MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, December 20, 2013

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI CHARLIE

Pada 16 Disember 2013, Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Charlie telah diadakan di Dewan Kuliah 1. Jutaan terima kasih kepada Pegawai Kehormat, Kapt. (Kest) Norsyidah Binti Mahmat Sani dan Kapt. (Kest) Syazali Effendi Bin A. Wahab, jurulatih Komander Kesatria Negara, wakil Top 10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KMdy Noreen Farahin Binti Supardin dan KMdy Nurkhairunnisa Binti Salleh, Ketua Kompeni Charlie, KM Nuratikah Binti Jamari, barisan Top 10, mantan komander, wakil YDP Majlis Perwakilan Pelajar, wakil YDP Sektor B, barisan komander, dan pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1 Kompeni Charlie kerana sudi menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Charlie sesi November 2013 - April 2014.




Bagi memberkati majlis, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh wakil pelajar Kokurikulum Kesatria Negara 1. KRM Muhamad Faiz Bin Johari selaku pengerusi majlis, meneruskan majlis dengan ucapan Pegawai Kehormat Kokurikulum Kesatria Negara, Kapt. (Kest) Syazali Effendi Bin A. Wahab dan Kapt. (Kest) Norsyidah Binti Mahmat Sani. Penegasan terhadap kerjasama sepasukan antara pelajar telah diucapkan bagi memberi kesedaran kepada para pelajar. Tuan Syazali dan Cik Puan Norsyidah turut menyatakan tentang pencapaian barisan komander dan keistimewaan penglibatan dalam komander.



Majlis diteruskan dengan ucapan KMdy Nurkhairunnisa Binti Salleh selaku wakil Top 10,Beliau mengucapkan selamat datang kepada pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1 dan berharap para pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1 Kompeni Charlie  dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada para komander Kesatria Negara yang bakal menerajui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Selain itu, beliau juga telah membentangkan carta organisasi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria ( JPKK) Batalion VI bagi sesi November 2013 - April 2014.


Seterusnya ucapan daripada Ketua Kompeni Charlie, KM Nuratikah Binti Jamari bagi membubarkan Ahli Jawatankuasa Kompeni Charlie sesi Jun - Oktober 2013 dan melantik Ahli Jawatankuasa Kompeni Charlie yang baru bagi sesi November 2013 - April 2014. Beliau menegaskan tentang perlunya kerjasama para pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1 bagi menjayakan setiap aktiviti yang bakal berlangsung antaranya Induksi, Perkhemahan dan Jamuan Makan Malam Kompeni Charlie.


Majlis diakhiri dengan tayangan multimedia dan para tetamu jemputan diarak ke dewan makan untuk menjamu selera.




PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI JPAM

Pada 18 Disember 2013, Kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) UiTM Cawangan Johor telah mengadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan di Dewan Kuliah 1(DK1) jam 8.30 Malam. Seramai 200 orang termasuk jurulatih, para komander, dan para pelajar telah menghadirkan diri pada malam tersebut. Perjumpaan ini bertujuan untuk membubar ahli jawatankuasa yang lama dan melantik ahli jawatankuasa yang baru.



Pada perjumpaan kali ini KRM Rabiatul Adawiyah Binti Harun telah ditugaskan sebagai pengerusi majlis. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Penyelaras Kompeni JPAM, Lt.(Kest) Mohd Juakhir Bin Hassan. Disusuli dengan ucapan Pegawai Kehormat Kompeni JPAM, Kapt (Kest) Ismail Bin Pahmi.



Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Kapt.(Kest.) Norsyidah Binti Mahmat Sani selaku Pegawai Kokurikulum. Beliau memuji komitmen yang diberikan para pelajar Kompeni JPAM sehingga menjuarai acara  merempuh halangan dalam Program PERKAD, Cabaran Orientering Dan Merempuh Halangan Terbuka UiTM Johor.


Seterusnya Pembubaran Jawatankuasa Kompeni JPAM sesi Jun – Okt 2013 oleh Mantan Ketua Kompeni JPAM sesi Jun – Okt 2013, KM Nursyafiqah Binti Mohd Salleh dan Pelantikan Jawatankuasa Baru Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Sesi November 2013 – April 2014 oleh Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam, KM Nazatul Hazwani Binti Mohd Zal.

Ucapan diteruskan lagi dengan Pembentangan Organisasi JPKK Batalion VI Sesi November 2013 – April 2014 oleh KMdy Nor Atiqah Binti Jamaluddin. Beliau memberi penerangan serba sedikit mengenai Komander Kesatria serta kejayaan yang telah mereka capai sepanjang semester lepas. Para pelajar juga amat digalakkan agar menyertai Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI. 

Sebelum besurai dan bergerak ke jamuan ringan, para tetamu ditayangkan dengan tayangan multimedia.

Di sini, dilampirkan Carta Organisasi Kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sesi November 2013 - April 2014.


Perjumpaan Dwi-Tahunan Kesatria Negara Kompeni Bravo sesi November 2013- April 2014

Pada 12 Disember 2013, Kompeni Bravo telah mengadakan Mensyuarat Agong Dwi-Tahunan sesi Disember 2013-april2014 bertempat di Dewan Kuliah 1, jam 8.00 malam.

Pada Mesyuarat Agong kali ini KRM Emelyne Fateeha Binti Nawawi telah bertugas sebagai pengerusi majlis.Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras kokurikulum Leftenan Kesatria Jamil Bin Sulong, pegawai kehormat Mejar (Kest.) Syazali Effendi Bin A. Wahab, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KMdy Amer Syazwan Bin Mansoor, Kmdy Mursheed Bin Mad Diah, KMdy Noreen Farahin Bin Supardin, Kmdy Nurkhairunnisa Binti Salleh, Ketua Kompeni Bravo KM Nur’ Ain Syahirah Binti Mohd Suhaimi, komander-komander Bravo serta pelajar kokurikulum Kompeni Bravo Semester 1 kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Kompeni Bravo Sesi Disember 2013 – April 2014.

1.      UCAPAN PEMBUBARAN MANTAN KETUA KOMPENI

KM Nur’ Ain Syahirah Binti Mohd Suhaimi memberikan ucapan pembubaran Ahli Jawatankuasa Kompeni Bravo yang lama. Beliau berharap para pelajar semester 1 dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada para Komander Kesatria.

2.      UCAPAN PERLANTIKAN KETUA KOMPENI

Ketua Kompeni Bravo, iaitu KM Nur’ Ain Syahirah Binti Mohd Suhaimi telah membuat perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Bravo sesi Disember 2013 - April 2014. Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Kompeni Bravo yang baru setelah sebulat suara dipersetujui oleh ahli mesyuarat:

3.      UCAPAN DARIPADA WAKIL JPKK

KMdy Amer Syazwan Bin Mansoor pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua Ahli Kompeni Bravo yang hadir kerana  telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada mesyuarat agong kali ini. Disamping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang  telah berlangsung baru-baru ini .     
  




4.      UCAPAN DARIPADA PENYELARAS KOKURIKULUM

Leftenan Kesatria Jamil Bin Sulong selaku penyelaras kokurikulum berucap kepada pelajar  semester 1 agar mereka memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih. Beliau juga menerangkan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar sepanjang  semester ini.



5.      UCAPAN DARIPADA PEGAWAI KEHORMAT

Mejar (Kest.) Syazali Effendi Bin A. Wahab mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 ke Kompeni Bravo bagi sesi Disember 2013 - April 2014. Diharapkan para pelajar dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak.



6.      PENUTUP

Pengerusi majlis iaitu KRM Emelyne Fateeha Binti Nawawi mengharapkan kerjasama dari setiap Ahli Kompeni Bravo supaya dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr





Tuesday, December 03, 2013

Perjumpaan Dwi-tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor sesi November 2013 - April 2014



Pada 3 Disember 2013 yang lepas, Perjumpaan Dwi-tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor sesi November 2013 - April 2014 bertempat di Dewan Kuliah 1, Blok Karyawan.  Para tetamu yang hadir merupakan :


  • Mejar (Kest.) Ujud Bin Pabil,
  • Mejar (Kest.) Zanariah Binti Abdul Rahman, 
  • Mejar (Kest.) Syazali Effendi bin A.Wahab,
  • Kapt. (Kest.) Norsyidah Binti Mahmat Sani,
  • Kapt. (Kest.) Ismail Bin Pahmi,
  • Kapt. (Kest.) Rosnani Binti Mohd Salleh,
  • Kapt. (Kest.) Norfariza Binti Mohd Ali,
  • Lt (Kest) Jamil Bin Sulong
  • Lt (Kest) Mohd Juakhir Bin Hassan
  • Mantan-mantan serta para komander Kesatria Batalion ke VI.




