MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, June 18, 2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KESATRIA KE-50 PERINGKAT UiTM CAWANGAN JOHOR

MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KESATRIA KE-50 PERINGKAT UiTM  CAWANGAN JOHOR

Pada tanggal 13 Jun 2026 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Kesatria Ke-50 Peringkat UiTM Cawangan Johor. Majlis gilang-gemilang ini bertempat di Padang Kawad UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dan diadakan bertujuan untuk menyambut serta meraikan jubli emas penubuhan Unit Kesatria yang ke-50 tahun.

 

Majlis dimulakan dengan Perbarisan Komander Kesatria Batalion VI yang diketuai oleh Leftenan Muda Kesatria Mohamad Danish Akmal bin Mohammad Zaidi, serta diiringi oleh dua subaltern iaitu Leftenan Muda Kesatria Mohamad Shahmi bin Mohamad Din dan Leftenan Muda Kesatria Muhammad Aqil Najmi bin Md Nor Azan. Perbarisan ini turut disertai oleh 44 orang Komander Kesatria dari Kampus Segamat.

[GAMBAR PERBARISAN]

 

Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Sejurus selepas nyanyian lagu, upacara pemeriksaan baris oleh VIP turut dijalankan bagi menilai kesiapsiagaan dan kekemasan anggota perbarisan.

[GAMBAR PEMERIKSAAN BARIS]

 

Bagi memohon keberkatan dan kelancaran sepanjang majlis berlangsung, sesi bacaan doa telah dipimpin oleh Komander Muda Mohamad Suhayl Alwan bin Mohamed Suhaimi.

[GAMBAR BACAAN DOA]

 

Majlis kemudiannya diserikan dengan ucapan daripada Kolonel Kesatria Irwan bin Ismail, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Johor, yang seterusnya menyempurnakan gimik perasmian Sambutan Hari Ulang Tahun Kesatria UiTM Ke-50 Peringkat UiTM Cawangan Johor.



[GAMBAR UCAPAN DAN PERASMIAN TUAN IRWAN]

 

Sebaik sahaja gimik perasmian selesai, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Kesatria Universiti Teknologi MARA yang dipimpin oleh Leftenan Muda Kesatria Mohamad Danish Akmal bin Mohammad Zaidi. Kehangatan semangat kesatria diteruskan dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku oleh para komander sebelum kontinjen perbarisan melapor untuk keluar dari padang kawad.

 

Sehubungan itu, majlis diserlahkan lagi dengan persembahan Kawad Kaki Formasi yang dipersembahkan oleh Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.


[GAMBAR PERSEMBAHAN KAWAD KAKI FORMASI]

 

Bagi memeriahkan lagi acara, majlis diserlahkan dengan persembahan Kawad Kaki Formasi yang dipersembahkan secara kreatif dan berdisiplin oleh Komander Kesatria Batalion VI.




[GAMBAR PERSEMBAHAN SILAT GAYONG]

 

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Gerak Gempur Kesatria yang diwakili oleh Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.




[GAMBAR PERSEMBAHAN GERAK GEMPUR KESATRIA]

 

Di samping itu, majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada Green Phoenix Marching Band dan Greenix Color Guardline oleh Kompeni Brass Band. Alunan muzik yang bertenaga serta koordinasi warna bendera yang harmoni berjaya menaikkan lagi kemeriahan sambutan jubli emas ini.




[GAMBAR PERSEMBAHAN BRASS BAND]

 

Sambutan kali ini turut melakar coretan sejarah tersendiri apabila diadakan perarakan persaraan bagi meraikan Mejar Kesatria Datin Hajah Aryani binti Abdullah, pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Johor yang telah menabur bakti selama 26 tahun.

 

Beliau merupakan tokoh pendidik yang banyak menyumbang jasa kepada universiti serta MPKK Batalion VI, termasuk memegang portfolio penting sebagai Koordinator Institute of Neo Education Development (INeD), Koordinator Unit Korporat, Pegawai Kehormat Kesatria, Penasihat Brass Band, Penasihat Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan (PERSIDA), dan Naib Pengerusi Naib Pengerusi Persatuan Wanita (PEWANI) UiTM Cawangan Johor.





[GAMBAR PERARAKAN PERSARAAN DATIN ARYANI]

 

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, satu sesi fotografi telah dijalankan bagi mengabadikan kenangan hari bersejarah ini. Sesi bergambar ini melibatkan seluruh barisan tetamu kehormat, para jurulatih, serta kesemua Komander Kesatria Batalion VI. Uniknya, para komander bersama tetamu kehormat turut membentuk formasi angka '50' di tengah-tengah padang kawad, yang dirakam indah menggunakan dron dari udara sebagai simbolik sambutan jubli emas unit ini.






