Selain itu, objektif Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah ditubuhkan adalah untuk melahirkan para pelajar yang mampu mempraktikkan kemahiran pertolongan cemas yang
betul dan tepat dalam kehidupan.
Justeru itu, Semangat Lebah Semarak Juara (Perkhemahan) ini dijalankan dan disertai oleh para pelajar kokuriklum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor. Program ini dianjurkan oleh Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor sendiri bagi memberi pendekatan dan pendedahan yang lebih mendalam mengenai kemahiran pertolongan cemas yang seharusnya diterapkan kepada para pelajar kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor.
Program ini mampu memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar, komander-komander dan juga para jurulatih serta penasihat Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor. Dengan terlaksananya program ini, diharap dapat membantu serba sedikit bagi para pelajar kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor dari segi rohani dan jasmani.
Program ini diadakan pada 25 Februari 2016 hingga 27 Februari 2016 di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka. Program ini akan di sertai seramai orang peserta yang merangkumi orang pelajar Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor semester 1, 2 dan 3, 12 orang komander Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor, 4 orang komander bantuan dan seorang Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor. Program ini dikendalikan dan di pantau oleh Leftenan Kesatria Mohd Juakhir Bin Hassan, selaku penyelaras Kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah.
25 Februari 2016
Para peserta mula berkumpul di padang kawad lama pada pukul 4.00 petang. Ketua projek iaitu KRK Mohammad Alif Haikal Bin Nor Azman memberikan sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Perkhemahan selama 3 hari 2 malam. Para pegawai, pelajar serta komander Persatuan Bulan Sabit Merah mula bergerak ke Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka dan tiba di destinasi pada jam 7.00 malam. Aktiviti diteruskan dengan LDK 1 iaitu para pelajar di bahagikan kepada kumpulan untuk sesi ice-breaking. Seterusnya mendengar taklimat pada jam 11.30 malam.
Aktiviti LDK 1
Sesi Taklimat
26 Februari 2016
Aktiviti dimulakan dengan riadah pagi yang dikendalikan oleh komander dan para pelajar bersemangat melakukan senaman. Mereka lebih cergas berbanding hari sebelum. Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti lasak iaitu aktiviti Flying Fox dan Abseiling. Selepas itu, diadakan LDK2 dimana para pelajar mula membuat perbincangan dan persediaan malam kebudayaan. Pada sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan aktiviti berkayak. Disini dapat dilihat para pelajar begitu bersemangat sekali menjalankan aktiviti tersebut. Pada jam 9.00 malam, para pelajar mula membuat persiapan akhir bagi malam kebudayaan dan pada jam 11.00 malam, aktiviti malam kebudayaan dimulakan. Para pelajar mampu menunjukkan bakat terpendam yang ada dalam diri masing-masing. Sesi taklimat diadakan pada jam 11.30 malam.
Aktiviti Abseiling
Aktiviti Flying Fox
Aktiviti Kayak
27 Februari 2016
Aktiviti dimulakan dengan senaman pagi yang dikendalikan oleh komander dan para pelajar bersemangat melakukan senaman. Mereka lebih cergas berbanding hari sebelum. Aktiviti diteruskan lagi dengan LDK 4 iaitu sukaneka. Sukaneka ini dapat menguji kecergasan mental dan fizikal para pelajar. Para pelajar amat bersungguh-sungguh bermain sukaneka itu. Seterusnya, pada jam 10.30 pagi diadakan Slot bersama Mejar (K) Nor Ezan Bin Omar Penasihat Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Aktiviti berakhir dan majlis penutupan aktiviti Perkhemahan Semangat Lebah Semarak Juara dijalankan pada pukul 12.30 tengah hari. Pada pukul 3.00 petang, semua para pegawai, komander dan pelajar bertolak pulang ke UiTM.
Pelajar mengemas khemah
Penyampaian hadiah
Gambar kenangan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah
Sepanjang program perkhemahan Semangat Lebah Semarak Juara ini dijalankan, program ini tidak menghadapi sebarang masalah. Program ini dijalankan mengikut masa yang
ditetapkan dalam atur cara program dan masa digunakan dengan begitu cekap sekali. Kehadiran jurulatih untuk membantu dalam mengurus program ini juga amat
memberangsangkan dan tepat pada masanya.
No comments:
Post a Comment