MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, March 10, 2016

EKSPEDISI BERKAYAK DAN LATIHAN AMAL TALI TINGGI KESATRIA KEMBARA SEMESTER 2 UiTM JOHOR KAMPUS SEGAMAT SESI DISEMBER 2015-APRIL 2016

         Pada 15 dan 16 Januari 2016, Kompeni Kesatria Kembara UiTM Johor Kampus Segamat telah mengadakan Ekspedisi Berkayak dan Latihan Amal Tali Tinggi serta perkhemahan bagi pelajar kokurikulum semester dua di Taman Botanikal, Pusat Latihan Air REDTMA Ayer Keroh dan Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka selama dua hari satu malam. Perkhemahan ini telah disertai oleh 87 orang pelajar kokurikulum Kesatria Kembara semester dua.Program ini diiringi oleh seorang Pegawai Pengiring iaitu Lt.(K) Muhammad Fairus Bin Abdul Shukor dan tiga orang jurulatih sambilan Kesatria Kembara iaitu Encik Ishak Bin Abu Hassan, Encik Amyrull Bin Ishak dan Encik Ruzaimy Bin Mohd Shariff. Selain itu, turut diiringi oleh 14 orang Komander Kesatria. Lawatan
ini bertujuan untuk:


  1. Ianya terkandung di dalam silibus kokurikulum Kesatria Kembara bermula dari semester           hingga semester 3 dan markah penilaian kursus sebanyak 20% akan diberikan kepada pelajar     yang menamatkan kursus ini dengan jayanya.
  2.   Mereka diberi peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang memerlukan ketahanan mental     dan fizikal yang kuat.
  3. Menjadikan pelajar-pelajar ini lebih berfikiran matang dan lebih berkeyakinan serta                   mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.
  4. Semangat bekerjasama dalam kumpulan juga dapat dipupuk dalam diri para pelajar yang telah   mengikuti aktiviti ini.
  5. Menjadikan pelajar-pelajar ini lebih berdisiplin dan memupuk nilai jati diri di dalam diri           masing-masing.


                                      
                                                          Para pelajar berkumpul 


ATUR CARA

HARI PERTAMA (JUMAAT - 15 JANUARI 2016)

0600   : Peserta berkumpul di padang kawad
0630 : Bertolak dari UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat
0830 : Teori Kayak dan Latihan kayak
1300 : Solat Jumaat
            Makan Tengah hari
 1430 : Ujian Kayak 
 1800 : Asas Khemah
            Pentadbiran Diri 
            Solat Berjemaah
            Makan Malam
 2100 : Taklimat Keselamatan
 2200 : Ikhtiar Hidup
 0000 : Tidur / Sentri


HARI KEDUA (SABTU - 16 JANUARI 2016)

 0500 : Pentadbiran Diri
            Solat Berjemaah
 0630 : Senaman Pagi
            Sarapan Pagi
 0700 : Latihan Tali Tinggi
 1300 : Solat Berjemaah
            Makan Tengahari
 1400 : Majlis Penutup
 1430 : Bergerak Pulang ke UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat







Taklimat kayak


Aktiviti kayak



Aktiviti water confident


Pra Perkhemahan


                                                             Latihan Dalam Kumpulan


                                      

                                                                Aktiviti Ikhtiar Hidup


           Justeru, ribuan terima kasih diucapkan kepada fasilitator yang terlibat iaitu Jurulatih Pusat Latihan Air REDTMA Ayer Keroh, Melaka dan juga Jurulatih Sambilan Kokurikulum Kesatria Kembara. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini berlangsung seperti aktiviti berkayak, abseiling, flying fox, kembara malam, ikatan dan simpulan dan juga pengenalan kepada peralatan. 

                                  


             Perkhemahan ini diharap dapat memberi kebaikan dan pengalaman kepada semua pihak terutama pelajar-pelajar kokurikulum Kesatria Kembara UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Melalui program ini, pelajar dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan diri setiap peserta dan daya kepimpinan dalam diri mereka. Selain itu, mereka dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempraktikkan segala teori dan amali yang dipelajari semasa di dalam kelas. Perkhemahan ini juga dapat mengubah persepsi mereka terhadap aktiviti kokurikulum yang telah mereka ikuti semenjak semester satu di mana melalui perkhemahan ini, mereka diberi peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat. Seterusnya, perkhemahan ini dapat melatih dan mendidik mereka untuk lebih berani dan yakin pada diri sendiri. Akhir sekali, program ini secara keseluruhannya dapat memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dan merapatkan 
hubungan silaturrahim antara pelajar hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan. 





No comments:

Post a Comment