MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, August 06, 2012

Family day Kompeni Bravo

Pada 15 Julai 2012, Kompeni Bravo telah mengadakan Program Family Day untuk pelajar bahagian 1 kompeni Bravo bagi sesi Jun-Oktober 2012. Program ini bertujuan untuk memberi latihan kepada para pelajar dari segi fizikal dan juga mental. Program ini juga dihadiri oleh Penyelaras Kesatria Negara, Encik Jamil Bin Sulong, para top5 JPKK UiTM Johor dan komander-komander kompeni Bravo. Semua pelajar kompeni Bravo berkumpul di padang kawad pada pukul 7 pagi untuk pendaftaran dan seterusnya sesi senaman pagi. Selepas itu, para pelajar diberikan beberapa kumpulan untuk sesi latihan dalam kumpulan (LDK) iaitu Ice Breaking. Ini bertujuan bagi semua pelajar dapat mengenali antara satu sama lain dalam kompeni. Acara diteruskan lagi dengan latihan kawad kaki bagi memantapkan lagi kemahiran berkawad pada diri pelajar tersebut. Selain itu juga, sesi pemilihan peserta untuk acara PERKAD yang akan datang. Pada pukul 10 pagi, pelajar diberikan minum pagi dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Selepas itu, acara explorace dipertandingkan bagi memberi semangat berdaya saing antara pelajar untuk mendapatkan kemenangan. Setelah tamat pertandingan explorace, upacara penutup dan penyampaian hadiah diadakan. Encik Jamil bin Sulong telah memberi sedikit sepatah dua kata dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Setiap kumpulan dinilai dari segi kerjasama, semangat dan sikap bersatu padu dalam kumpulan. Majlis penutup telah tamat dan semua bersurai. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya secara langsung atau tidak langsung.










No comments:

Post a Comment