MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, May 30, 2016

PERKHEMAHAN SEMANGAT LEBAH SEMARAK JUARA KOMPENI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SESI DISEMBER 2015-APRIL 2016

Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan salah satu kokurikulum yang terdapat di UiTM Cawangan Johor. Kompeni ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk melatih para pelajar mengenai kemahiran pertolongan cemas yang dipelajari oleh para pelajar kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor.

Selain itu, objektif Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah ditubuhkan adalah untuk melahirkan para pelajar yang mampu mempraktikkan kemahiran pertolongan cemas yang
betul dan tepat dalam kehidupan.

Justeru itu, Semangat Lebah Semarak Juara  (Perkhemahan) ini dijalankan dan disertai oleh para pelajar kokuriklum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor. Program ini dianjurkan oleh Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor sendiri bagi memberi pendekatan dan pendedahan yang lebih mendalam mengenai kemahiran pertolongan cemas yang seharusnya diterapkan kepada para pelajar kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor.

Program ini mampu memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar, komander-komander dan juga para jurulatih serta penasihat Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor. Dengan terlaksananya program ini, diharap dapat membantu serba sedikit bagi para pelajar kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor dari segi rohani dan jasmani.

Program ini diadakan pada 25 Februari 2016 hingga 27 Februari 2016 di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka. Program ini akan di sertai seramai  orang peserta yang merangkumi orang pelajar Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor semester 1, 2 dan 3, 12 orang komander Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor, 4 orang komander bantuan dan seorang Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor. Program ini dikendalikan dan di pantau oleh Leftenan Kesatria Mohd Juakhir Bin Hassan, selaku penyelaras Kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah.

25 Februari 2016
  Para peserta mula berkumpul di padang kawad lama pada pukul 4.00 petang. Ketua projek iaitu KRK Mohammad Alif Haikal Bin Nor Azman  memberikan sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Perkhemahan selama 3 hari 2 malam. Para pegawai, pelajar serta komander Persatuan Bulan Sabit Merah mula bergerak ke Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka dan tiba di destinasi pada jam 7.00 malam.  Aktiviti diteruskan dengan LDK 1 iaitu para pelajar di bahagikan kepada  kumpulan untuk sesi ice-breaking. Seterusnya mendengar taklimat pada jam 11.30 malam.


                                                                        Aktiviti LDK 1


                                                                       Sesi Taklimat

26 Februari 2016
Aktiviti dimulakan dengan riadah pagi yang dikendalikan oleh komander dan para pelajar bersemangat melakukan senaman. Mereka lebih cergas berbanding hari sebelum. Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti lasak iaitu aktiviti Flying Fox dan Abseiling. Selepas itu, diadakan LDK2 dimana para pelajar mula membuat perbincangan dan persediaan malam kebudayaan. Pada sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan aktiviti berkayak. Disini dapat dilihat para pelajar begitu bersemangat sekali menjalankan aktiviti tersebut. Pada jam 9.00 malam, para pelajar mula membuat persiapan akhir bagi malam kebudayaan dan pada jam 11.00 malam, aktiviti malam kebudayaan dimulakan. Para pelajar mampu menunjukkan bakat terpendam yang ada dalam diri masing-masing. Sesi taklimat diadakan pada jam 11.30 malam.

                                                                      Aktiviti Abseiling


                                                                  Aktiviti Flying Fox


                                                                         Aktiviti Kayak

27 Februari 2016
Aktiviti dimulakan dengan senaman pagi yang dikendalikan oleh komander dan para pelajar bersemangat melakukan senaman. Mereka lebih cergas berbanding hari sebelum. Aktiviti diteruskan lagi dengan LDK 4 iaitu sukaneka. Sukaneka ini dapat menguji kecergasan mental dan fizikal para pelajar. Para pelajar amat bersungguh-sungguh bermain sukaneka itu. Seterusnya, pada jam 10.30 pagi diadakan Slot bersama Mejar (K) Nor Ezan Bin Omar Penasihat Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Aktiviti berakhir dan majlis penutupan aktiviti Perkhemahan Semangat Lebah Semarak Juara dijalankan pada pukul 12.30 tengah hari. Pada pukul 3.00 petang, semua para pegawai, komander dan pelajar bertolak pulang ke UiTM.


                                                               Pelajar mengemas khemah

                                                                      Penyampaian hadiah

                                    Gambar kenangan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah

Sepanjang program perkhemahan Semangat Lebah Semarak Juara ini dijalankan, program ini tidak menghadapi sebarang masalah. Program ini dijalankan mengikut masa yang
ditetapkan dalam atur cara program dan masa digunakan dengan begitu cekap sekali. Kehadiran jurulatih untuk membantu dalam mengurus program ini juga amat
memberangsangkan dan tepat pada masanya.

