MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, August 06, 2012

Program Sehari Bersama Kompeni Charlie

Pada 15 Julai 2012, Kokurikulum Kesatria Negara iaitu Kompeni Charlie telah mengadakan Program sehari bersama Kompeni Charlie untuk pelajar bahagian 1 bagi sesi Jun-Oktober 2012. Program ini bertujuan untuk memberi latihan kepada para pelajar dari segi fizikal dan juga mental. Program ini juga dihadiri oleh Penyelaras Kesatria Negara, Encik Jamil Bin Sulong, para top5 JPKK UiTM Johor dan komander-komander kompeni Charlie. Semua pelajar kompeni Charlie berkumpul di padang kawad pada pukul 7 pagi untuk pendaftaran dan seterusnya sesi senaman pagi. Selepas itu, para pelajar diberikan beberapa kumpulan untuk sesi latihan dalam kumpulan (LDK). Ini bertujuan bagi semua pelajar dapat mengenali antara satu sama lain dalam kompeni. Acara diteruskan lagi dengan latihan kawad kaki bagi memantapkan lagi kemahiran berkawad pada diri pelajar tersebut. Pada pukul 10 pagi, pelajar diberikan minum pagi dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Selepas itu, acara explorace dipertandingkan bagi memberi semangat berdaya saing antara pelajar untuk mendapatkan kemenangan. Setelah tamat pertandingan explorace, upacara penutup dan penyampaian hadiah diadakan. Encik Jamil bin Sulong telah memberi sedikit sepatah dua kata dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Setiap kumpulan dinilai dari segi kerjasama, semangat dan sikap bersatu padu dalam kumpulan. Majlis penutup telah tamat dan semua bersurai. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.






No comments:

Post a Comment