MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, December 20, 2013

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI JPAM

Pada 18 Disember 2013, Kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) UiTM Cawangan Johor telah mengadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan di Dewan Kuliah 1(DK1) jam 8.30 Malam. Seramai 200 orang termasuk jurulatih, para komander, dan para pelajar telah menghadirkan diri pada malam tersebut. Perjumpaan ini bertujuan untuk membubar ahli jawatankuasa yang lama dan melantik ahli jawatankuasa yang baru.



Pada perjumpaan kali ini KRM Rabiatul Adawiyah Binti Harun telah ditugaskan sebagai pengerusi majlis. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Penyelaras Kompeni JPAM, Lt.(Kest) Mohd Juakhir Bin Hassan. Disusuli dengan ucapan Pegawai Kehormat Kompeni JPAM, Kapt (Kest) Ismail Bin Pahmi.



Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Kapt.(Kest.) Norsyidah Binti Mahmat Sani selaku Pegawai Kokurikulum. Beliau memuji komitmen yang diberikan para pelajar Kompeni JPAM sehingga menjuarai acara  merempuh halangan dalam Program PERKAD, Cabaran Orientering Dan Merempuh Halangan Terbuka UiTM Johor.


Seterusnya Pembubaran Jawatankuasa Kompeni JPAM sesi Jun – Okt 2013 oleh Mantan Ketua Kompeni JPAM sesi Jun – Okt 2013, KM Nursyafiqah Binti Mohd Salleh dan Pelantikan Jawatankuasa Baru Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Sesi November 2013 – April 2014 oleh Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam, KM Nazatul Hazwani Binti Mohd Zal.

Ucapan diteruskan lagi dengan Pembentangan Organisasi JPKK Batalion VI Sesi November 2013 – April 2014 oleh KMdy Nor Atiqah Binti Jamaluddin. Beliau memberi penerangan serba sedikit mengenai Komander Kesatria serta kejayaan yang telah mereka capai sepanjang semester lepas. Para pelajar juga amat digalakkan agar menyertai Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI. 

Sebelum besurai dan bergerak ke jamuan ringan, para tetamu ditayangkan dengan tayangan multimedia.

Di sini, dilampirkan Carta Organisasi Kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sesi November 2013 - April 2014.


No comments:

Post a Comment