MAJLIS PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SESI DISEMBER 2015-APRIL 2016

Pada Majlis Perjumpaan Dwi-tahunan kali ini  telah dikelolakan oleh  KRM Nur Nadia Binti Rosli sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras kokurikulum, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK), Ketua Kompeni PBSM, wakil Majlis Tertinggi JPKK, mantan-mantan komander, komander-komander PBSM serta pelajar kokurikulum Kompeni PBSM semester 1, 2 dan 3 kerana sudi menghadiri Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni PBSM sesi Disember 2015– April 2016.

                                                 Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah

Bagi menambah keberkatan majlis tersebut, saudara Muhammad Izzudin Bin Helmi Chin telah mengetuai bacaan Asmaul Husna dan bacaan doa.

Leftenan Kesatria Mohd Juakhir bin Mohd Hassan  selaku penyelaras kokurikulum PBSM telah menyampaikan ucapan kepada para pelajar semester 1, 2 dan 3 mengenai
kehadiran kokurikulum dan menasihatkan agar semua pelajar dapat menghadiri kelas kokurikulum. Beliau turut mengatakan bahawasanya pencapaian akademik yang gemilang
serta penglibatan kokurikulum yang aktif perlulah disertakan dengan sahsiah yang mulia agar harapan melahirkan pelajar yang berintegriti tercapai dan terlaksana.
Tambah beliau lagi, tanggungjawab sebagai seorang insan perlulah diselaraskan dengan amanah sebagai seorang hamba kepada pencipta dengan menunaikan hak-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya. Di samping itu, Beliau juga menceritakan tentang kehebatan keluarga Jengking dan penglibatan para pelajar  menyertai Komander Kesatria
amatlah dialu-alukan dan digalakkan .Sebelum menghabiskan ucapan, beliau sempat memberikan amanat dengan berpesan supaya para pelajar terus berjuang dan bekerja
keras dalam menuntut ilmu kerana sesungguhnya “ilmu itu pelita hidup” , maka tanpa ilmu kita akan menjadi ibarat tin kosong yang tidak dapat memberi manfaat kepada
agama, bangsa, dan Negara.


                                  Ucapan Leftenan Kesatria Mohd Juakhir bin Mohd Hassan

Ketua Kompeni PBSM KM Noorafiqah Binti Rizuan telah menyampaikan kata alu-aluan kepada para hadirin yang telah menghadiri Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni
Persatuan Bulan Sabit Merah. Beliau telah menerangkan serba sedikit tentang Kompeni PBSM dan pencapaian kompeni dalam pertandingan Perkad semester lepas kepada
pelajar kokurikulum sebagai makluman bagi pelajar yang baru memasuki Kompeni PBSM. Beliau juga memberitahu kepada pelajar kokurikulum tentang aktiviti yang akan
dijalankan pada sesi Dis 2015- April 2016. Seterusnya, beliau merasmikan pembubaran ahli jawatankuasa Kompeni PBSM sesi Jun - Oktober 2015 dan seterusnya melantik
ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni PBSM sesi Disember 2015 - April 2016. Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah yang baru yang
telah dipersetujui.

                                                   Ucapan KM Noorafiqah Binti Rizuan

KMdy Farah Nadhirah Binti Sulaiman, Ejutan 2 semester ini mengucapkan selamat datang kepada pelajar semester satu yang baru sahaja menjejakkan kaki ke menara
gading serta kehadiran pelajar semester 2 dan pelajar semester 3. Beliau turut menyuntik semangat semua pelajar semester satu hingga tiga yang hadir supaya
membulatkan tekad serta azam mendepani semester ini. Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang  telah berlangsung
baru-baru ini seperti kejayaan Komander Kesatria UiTM cawangan Johor, kampus Segamat dalam meraih pingat di dalam acara tahunan komander kesatria iaitu Pertandingan
Jambori di Dungun, Terengganu pada bulan November yang lalu. KMdy Farah Nadhirah juga telah berkongsi pencapaian kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan
Johor yang telah meraih gelaran juara dalam Pertandingan Perkad pada semester lepas. Seterusnya, beliau turut memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Komander Kesatria
Batalion ke-VI sesi Disember 2015 - April 2016.

