MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, August 08, 2012

Majlis Berbuka Puasa Kompeni JPAM

Kompeni Jabatan Pertahanan Awam UiTM Johor cawangan Segamat telah mengadakan majlis berbuka puasa pada 4 Ogos 2012 yang lau di Dewan Sri Peria, UiTM Segamat. Majlis dihadiri oleh para tetamu jemputan iaitu En. Mohd Juakhir bin Hassan selaku penyelaras kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jurulatih-jurulatih Jabatan Pertahanan Awam, barisan Top5 JPKK, majlis tertinggi JPKK, serta pelajar kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam semester 1, 2 dan 3. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu, bacaan doa dan seterusnya ucapan daripada ketua kompeni JPAM, KM Muhammad Kamarulazwan bin Ahmad Ismail dan Encik Mohd Juakhir bin Hassan, selaku penyelaras kompeni JPAM. Seterusnya, para tetamu majlis dipertontonkan dengan persembahan multimedia. Selepas itu, para tetamu dijemput untuk menikmati juadah hidangan yang telah disediakan. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan-persembahan daripada para pelajar dari semester 1. Acara cabutan bertuah juga berlangsung dan para pemenang memenangi hadiah yang istimewa. Seterusnnya, persembahan yang kedua daripada pelajar semester  2. Terdapat juga acara teka kata bagi memeriahkan lagi majlis yang tersebut. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah dan penghargaan kepada semua jurulatih dan komander Jabatan Pertahanan Awam serta mantan ketua kompeni Jabatan Pertahanan Awam.








Monday, August 06, 2012

Family day Kompeni Bravo

Pada 15 Julai 2012, Kompeni Bravo telah mengadakan Program Family Day untuk pelajar bahagian 1 kompeni Bravo bagi sesi Jun-Oktober 2012. Program ini bertujuan untuk memberi latihan kepada para pelajar dari segi fizikal dan juga mental. Program ini juga dihadiri oleh Penyelaras Kesatria Negara, Encik Jamil Bin Sulong, para top5 JPKK UiTM Johor dan komander-komander kompeni Bravo. Semua pelajar kompeni Bravo berkumpul di padang kawad pada pukul 7 pagi untuk pendaftaran dan seterusnya sesi senaman pagi. Selepas itu, para pelajar diberikan beberapa kumpulan untuk sesi latihan dalam kumpulan (LDK) iaitu Ice Breaking. Ini bertujuan bagi semua pelajar dapat mengenali antara satu sama lain dalam kompeni. Acara diteruskan lagi dengan latihan kawad kaki bagi memantapkan lagi kemahiran berkawad pada diri pelajar tersebut. Selain itu juga, sesi pemilihan peserta untuk acara PERKAD yang akan datang. Pada pukul 10 pagi, pelajar diberikan minum pagi dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Selepas itu, acara explorace dipertandingkan bagi memberi semangat berdaya saing antara pelajar untuk mendapatkan kemenangan. Setelah tamat pertandingan explorace, upacara penutup dan penyampaian hadiah diadakan. Encik Jamil bin Sulong telah memberi sedikit sepatah dua kata dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Setiap kumpulan dinilai dari segi kerjasama, semangat dan sikap bersatu padu dalam kumpulan. Majlis penutup telah tamat dan semua bersurai. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya secara langsung atau tidak langsung.










Program Sehari Bersama Kompeni Charlie

Pada 15 Julai 2012, Kokurikulum Kesatria Negara iaitu Kompeni Charlie telah mengadakan Program sehari bersama Kompeni Charlie untuk pelajar bahagian 1 bagi sesi Jun-Oktober 2012. Program ini bertujuan untuk memberi latihan kepada para pelajar dari segi fizikal dan juga mental. Program ini juga dihadiri oleh Penyelaras Kesatria Negara, Encik Jamil Bin Sulong, para top5 JPKK UiTM Johor dan komander-komander kompeni Charlie. Semua pelajar kompeni Charlie berkumpul di padang kawad pada pukul 7 pagi untuk pendaftaran dan seterusnya sesi senaman pagi. Selepas itu, para pelajar diberikan beberapa kumpulan untuk sesi latihan dalam kumpulan (LDK). Ini bertujuan bagi semua pelajar dapat mengenali antara satu sama lain dalam kompeni. Acara diteruskan lagi dengan latihan kawad kaki bagi memantapkan lagi kemahiran berkawad pada diri pelajar tersebut. Pada pukul 10 pagi, pelajar diberikan minum pagi dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Selepas itu, acara explorace dipertandingkan bagi memberi semangat berdaya saing antara pelajar untuk mendapatkan kemenangan. Setelah tamat pertandingan explorace, upacara penutup dan penyampaian hadiah diadakan. Encik Jamil bin Sulong telah memberi sedikit sepatah dua kata dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Setiap kumpulan dinilai dari segi kerjasama, semangat dan sikap bersatu padu dalam kumpulan. Majlis penutup telah tamat dan semua bersurai. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.






Sukan Komander (SUKOM) 2012

Pada 14 Julai 2012, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria telah mengadakan aktiviti bagi semester Jun Oktober 2012 iaitu Sukan Komander di Padang Utama, UiTM Johor cawangan Segamat. Tujuan utama Sukan Komander ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi silaturahim antara semua komander.
Aktiviti ini diketuai oleh KRK Muhd Azfar bin Rohani dan dibantu oleh komander-komander yang lain bagi melancarkan aktiviti Sukan Komander ini. Sukan Komander ini telah dirasmikan oleh KK Mohd Syafiq bin Abu Hashim selaku Pegawai Memerintah dalam organisasi JPKK.
Aktiviti yang pertama iaitu physical training bagi tujuan memanaskan badan sebelum melakukan sesuatu aktiviti yang lasak. Selepas itu, para komander menikmati sarapan pagi yang telah disediakan.
Seterusnya, semua komander menyertai aktiviti explorace, tarik tali, sukaneka dan permainan bola tampar. Aktiviti explorace yang dipertandingkan sangat mencabar mental dan fizikal. 
Acara berakhir dengan upacara penyampaian hadiah bagi para pemenang dan bersurai. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan aktiviti ini secara langsung atau tidak langsung.

  

 

AGM Kompeni Brass Band


       Pada 22 Jun 2012, Kompeni Brass Band UiTM Johor telah mengadakan mesyuarat agung di LT 1 bagi sesi Jun Oktober 2012 yang telah dihadiri oleh Penyelaras Kokurikulum Kompeni Brass Band UiTM Johor  LT. (KEST) Muhammad  Fairus Bin Abdul Syukor , KMdy Nur Syuhada Bte Mohd Taib, KMdy Khairul Akmal Bin Alias dan KMdy Muhamad Hafiz Bin Abdullah,  selaku Barisan Tertinggi Komander Kesatria UiTM Johor,  Majlis Tertinggi Komander Kesatria dan ahli-ahli Kompeni Brass Band yang sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Jawatankuasa Kompeni Brass band Sesi Jun –Nov 2012 .Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kompeni Brass Band dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar KO Brass Band part 1.


     Ucapan daripada KM Mohammad Imran Bin Nor Salim selaku Mantan Ketua Kompeni Brass Band. Beliau telah membubarkan jawatankuasa sesi Nov 11-Mac 12.Selain itu, beliau juga telah memberi beberapa nasihat kepada pelajar KO part 1 yang baru menyertai Kompeni Brass Band. Ketua Kompeni Brass Band iaitu KM Abdul Adzam Bin Md Daim telah memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Brass Band yang baru bagi sesi Jun Oktober 2012. Beliau berharap agar Ahli Jawatankuasa yang baru dapat menjalankan tugas yang telah diberikan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.




     Ucapan daripada Penyelaras Kokurikulum Kompeni Brass Band UiTM Johor  LT. (KEST) Muhammad  Fairus Bin Abdul Syukor. Beliau menasihatkan kepada pelajar KO part 1 agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan menghadiri KO pada setiap hari rabu petang.Persembahan Multimedia yang memaparkan Ahli Jawatankuasa Brass Band sesi Jun- Nov 2012 untuk diperkenalkan kepada para tetamu VIP dan pelajar KO yang hadir. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas juga telah dipertontonkan kepada para tetamu yang hadir. Antaranya adalah Annual General Meeting, Dinner dan Drum Battle.