Sedikit kelainan pada semester ini, majlis telah dikemudikan oleh dua orang pengacara iaitu  KRM Abdul Harith Bin Ahmad Razali dan KRM Nur Hafizah Bt Rahmat. Bagi mempermudahkan dan memberkati majlis, doa telah dibaca oleh KRM Ahmad Izzul Iman Bin Ahmad Kamal.
Bagi meneruskan majlis pada malam tersebut, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh KK Muhamad Jasman bin Abu Bakar justeru beliau juga telah membentangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada semester ini dan berkongsi serba sedikit tentang Jambori Siri  9/2013 yang berlangsung di UiTM Puncak Alam. Beliau mengucapkan tahniah kepada peserta Jambori dan berharap agar dapat meraih kejayaan yang lebih besar pada Jambori yang akan datang. Justeru, beliau telah membubarkan Organisasi Lama Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Sesi Jun–Oktober 2013 dan melantik Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI yang baru bagi sesi November 2013 – April 2014.


            Seterusnya, Mejar (Kest.) Ujud Bin Pabil selaku Pegawai Kokurikulum telah menyampaikan ucapan dan amanat beliau serta telah mengucapkan syabas atas kejayaan yang diraih semasa menyertai Jambori siri 9/2013 di UiTM Puncak Alam.  Tambahan lagi, Beliau berharap agar lebih ramai pelajar berminat untuk menyertai Komander Kesatria UiTM Johor. Beliau juga berharap agar segala aktiviti yang telah dirancang bagi semester ini dapat dijalankan dengan jayanya.
           
Majlis diteruskan lagi dengan sesi pemakaian pangkat dan penyampaian hadiah kepada peserta Jambori siri 9/2013 Komander Kesatria Batalion VI. Setelah itu, saat yang dinanti-nantikan, para tetamu dipertontonkan dengan tayangan multimedia. Majlis berakhir setelah para tetamu dijemput untuk menjamu selera.




 




            Berikut merupakan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Johor bagi sesi November 2013 – April 2014.




Sekian, terima kasih.








Friday, November 29, 2013

UNDANGAN KE PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
BATALION VI
UiTM CAWANGAN JOHOR


 Dengan segala hormatnya kami menjemput
Tuan / Puan / Encik / Cik

KE
PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
BATALION VI
UiTM CAWANGAN JOHOR
SESI NOVEMBER 2013 - APRIL 2014

Tarikh: 03 Disember 2013 ( Selasa )
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Kuliah 1 (DK 1)
Pakaian: F1/ BATIK

Kehadiran Tuan/Puan/Encik/Cik
amat kami alu-alukan



ATUR CARA MAJLIS

20.00     : Ketibaan Komander Kesatria Batalion VI
20.45     : Ketibaan Pegawai Kesatria / Staf Unit Kokurikulum / Pegawai            
              Kehormat Kesatria  / Tetamu Jemputan
21.00     : Nyanyian Lagu  : Bangsa Johor
                                             : Negaraku
                                             : Wawasan Setia Warga UiTM
21.10 : Bacaan doa
21.15 : Ucapan Aluan oleh KK Muhamad Jasman bin Abu Bakar
           : Pembubaran Organisasi Lama Jawatankuasa Perwakilan
              Komander Kesatria Batalion VI Sesi Jun 2013 – Oktober 2013
           : Pelantikan Organisasi Baru Jawatankuasa Perwakilan Komander  Kesatria Batalion VI Sesi November 2013 – April 2014
21.35 : Ucapan oleh Mejar  (Kest.) Ujud bin Pabil
21.55 : Sesi Pemakaian Pangkat Komander Kesatria Batalion VI
            : Sesi Penyampaian Hadiah Pasukan Jambori Tahunan Komander Kesatria   Siri 9/2013
22.25 : Tayangan Multimedia
22.50 : Nyanyian Lagu UiTM DiHatiku
23.00 : Jamuan Ringan
23.30 : Bersurai