                                            Ucapan KMdy Farah Nadhirah Binti Sulaiman

Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang semester lepas dengan persembahan multimedia yang telah disediakan oleh Ahli
Jawatankuasa Biro Multimedia.. Selain itu, para hadirin menyanyikan lagu UiTM Di Hatiku dan  seterusnya para tetamu jemputan dipersilakan untuk berpindah majlis
bagi menikmati hidangan yang telah disediakan.

Pengerusi Majlis iaitu KRM Nur Nadia Binti Rosli berharap agar segala amanat dan ilmu berguna yang telah disuntik dapat diaplikasikan dan digunakan sebaik mungkin
serta menjadi  pembakar semangat untuk terus berjuang menaikkan nama Kompeni PBSM, UiTM CAWANGAN Johor, Kampus Segamat pada semester ini lebih setapak lagi.
Pengerusi majlis telah mengakhiri Perjumpaan Dwi-tahunan pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

Saturday, May 28, 2016

ORIENTEERING KEMBARA SEMESTER 3 UiTM JOHOR SESI DISEMBER 2015 - APRIL 2016

             Pada semester ini, iaitu pada tarikh 11 Mac 2016, Pertandingan Orienteering Kokurikulum Kesatria Kembara Semester 3 telah diadakan di dalam UiTM Segamat selama sehari. Pertandingan ini telah disertai oleh 130 orang pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara Semester 3. Program ini diiringi oleh Pegawai Pengiring iaitu Lt.(K) Muhammad Fairus Bin Abd Shukur dan juga tiga orang Jurulatih Sambilan Kesatria Kembara iaitu Encik Ishak Bin Abu Hassan, Encik Amyrull Bin Ishak, dan Encik Ruzaimy Bin Mohd Shariff. Selain itu, turut diiringi oleh 17 orang Komander Kesatria Kembara.

Orienteering Kembara ini bertujuan untuk:

1. Menjadikan Pelajar-Pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara lebih berfikiran matang dalam                 membuat sesuatu keputusan dalam keadaan darurat dengan bijak.
2. Memberikan pelajar Kesatria Kembara semester 3 merasai pengalaman melakukan aktiviti                   orienteering terbuka di persekitaran UiTM Segamat.
3. Menjadikan pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara lebih berdisiplin dan memupuk nilai         jati diri di dalam diri masing-masing.

Aturcara:

0745  : Pelajar berkumpul di padang kawad
0800  : Pendaftaran
0815  : Senaman dan aerobik
0850  : Sarapan pagi
0900  : Pertandingan Orienteering bermula
1030  : Pertandingan Orienteering tamat
1100  : Majlis penutupan
1130  : Penyampaian hadiah
1200  : Makan Tengahari
1230  : Bersurai




                                                              Pendaftaran para pelajar


                                                                    Senaman pagi


                                                                      Sesi taklimat


                                                          Aktiviti orienteering bermula


                                                                   Penyampaian hadiah


Keputusannya, tempat pertama bagi Pertandingan Orienteering Kesatria Kembara Semester 3 dimenangi oleh Kumpulan L yang dianggotai seramai dua orang iaitu Nizmayuda Firdaus Bin Yuda Sudirman dan Nur Natasya Nadhirah Binti Baharin. Tempat kedua pula dimenangi oleh Kumpulan P iaitu Nurhidayu Binti Abdul Rahman dan Nur Syuhada Binti Rosli. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan I yang dianggotai oleh Muhammad Shafiq Bin Yusoff dan pasangannya Siti Noraishah Binti Mohd Rosy.



Pertandingan Orienteering Kesatria Kembara Semester 3 merupakan satu program yang telah banyak mendidik pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara untuk berfikiran matang, berdisiplin, berani menghadapi cabaran, tidak mudah menyerah kalah, dan sentiasa berkerjasama dalam satu pasukan di samping menguatkan lagi mental dan fizikal mereka. Tambahan pula, program ini juga memberi pengalaman, input dan pengajaran kepada pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara.


Sepanjang menjalani aktiviti orienteering ini, para pelajar berpeluang untuk menilai tahap pengetahuan masing-masing di dalam penggunaan kompas dan peta. Kebanyakan pelajar-pelajar jarang mendapat pengetahuan yang meluas tentang aktiviti sebegini. Mereka hanya tahu bagaimana aktiviti itu dijalankan tetapi tidak tahu bagaimana alat-alatan itu boleh digunakan.



