MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, November 22, 2013

JAMBORI SIRI 9/2013 (UiTM PUNCAK ALAM)




Pada  31 Oktober 2013 yang lepas, telah diadakan Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 09/2013 di UiTM Puncak Alam. Program ini berlansung selama  5 hari iaitu bermula pada 31 Oktober 2013 sehingga 4 November 2013. Seramai 35 orang Komander Kesatria UiTM Johor dihantar untuk menyertai program ini.Sebanyak 13 kontinjen dari UiTM seluruh Malaysia termasuk kontinjen  daripada UiTM Sarawak telah menyertai Jambori Komander Kesatria UiTM siri 09/2013. Sebanyak 4 acara yang dipertandingkan. Antaranya ialah Kawad Senyap, Puncak Challenge, Pertandingan Kebudayaan (Tarian Kontemporari) dan Video Koperat.

 
Pada 31 Oktober 2013, kami telah bertolak pada jam 10.37 pagi dan sampai pada jam 03.00 petang. Selepas sahaja kami sampai, kami dikehendaki membuat pendaftaran dan kami diberi tempa penginapan. Pada jam 08.30 malam, satu taklimat program dan suai kenal telah diadakan di DK500. Pada malam tersebut juga telah diadakan cabutan undi giliran untuk acara-acara yang dipertandingkan. Berikut adalah giliran bagi setiap acara UiTM Johor:-
                                -Kawad Senyap = Giliran ke 5 (sesi pertama)
                                -Kebudayaan     = Giliran ke 9 


Pada keesokan harinya, iaitu pada 1 November 2013 adalah pertandingan Kawad Kaki Senyap. Pertandingan ini adalah acara yang dinanti-nantikan oleh semua kontinjen. Komander Kesatria UiTM Johor telah menghantar 35 orang komander termasuk simpanan untuk menyertai pertandingan ini dan pertandingan ini diketuai oleh KMdy Amer Syazwan Bin Mansoor. Dengan kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan oleh Komander Kesatria UiTM Johor dalam acara ini, keputusan yang diraih sangat membanggakan seterusnya mengangkat nama Komander Kesatria UiTM Johor. UiTM Johor telah mendapat tempat kedua dalam acara ini secara keseluruhan. Namun UiTM Johor telah mendapat Persembahan Terbaik Kawad Kaki dan Ketua Platun Terbaik (KMdy Amer Syazwan Bin Mansoor).Selepas selesainya pertandingan kawad kaki, pada jam 04.00 petang telah diadakan Raptai Perbarisan Perasmian Penutup. Semua kontinjen bersemangat  melakukan raptai tersebut. Acara diteruskan lagi pada jam 08.30 malam iaitu ceramah di DK500.
Pertandingan Kawad Senyap
Pertandingan Kawad Senyap
 
Ketua Platun Terbaik: KMdy Amer Syazwan Bin Mansoor

Pada 2 November 2013, Pertandingan Puncak Challenge telah diadakan. Pertandingan ini merangkumi  aktiviti berbasikal, berlari, menaiki tangga kejayaan,  abseiling, memanah dan river crossing. Seramai 12 orang komander terlibat dalam acara ini. Dengan paduan tenaga dan semangat yang ditunjukkan serta kerjasama yang jitu diberikan, Komander Kesatria UiTM Johor berjaya meraih tempat Kedua (Naib Johan) di dalam acara ini. Keputusan ini juga memberi impak positif kepada nama Komander Kesatria UiTM Johor. Pada jam 04.00 petang, Raptai Perbarisan Perasmian Penutup diadakan sekali lagi bagi memastikan Perbarisan Perasmian Penutup yang sebenar adalah yang terbaik. Acara diteruskan lagi pada jam 08.30 malam iaitu Pertandingan Kebudayaan (Tarian Kontemporari). Seramai 10 orang komander terlibat dalam acara ini bagi mewakili Komander Kesatria UiTM Johor. Kontinjen dari Johor telah membawa Tarian Zapin untuk dipertandingkan sesuai dengan kebudayaan Johor. Langkah tari yang kemas serta tersusun telah memberi Komander Kesatria UiTM Johor tempat yang keempat.
Acara Puncak Challenge
Peserta Berbasikal
Peserta Puncak Challenge
Peserta Zapin
Pertandingan Tarian


Pada 3 November 2013 yang lalu, acara diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Penutup pada jam 09.00 pagi. Turut hadir memberi sokongan dan sebagai wakil daripada UiTM Johor,Kol.(Kest) Prof Madya Dr Mohd Halim Bin Kadri (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar). Beliau juga merakamkan jutaan tahniah serta rasa bangga kepada Komander Kesatria UiTM Johor.Pada jam 08.30 malam, Majlis Makan Malam Pentauliahan Komander yang berlansung di De Palma Hotel, Shah Alam. Disamping memberi pentauliahan kepada komander yang akan grad, keputusan pertandingan video koperat juga diumumkan. Komander Kesatria UiTM Kedah telah menjuarai pertandingan ini.
Pada 4 November 2013, jam 09.00 pagi Komander Kesatria UiTM Johor telah bertolak pulang ke kampus. Segala kemenangan adalah berkat usaha, kerjasama, kesungguhan yang diberikan oleh Komander Kesatria UiTM Johor. Semoga Komander Kesatria UiTM Johor lebih berjaya di masa akan datang..
Majlis Makan Malam Pentauliahan



Tahniah dan syabas diucapkan.

Monday, September 16, 2013

PERKAD, Cabaran Orienteering dan Merempuh Halangan Terbuka UiTM Johor.

Pada 4, 6, 7,8 September 2013 yang lalu, Komander Kesatria Uitm Johor telah mengadakan Program PERKAD, Cabaran Orieentering dan Merempuh Halangan Terbuka Uitm Johor. Secara khususnya, program ini melibatkan keseluruhan pelajar kokurikulum semester 1 dan pada amnya  program ini melibatkan pelajar lain dan pelajar daripada IPT luar.

Jadual sepanjang PERKAD
Program bermula pada 4 September 2013 (Rabu). Acara dimulakan dengan perasmian oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar,Kol (Kest.) Dr. Mohd Halim Bin Kadri dan diiringi oleh Pegawai Kokurikulum, Mejar Kest. Ujud Bin Pabil. Seterusnya acara diteruskan lagi dengan acara RES-Q Challenge yang terdiri daripada acara Kawad Hos, Simulasi Bencana dan Simulasi CPR. Walaupun dalam cuaca hujan, namun pelajar kokurikulum semester 1 tetap bersemangat meneruskan program ini.
Acara Kawad Hos
Acara Kawad Hos
 
Acara Kawad Hos
Acara Simulasi Bencana

Acara Simulasi Bencana
Acara Simulasi CPR
Acara Simulasi CPR


Program diteruskan pada 6 september 2013 (Jumaat). Acara dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi petang dan sesi malam. Pada sesi petang, Acara dimulakan dengan acara merempuh halangan dan acara prolog. Acara berlangsung serentak di tempat masing-masing. Pada sesi malam, acara yang dipertandingkan adalah kawad kaki kreatif.

Acara merempuh halangan
Acara merempuh halangan
Acara merempuh halangan
Acara Kawad Kaki
Acara Kawad Kaki
Acara Kawad Kaki
Acara diteruskan lagi pada 7 September 2013 (Sabtu) iaitu acara Cabaran Orieentering dan Merempuh Halangan Terbuka Uitm Johor. Terdapat beberapa IPT luar yang menyahut cabaran ini. Antaranya ialah UiTM Terengganu, UiTM Puncak Alam, UiTM Perak, UiTM Negeri Sembilan dan Politeknik Ibrahim Sultan. Dengan hasil usaha dan kerjasama yang padu Komander Kesatria UiTM Johor, akhirnya acara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Pada sesi petang, majlis penutupan telah diadakan di Dewan Sri Temenggung.
Acara merempuh halangan terbuka
Acara merempuh halangan terbuka
Acara merempuh halangan terbuka
Acara merempuh halangan terbuka

Acara merempuh halangan terbuka
Acara prolog   
Acara Orienteering terbuka

Berikut adalah keputusan penuh program PERKAD, Cabaran Orieentering dan Merempuh Halangan Terbuka UiTM Johor :

Acara Terbuka...
                           Merempuh Halangan: 1- UiTM Johor   
                                                                  2- UiTM Terengganu
                                                                  3- UiTM Perak

                          Cabaran Orieentering: 1- UiTM Johor
                                                                  2- UiTM Terengganu (A)
                                                                  3- UiTM Johor The Olympus



Acara Tertutup....

                               Simulasi Bencana  : 1- Brass Band
                                                                   2- Alpha
                                                                   3- Bomba

                               Simulasi CPR         : 1- BPC
                                                                   2- Bravo
                                                                   3- Alpha

                               Kawad Hos             : 1- BPC
                                                                   2- Charlie
                                                                   3- Bomba

                               Prolog                     : 1- Kembara
                                                                   2- BPC
                                                                   3- Bravo

                               Rempuh Halangan :  1- JPAM
                                                                   2- ALPHA
                                                                   3- Bravo

                               Kawad Kreatif       :  1- Bomba
                                                                   2- Bravo
                                                                   3- ALPHA

   *Ketua Platun terbaik telah disandang oleh: Noor Maisarah Binti Marjohan (BRAVO)

Pada 8 September 2013 (Ahad), Unit Kokurikulum buat julung kalinya mengadakan Rumah Terbuka Unit Kokurikulum pada malam tersebut. Suasana begitu meriah walaupun dalam cuaca hujan. Pelbagai juadah dihidangkan kepada para tetamu.


Sekian, terima kasih.

Sunday, September 01, 2013

Sambutan Kemerdekaan ke-56

Pada 31 Ogos 2013 (Sabtu) yang lalu, Komander Kesatria UiTM Johor telah menyertai perbarisan sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-56 tahun di Dataran Segamat. Seramai 73 orang komander dari UiTM Johor, 27 orang komander dari kampus Johor Bharu dan seramai 36 orang bakal komander telah menyertai perbarisan kemerdekaan ini.



Program ini dimulakan dengan perarakan. Seramai 56 orang komander membawa bendera Malaysia dan seramai 51 orang komander membawa bendera negeri Johor.Perarakan bermula di padang Batu Hampar dan berakhir di Dataran Segamat.Perarakan ini juga diiringi oleh Brass Band UiTM Johor.


Selepas perarakan masuk ke Dataran Segamat, program diteruskan lagi dengan majlis perasmian. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil YAB Menteri Besar Johor iaitu, Y.B Datuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammed, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor. 

Pada perbarisan kali ini juga, acara padang telah dibuat. Brass Band UiTM Johor telah membuat persembahan. 

Perbarisan kemerdekaan kali ke-56 ini diakhiri dengan acara penyampaian hadiah. Pada kali ini, UiTM Johor telah merangkul pencapaian yang begitu baik sekali. UiTM Johor memenangi acara sepandukterbaik dan pencahayaan lampu bangunan terbaik.Syabas dan tahniah diucapkan.

Disini disertakan lagu tema kemerdekaanke-56

Sekian, terima kasih.