MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, December 03, 2013

Perjumpaan Dwi-tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor sesi November 2013 - April 2014



Pada 3 Disember 2013 yang lepas, Perjumpaan Dwi-tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor sesi November 2013 - April 2014 bertempat di Dewan Kuliah 1, Blok Karyawan.  Para tetamu yang hadir merupakan :


  • Mejar (Kest.) Ujud Bin Pabil,
  • Mejar (Kest.) Zanariah Binti Abdul Rahman, 
  • Mejar (Kest.) Syazali Effendi bin A.Wahab,
  • Kapt. (Kest.) Norsyidah Binti Mahmat Sani,
  • Kapt. (Kest.) Ismail Bin Pahmi,
  • Kapt. (Kest.) Rosnani Binti Mohd Salleh,
  • Kapt. (Kest.) Norfariza Binti Mohd Ali,
  • Lt (Kest) Jamil Bin Sulong
  • Lt (Kest) Mohd Juakhir Bin Hassan
  • Mantan-mantan serta para komander Kesatria Batalion ke VI.




Sedikit kelainan pada semester ini, majlis telah dikemudikan oleh dua orang pengacara iaitu  KRM Abdul Harith Bin Ahmad Razali dan KRM Nur Hafizah Bt Rahmat. Bagi mempermudahkan dan memberkati majlis, doa telah dibaca oleh KRM Ahmad Izzul Iman Bin Ahmad Kamal.
Bagi meneruskan majlis pada malam tersebut, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh KK Muhamad Jasman bin Abu Bakar justeru beliau juga telah membentangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada semester ini dan berkongsi serba sedikit tentang Jambori Siri  9/2013 yang berlangsung di UiTM Puncak Alam. Beliau mengucapkan tahniah kepada peserta Jambori dan berharap agar dapat meraih kejayaan yang lebih besar pada Jambori yang akan datang. Justeru, beliau telah membubarkan Organisasi Lama Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Sesi Jun–Oktober 2013 dan melantik Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI yang baru bagi sesi November 2013 – April 2014.


            Seterusnya, Mejar (Kest.) Ujud Bin Pabil selaku Pegawai Kokurikulum telah menyampaikan ucapan dan amanat beliau serta telah mengucapkan syabas atas kejayaan yang diraih semasa menyertai Jambori siri 9/2013 di UiTM Puncak Alam.  Tambahan lagi, Beliau berharap agar lebih ramai pelajar berminat untuk menyertai Komander Kesatria UiTM Johor. Beliau juga berharap agar segala aktiviti yang telah dirancang bagi semester ini dapat dijalankan dengan jayanya.
           
Majlis diteruskan lagi dengan sesi pemakaian pangkat dan penyampaian hadiah kepada peserta Jambori siri 9/2013 Komander Kesatria Batalion VI. Setelah itu, saat yang dinanti-nantikan, para tetamu dipertontonkan dengan tayangan multimedia. Majlis berakhir setelah para tetamu dijemput untuk menjamu selera.




 




            Berikut merupakan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Johor bagi sesi November 2013 – April 2014.




Sekian, terima kasih.








No comments:

Post a Comment