Thursday, March 10, 2016

LATIHAN LUAR (PEMANTAPAN DIRI) KOMPENI JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA SESI DISEMBER 2015-APRIL 2016

Pada 28, 29 dan 30 Januari 2016, Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia UiTM Johor Kampus Segamat telah mengadakan Latihan Luar (Pemantapan Diri) Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta perkhemahan bagi pelajar kokurikulum semester dua dan tiga di Hutan Botanikal Ayer Keroh, Melaka selama tiga hari dua malam. Perkhemahan ini telah disertai oleh 135 orang pelajar kokurikulum Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia semester dua dan tiga.Program ini diiringi oleh seorang Pegawai Pengiring iaitu Lt.(K) Mohd Juakhir Bin Hassan dan lima orang jurulatih sambilam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia iaitu Tuan Zulkifli Chandra Bin Abdullah, Puan Rohayah Binti Mahfuz, Cik Normawati Binti Abdullah, Puan Saripah Binti Mansor dan Tuan Syukor Bin Das. Selain itu, turut diiringi oleh 15 orang Komander Kesatria. Lawatan ini bertujuan untuk:


  1. Menyemaikan semangat jati diri serta meningkatkan kredibiliti siswa dan siswi Kompeni JPAM.
  2. Mengeratkan lagi silaturrahim pelajar kokurikulum bersama para komander dengan staf unit kokurikulum.
  3. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar kaedah menyelamatkan diri ketika berada dalam situasi kecemasan.
  4. Mendedahkan mereka kepada budaya bekerja dalam kumpulan di samping bekerjasama antara satu sama lain.
  5. Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko dari bahaya.


ATUR CARA

HARI PERTAMA (Khamis)

4.00 pm     : Bertolak ke Hutan Botanical Ayer Keroh Melaka
5.30 pm     : Tiba di destinasi dan solat asar
6.00 pm     : Pasang khemah dan persiapan diri
7.00 pm     : Solat maghrib dan solat isyak
8.00 pm     : Makan malam
9.00 pm     : “ Ice breaking”
9.30 pm     : Latihan dalam kumpulan (LDK )
11.00 pm   : Bersurai



Para pelajar memasang khemah

Latihan dalam kumpulan(LDK)

HARI KEDUA (Jumaat)

6.00 am     : Persiapan diri dan solat subuh 
7.00 am     : Sarapan pagi
8.00 am     : Peserta berkumpul untuk bertolak ke Redtma Tasek Ayer Keroh Melaka
8.30 am     : Tiba di destinasi
9.00 am     : Aktiviti flying fox, wall climbing dan abseiling
12.00 pm   : Makan tengahari
12.30 pm   : Bertolak balik ke Hutan Botanical Melaka
1.00 pm     : Tiba di destinasi 
1.30 pm     : Persiapan diri dan solat zuhur 
2 .00 pm    : Slot bersama jurulatih
5.30 pm     : Minum petang dan solat asar
6.00 pm     : Persiapan diri 
7.00 pm     : Solat mghrib dan solat isyak
8.30 pm     : Makan malam
9.00 pm     : Game (Guess that taste)
9.30 pm     : Malam kebudayaan
11.00 pm   : Bersurai


Senaman pagi


Taklimat kayak


Aktiviti wall climbing


Aktiviti kayak

Aktiviti water confident

Aktiviti flying fox



HARI KETIGA (Sabtu)

6.00 am     : Persiapan diri dan solat subuh
7.00 am     : Sarapan pagi
8.00 am     : Majlis penutup
10.00 am   : Bergerak balik ke UiTM
11.30 am   : Tiba di destinasi 
12.00 pm   : Bersurai


Justeru, ribuan terima kasih diucapkan kepada fasilitator yang terlibat iaitu Jurulatih Pusat Latihan Air REDTMA Ayer Keroh, Melaka dan juga Jurulatih Sambilan Kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini berlangsung 
seperti aktiviti berkayak, abseiling, flying fox, wall climbing, dan mempelajari kaedah-kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko daripada bahaya. 


                                        
                                                                       Majlis Penutup

    

Perkhemahan ini diharap dapat memberi kebaikan dan pengalaman kepada semua pihak terutama pelajar-pelajar kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Melalui program ini, pelajar diberi pendedahan yang baru untuk mengetahui bagaimana cara – cara menyelamatkan mangsa dengan betul serta mengelakkan diri dari sebarang marabahaya.Bukan itu sahaja, ia juga dapat mendedahkan mereka kepada budaya bekerja dalam kumpulan di samping bekerjasama antara satu sama lain. Selain itu, dapat mewujudkan keyakinan dalam mengaplikasikan tanggungjawab sebagai anggota Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.Tambahan pula, program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pelajar dengan komander. Dengan adanya program sebegini, ia mampu menaikkan martabat pihak universiti di atas keprihatinan yang ditunjukkan.