Tuesday, June 16, 2026

Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (Mini Perkom Ko) 2026

 

Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (Mini Perkom Ko) 2026

 

Pada tanggal 13 Mei dan 20 Mei 2026, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah menjayakan Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (Mini Perkom Ko) 2026. Pertandingan ini telah berlangsung selama satu hari dan telah melibatkan 6 buah Kompeni iaitu Kompeni Alpha Kesatria Negara, Kompeni Bravo Kesatria Negara, Kompeni Charlie Kesatria Negara, Kompeni Delta Kesatria Negara, Kompeni Echo Kesatria Negara dan Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.

POSTER PERTANDINGAN KOMPENI KOKURIKULUM BERUNIFORM MINI

(MINI PERKOM KO) 2026

Hari pertama dimulakan dengan Acara Road Relay yang menguji ketahanan fizikal, kekuatan mental serta semangat kerjasama berpasukan setiap peserta. Pertandingan berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan yang sengit. Johan bagi acara ini telah disandang oleh Kompeni Alpha Kesatria Negara, manakala Kompeni Bravo Kesatria Negara berjaya meraih tempat kedua dan Kompeni Echo Kesatria Negara memperoleh tempat ketiga.

Acara Road Relay

 

Acara diteruskan dengan Pertandingan Tarik Tali yang menyaksikan gabungan kekuatan fizikal, strategi serta semangat kerjasama setiap pasukan. Suasana pertandingan menjadi lebih meriah dengan sorakan padu daripada para penyokong. Kompeni Foxtrot Kesatria Negara berjaya merangkul gelaran johan, diikuti oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara di tempat kedua, manakala Kompeni Echo Kesatria Negara berjaya menduduki tempat ketiga.

Acara Tarik Tali

 

Pada sesi malam pula telah berlangsungnya Acara Kawad Kaki Formasi yang menampilkan disiplin, kekemasan pergerakan serta kreativiti setiap kontinjen. Persembahan yang dipamerkan berjaya menarik perhatian para penonton dan memeriahkan suasana program. Bagi acara ini, Kompeni Echo Kesatria Negara telah berjaya dinobatkan sebagai johan, manakala tempat Naib Johan disandang oleh Kompeni Delta Kesatria Negara dan Kompeni Alpha Kesatria Negara berjaya memperoleh tempat ketiga.

Acara Kawad Kaki Formasi

 

Pada hari kedua, iaitu pada 20 Mei 2026, program diteruskan dengan Acara Mini PERKOM Run yang menguji tahap kecergasan fizikal, ketahanan mental serta semangat juang para peserta. Acara tersebut berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan yang sihat antara setiap kompeni. Kompeni Alpha Kesatria Negara sekali lagi membuktikan keunggulan mereka apabila berjaya meraih tempat pertama, diikuti oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara di tempat kedua dan Kompeni Echo Kesatria Negara di tempat ketiga.

Acara Mini PERKOM Run

 

Sesi penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Lt. Kol. Syazali Effendi bin A. Wahab (KEST) dengan diiringi oleh Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST). Majlis berlangsung dengan penuh tertib dan bermakna sebagai penutup rasmi program. Bagi kejuaraan keseluruhan, Kompeni Alpha Kesatria Negara telah dinobatkan sebagai juara hasil konsistensi dan kecemerlangan mereka dalam beberapa acara utama. Tempat kedua disandang oleh Kompeni Echo Kesatria Negara, manakala Kompeni Foxtrot Kesatria Negara berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan.

 

Juara Keseluruhan Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (Mini Perkom Ko)

Naib Johan Keseluruhan Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini

(Mini Perkom Ko)

Tempat Ketiga Keseluruhan Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (Mini Perkom Ko)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar kokurikulum Semester 1 yang telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang pelaksanaan Program Mini PERKOM KO 2026 ini. Semoga pengalaman yang diperoleh dapat memupuk semangat kerjasama, ketahanan fizikal dan mental, serta menjadi kenangan yang bermakna sepanjang penglibatan dalam aktiviti Kesatria Negara.

KURSUS DAN KEM PEMANTAPAN KOMANDER KESATRIA (INDUKSI) BATALION VI SIRI KE-40

 

KURSUS DAN KEM PEMANTAPAN KOMANDER KESATRIA (INDUKSI) BATALION VI SIRI KE-40

Pada 30 April hingga 3 Mei 2026, Kem dan Latihan Pemantapan Komander Kesatria (Induksi) Batalion VI Siri ke-40 telah berlangsung dengan jayanya selama empat hari dan bertempat di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Program ini melibatkan penyertaan seramai 81 orang Komander Johor dari Batch ke-40 yang diwajibkan menjalani induksi sebagai proses pemantapan sahsiah, kepimpinan, ketahanan mental dan fizikal, serta membina semangat kesukarelawanan dalam diri setiap peserta. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada setiap komander untuk memantapkan lagi ciri kepimpinan sebagai seorang Komander yang boleh memimpin ahli pasukan. Kursus ini juga dapat melatih setiap komander untuk mempunyai sikap bertanggungjawab dan tegas dalam menjalani segala tugasan serta meningkatkan lagi daya ketahanan fizikal dan mental.

 

Pada petang 30 April 2026 bermulanya Slot Taklimat Induksi yang disampaikan oleh Lt. Nor Bazran bin Baharum (KEST). Slot ini memberi gambaran menyeluruh tentang peranan dan tanggungjawab seorang Komander, termasuklah etika, struktur organisasi dan jangkaan sepanjang tempoh induksi. Pada sebelah malam, peserta mengikuti Slot Bersama Lt. Kol. Ujud bin Pabil. Pada Slot ini, Tuan Ujud sentiasa menekankan aspek kekemasan diri kepada setiap anggota kerana sebagai Komander Kesatria, penampilan yang kemas mencerminkan disiplin, ketegasan dan imej seorang pemimpin yang berwibawa.

 

Slot Taklimat Induksi

 

Slot Bersama Tuan Ujud

 

Seterusnya, pada pagi 1 Mei 2026, Slot Persiapan Kertas Kerja telah dijalankan dan slot ini telah disampaikan oleh Lt. Muhizan bin Miskam (KEST). Para komander diberi pendedahan tentang setiap perkara yang perlu ada dalam kertas kerja iaitu kerja-kerja sebelum, semasa dan selepas. Mereka juga diberi pendedahan tentang setiap borang yang perlu diisi bagi setiap acara atau program yang ingin dilaksanakan sama ada bawah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) atau Kompeni. Pada sebelah petang pula, para komander bersama-sama ke Rempuh Halangan untuk membuat Persiapan Tempat Perkhemahan yang diselia oleh Lt. Nor Bazran bin Baharum (KEST) bagi membina dan menyusun kawasan perkhemahan dengan menekankan aspek keselamatan, kebersihan dan kekemasan. Tambahan pula, Slot Unity in Strength turut dijalankan untuk melahirkan sikap saling membantu dan bertanggungjawab antara satu sama lain serta menyedarkan para Komander tentang kepentingan kekuatan pasukan dalam mencapai matlamat bersama. Pada belah malam pula, Bengkel Panduan Tenaga turut disampaikan oleh Lt. Nor Bazran bin Baharum (KEST). Bengkel ini dijalankan bagi menekankan kepentingan kerjasama, komunikasi dan semangat satu pasukan dalam melaksanakan tugas.

Slot Persiapan Kertas Kerja

 

Persiapan Tempat Perkhemahan

 

,Slot Unity in Strength

 

Bengkel Panduan Tenaga

 

Pada pagi 2 Mei 2026, Slot Jalan Lasak telah dijalankan. Slot ini dijalankan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para Komander. Aktiviti diteruskan lagi dengan Bonding Games bagi mengeratkan lagi hubungan antara para Komander melalui aktiviti yang menguji kepercayaan dan komunikasi. Tambahan pula, aktiviti ini mengandungi pelbagai tugasan yang perlu dilengkapkan di checkpoint sekitar Kawasan kampus menggunakan peta. Selain itu, Slot Pengujian Minda telah dijalankan bagi menguji tahap kreativiti, penyelesaian masalah dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Pada waktu malam, Slot One Force, One Mission telah diadakan dan slot ini telah disampaikan oleh Lt. Nor Bazran bin Baharum (KEST). Slot ini diadakan untuk memupuk semangat kesatuan dan komitmen dalam mencapai sesuatu matlamat bersama-sama.

 

Slot Jalan Lasak

Bonding Games

 

Slot Pengujian Minda

Slot One Force, One Mission

 

 

Pada hari terakhir, 3 Mei 2026, para Komander mengikuti Slot Sinergi Jati dan Survival Rimba yang memberi pendedahan tentang keyakinan diri, Kerjasama berpasukan serta kemahiran asas untuk hidup di dalam hutan. Dalam slot ini, peserta turut didedahkan dengan aktiviti penyembelihan ayam sebagai latihan praktikal bagi mempelajari cara penyediaan makanan ketika situasi survival, di samping memahami teknik penyembelihan yang betul mengikut syariat dan aspek kebersihan dalam pengendalian makanan. Slot Gotong-Royong turut dijalankan sebagai simbolik tanggungjawab dan keprihatinan terhadap kebersihan dan persekitaran. Pada sebelah malam pula, penyerahan wing kepada setiap komander yang telah tamat menjalani Kursus dan Kem Pemantapan Komander Kesatria (INDUKSI) Batalion VI Siri ke-40 telah diadakan.

 

Slot Survival Rimba

 

Slot Gotong-Royong

 

Oleh itu, diucapkan sekalung tahniah kepada para Komander yang telah menyertai Kursus dan Kem Pemantapan Komander Kesatria (INDUKSI) Siri ke-40 Diharapkan agar para komander dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik setelah menjalani kursus ini. Semoga para Komander dapat memberikan sepenuh komitmen dalam menjalani tugasan pada masa akan datang.