Pada 31 Oktober 2013 yang lepas, telah diadakan
Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 09/2013 di UiTM Puncak Alam. Program ini
berlansung selama 5 hari iaitu bermula
pada 31 Oktober 2013 sehingga 4 November 2013. Seramai 35 orang Komander
Kesatria UiTM Johor dihantar untuk menyertai program ini.Sebanyak 13 kontinjen
dari UiTM seluruh Malaysia termasuk kontinjen daripada UiTM Sarawak telah menyertai Jambori
Komander Kesatria UiTM siri 09/2013. Sebanyak 4 acara yang dipertandingkan.
Antaranya ialah Kawad Senyap, Puncak Challenge, Pertandingan Kebudayaan (Tarian
Kontemporari) dan Video Koperat.
Pada 31 Oktober
2013, kami telah bertolak pada jam 10.37 pagi dan sampai pada jam 03.00 petang.
Selepas sahaja kami sampai, kami dikehendaki membuat pendaftaran dan kami
diberi tempa penginapan. Pada jam 08.30 malam, satu taklimat program dan suai kenal
telah diadakan di DK500. Pada malam tersebut juga telah diadakan cabutan undi
giliran untuk acara-acara yang dipertandingkan. Berikut adalah giliran bagi
setiap acara UiTM Johor:-
-Kawad Senyap =
Giliran ke 5 (sesi pertama)
-Kebudayaan = Giliran ke 9
Pada keesokan harinya,
iaitu pada 1 November 2013 adalah pertandingan Kawad Kaki Senyap. Pertandingan
ini adalah acara yang dinanti-nantikan oleh semua kontinjen. Komander Kesatria
UiTM Johor telah menghantar 35 orang komander termasuk simpanan untuk menyertai
pertandingan ini dan pertandingan ini diketuai oleh KMdy Amer Syazwan Bin
Mansoor. Dengan kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan oleh Komander
Kesatria UiTM Johor dalam acara ini, keputusan yang diraih sangat membanggakan
seterusnya mengangkat nama Komander Kesatria UiTM Johor. UiTM Johor telah
mendapat tempat kedua dalam acara ini secara keseluruhan. Namun UiTM Johor
telah mendapat Persembahan Terbaik Kawad Kaki dan Ketua Platun Terbaik (KMdy
Amer Syazwan Bin Mansoor).Selepas selesainya pertandingan kawad kaki, pada jam
04.00 petang telah diadakan Raptai Perbarisan Perasmian Penutup. Semua
kontinjen bersemangat melakukan raptai
tersebut. Acara diteruskan lagi pada jam 08.30 malam iaitu ceramah di DK500.
Pertandingan Kawad Senyap |
Pertandingan Kawad Senyap |
Pada 2 November
2013, Pertandingan Puncak Challenge telah diadakan. Pertandingan ini
merangkumi aktiviti berbasikal, berlari,
menaiki tangga kejayaan, abseiling,
memanah dan river crossing. Seramai 12 orang komander terlibat dalam acara ini.
Dengan paduan tenaga dan semangat yang ditunjukkan serta kerjasama yang jitu
diberikan, Komander Kesatria UiTM Johor berjaya meraih tempat Kedua (Naib
Johan) di dalam acara ini. Keputusan ini juga memberi impak positif kepada nama
Komander Kesatria UiTM Johor. Pada jam 04.00 petang, Raptai Perbarisan
Perasmian Penutup diadakan sekali lagi bagi memastikan Perbarisan Perasmian
Penutup yang sebenar adalah yang terbaik. Acara diteruskan lagi pada jam 08.30
malam iaitu Pertandingan Kebudayaan (Tarian Kontemporari). Seramai 10 orang
komander terlibat dalam acara ini bagi mewakili Komander Kesatria UiTM Johor.
Kontinjen dari Johor telah membawa Tarian Zapin untuk dipertandingkan sesuai
dengan kebudayaan Johor. Langkah tari yang kemas serta tersusun telah memberi Komander
Kesatria UiTM Johor tempat yang keempat.
Acara Puncak Challenge |
Peserta Berbasikal |
Peserta Puncak Challenge |
Peserta Zapin |
Pertandingan Tarian |
Pada 3 November
2013 yang lalu, acara diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Penutup pada jam
09.00 pagi. Turut hadir memberi sokongan dan sebagai wakil daripada UiTM Johor,Kol.(Kest)
Prof Madya Dr Mohd Halim Bin Kadri (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar). Beliau
juga merakamkan jutaan tahniah serta rasa bangga kepada Komander Kesatria UiTM Johor.Pada
jam 08.30 malam, Majlis Makan Malam Pentauliahan Komander yang berlansung di De
Palma Hotel, Shah Alam. Disamping memberi pentauliahan kepada komander yang
akan grad, keputusan pertandingan video koperat juga diumumkan. Komander Kesatria
UiTM Kedah telah menjuarai pertandingan ini.
Pada 4 November
2013, jam 09.00 pagi Komander Kesatria UiTM Johor telah bertolak pulang ke
kampus. Segala kemenangan adalah berkat usaha, kerjasama, kesungguhan yang
diberikan oleh Komander Kesatria UiTM Johor. Semoga Komander Kesatria UiTM
Johor lebih berjaya di masa akan datang..
Majlis Makan Malam Pentauliahan |
Tahniah
dan syabas diucapkan.
No comments:
Post a Comment