EKSPEDISI BERKAYAK DAN LATIHAN AMAL TALI TINGGI KESATRIA KEMBARA SEMESTER 2 UiTM JOHOR KAMPUS SEGAMAT SESI DISEMBER 2015-APRIL 2016

         Pada 15 dan 16 Januari 2016, Kompeni Kesatria Kembara UiTM Johor Kampus Segamat telah mengadakan Ekspedisi Berkayak dan Latihan Amal Tali Tinggi serta perkhemahan bagi pelajar kokurikulum semester dua di Taman Botanikal, Pusat Latihan Air REDTMA Ayer Keroh dan Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka selama dua hari satu malam. Perkhemahan ini telah disertai oleh 87 orang pelajar kokurikulum Kesatria Kembara semester dua.Program ini diiringi oleh seorang Pegawai Pengiring iaitu Lt.(K) Muhammad Fairus Bin Abdul Shukor dan tiga orang jurulatih sambilan Kesatria Kembara iaitu Encik Ishak Bin Abu Hassan, Encik Amyrull Bin Ishak dan Encik Ruzaimy Bin Mohd Shariff. Selain itu, turut diiringi oleh 14 orang Komander Kesatria. Lawatan
ini bertujuan untuk:


  1. Ianya terkandung di dalam silibus kokurikulum Kesatria Kembara bermula dari semester           hingga semester 3 dan markah penilaian kursus sebanyak 20% akan diberikan kepada pelajar     yang menamatkan kursus ini dengan jayanya.
  2.   Mereka diberi peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang memerlukan ketahanan mental     dan fizikal yang kuat.
  3. Menjadikan pelajar-pelajar ini lebih berfikiran matang dan lebih berkeyakinan serta                   mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.
  4. Semangat bekerjasama dalam kumpulan juga dapat dipupuk dalam diri para pelajar yang telah   mengikuti aktiviti ini.
  5. Menjadikan pelajar-pelajar ini lebih berdisiplin dan memupuk nilai jati diri di dalam diri           masing-masing.


                                      
                                                          Para pelajar berkumpul 


ATUR CARA

HARI PERTAMA (JUMAAT - 15 JANUARI 2016)

0600   : Peserta berkumpul di padang kawad
0630 : Bertolak dari UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat
0830 : Teori Kayak dan Latihan kayak
1300 : Solat Jumaat
            Makan Tengah hari
 1430 : Ujian Kayak 
 1800 : Asas Khemah
            Pentadbiran Diri 
            Solat Berjemaah
            Makan Malam
 2100 : Taklimat Keselamatan
 2200 : Ikhtiar Hidup
 0000 : Tidur / Sentri


HARI KEDUA (SABTU - 16 JANUARI 2016)

 0500 : Pentadbiran Diri
            Solat Berjemaah
 0630 : Senaman Pagi
            Sarapan Pagi
 0700 : Latihan Tali Tinggi
 1300 : Solat Berjemaah
            Makan Tengahari
 1400 : Majlis Penutup
 1430 : Bergerak Pulang ke UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat







Taklimat kayak


Aktiviti kayak



Aktiviti water confident


Pra Perkhemahan


                                                             Latihan Dalam Kumpulan


                                      

                                                                Aktiviti Ikhtiar Hidup


           Justeru, ribuan terima kasih diucapkan kepada fasilitator yang terlibat iaitu Jurulatih Pusat Latihan Air REDTMA Ayer Keroh, Melaka dan juga Jurulatih Sambilan Kokurikulum Kesatria Kembara. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini berlangsung seperti aktiviti berkayak, abseiling, flying fox, kembara malam, ikatan dan simpulan dan juga pengenalan kepada peralatan. 

                                  


             Perkhemahan ini diharap dapat memberi kebaikan dan pengalaman kepada semua pihak terutama pelajar-pelajar kokurikulum Kesatria Kembara UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Melalui program ini, pelajar dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan diri setiap peserta dan daya kepimpinan dalam diri mereka. Selain itu, mereka dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempraktikkan segala teori dan amali yang dipelajari semasa di dalam kelas. Perkhemahan ini juga dapat mengubah persepsi mereka terhadap aktiviti kokurikulum yang telah mereka ikuti semenjak semester satu di mana melalui perkhemahan ini, mereka diberi peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat. Seterusnya, perkhemahan ini dapat melatih dan mendidik mereka untuk lebih berani dan yakin pada diri sendiri. Akhir sekali, program ini secara keseluruhannya dapat memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dan merapatkan 
hubungan silaturrahim antara pelajar hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan.