaruddin Shah Bin Basri (KEST) diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST). Bagi juara keseluruhan pertandingan Mini Perkom Ko 2022 ini disandang oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM) sebagai naib johan dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Alpha Kesatria Negara. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar kokurikulum Semester 1 kerana telah bersama-sama melibatkan diri dalam Mini Perkom Ko 2022. Di kesempatan ini juga, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program Mini Perkom Ko 2022 pada semester ini.  

Poster Pengumuman Pemenang Keseluruhan bagi Pertandingan Mini Perkom Ko 2022
Johan Mini Perkom Ko 2022 iaitu Kompeni Bravo Kesatria Negara
Naib Johan Mini Perkom Ko 2022 iaitu Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM)
Tempat Ketiga Mini Perkom Ko 2022 iaitu Kompeni Alpha Kesatria Negara
    Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Kol. Dr. Basaruddin Shah Bin Basri (KEST) yang disampaikan oleh Lt. Kol Ujud Bin Pabil (KEST). Akhir sekali, majlis ditamatkan dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku. 

Penyampaian Cenderahati oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST)
Johan - Kompeni Bravo Kesatria Negara
Naib Johan - Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM)
Tempat Ketiga - Kompeni Alpha Kesatria Negara
Tempat Keempat - Kompeni Charlie Kesatria Negara