MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, July 24, 2013

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band Sesi Jun 2013-Oktober 2013



Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band UiTM Cawangan Johor pada semester ini telah diadakan pada 5 Julai 2013 jam 8 malam bertempat di DK2. Seramai 150 orang termasuk Komander Kompeni Brass Band dan 3 orang tetamu jemputan menghadiri perjumpaan ini.Perjumpaan ini bertujuan untuk membubar ahli jawatankuasa yang lama serta melantik ahli jawatankuasa yang baru.
Ucapan terima kasih dan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis iaitu Mohamad Nazirul Bin Zuhairi kepada Penyelaras Kokurikulum Kompeni Brass Band UiTM Johor Left. Kest En. Muhammad Fairus B. Abdul Shukor, KM Ikmal Syaheed Bin Abdul Aziz selaku ketua kompeni Brass Band, KMdyAmer Syazwan Bin Mansoor selaku Pegawai Latih Komander Kesatria UiTM Johor,  Majlis Tertinggi Komander Kesatria dan ahli-ahli Kompeni Brass band yang sudi menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band Sesi Jun 2013 – Okt 2013.

KM Ikmal Syaheed Bin abdul Aziz selaku Ketua Kompeni Brass Band memberikan ucapan pembubaran ahli jawatankuasa lama kompeni Brass Band dan sekaligus memperkenalkan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Brass Band sesi Jun 2013-Okt 2013.Beliau juga berharap para pelajar semester satu dapat memberikan kerjasama.Beliau juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Left Kest En. Muhammad Fairus B. Abdul Shukor, Kmdy Amer Syazwan Bin Mansoor serta wakil MPP Amer Qusyairi Bin Ihzahar yang sudi hadir selaku tetamu VIP juga kepada ahli Brass Band yang sudi hadir dan memberi komitmen yang tinggi kepada Kompeni Brass Band.


Ucapan dari wakil Top 6 iaitu Kmdy Amer Syazwan Bin Mansoor, dalam ucapannya beliau memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor Sesi Jun 2013-Okt 2013. Selain itu,beliau juga mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa kompeni Brass Band yang baru,dan beliau  telah memberikan nasihat kepada semua ahli –ahli Brass Band.



Ucapan dari penyelaras kompeni Brass Band iaitu En. Muhammad Fairus Bin Abdul Shukor.Beliau telah mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli kompeni Brass Band yang baru,beliau turut memberikan sepatah dua kata mengenai cadangan kami tentang aktiviti Brass Band pada semester ini.

Persembahan Multimedia yang memaparkan Ahli Jawatankuasa Brass Band  sesi Jun 2013-Okt 2013 untuk diperkenalkan kepada para tetamu VIP dan pelajar KO yang hadir. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas juga telah dipertontonkan kepada para tetamu yang hadir. Antaranya adalah Annual General Meeting, My Beautiful Malaysia dan Perkhemahan.VIP berpindah majlis ke jamuan makan.

Sekian, terima kasih.

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Badan Pertolongan Cemas UiTM Cawangan Johor Sesi Jun-Oktober 2013

Perjumpaan Dwi – Tahunan Kompeni  Badan Pertolongan Cemas UiTM Cawangan Johor pada semester ini telah diadakan di Dewan Kuliah 1, bertarikh 3 Julai 2013 pada jam 9.00 malam. Perjumpaan pada kali ini dihadiri oleh 7 Komander Badan Pertolongan Cemas.


Nur Habibah Binti Pawit dan Farith Azizi Bin Mohayyaddin Abdul, pelajar kokurikulum Badan Pertolongan Cemas telah ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis pada Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Badan Pertolongan Cemas pada kali ini.Kedua-duanya telah memberi ucapan alu-aluan kepada Kapten (Kest.) Rosnani Binti Mohd Salleh selaku Pegawai Kehormat, Penyelaras Kokurikulum Badan Pertolongan Cemas iaitu Leftenan (Kest.) Samsuri Bin Mohd Tahir,  serta para tetamu jemputan yang sudi hadir ke Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Badan Pertolongan Cemas.

Penyelaras kokurikulum Badan Pertolongan Cemas iaitu Leftenan (Kest.) Samsuri Bin Mohd Tahir telah memberi ucapan selamat datang kepada pelajar kokurikulum semester 1 Kompeni Badan Pertolongan Cemas.Beliau berharap agar para pelajar dapat memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama kepada komander-komander kompeni Badan Pertolongan Cemas bagi melancarkan yang bakal dijalankan pada semester ini.Beliau juga telah menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh Kompeni Badan Pertolongan Cemas pada semester ini.

KMdy Mursheed Bin Mad Diah telah memberikan ucapan selaku wakil daripada Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke VI. Beliau telah memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion Ke-6 UiTM Cawangan Johor pada semester ini iaitu Jun 2013 -Oktober 2013.


KM Siti Nur Atiqah Binti Azhar telah membubarkan ahli jawatankuasa Kompeni Badan Pertolongan Cemas sesi Disember 2012-April 2013 di dalam ucapannya. Beliau amat berharap agar para pelajar kokurikulum semester 1 dapat memberikan kerjasama yang terbaik kepada para komander-komander Badan Pertolongan Cemas pada kali ini.

Selepas ucapan pembubaran, KM Norsuliana Binti Mohd Saupi selaku Ketua Kompeni Badan Pertolongan Cemas telah membuat pelantikan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Badan Pertolongan Cemas sesi Jun 2013 - Oktober 2013. Sebagai tanda ucapan terima kasih kerana telah menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Badan Pertolongan Cemas dan melibatkan diri dalam kompeni Badan Pertolongan Cemas, sedikit cenderahati diberikan kepada Pegawai Kehormat iaitu Kapten (Kest.) Rosnani Binti Mohd Salleh, Penyelaras Kokurikulum Badan Pertolongan Cemas, Leftenan (Kest.) Samsuri Bin Mohd Tahir, mantan-mantan serta Ketua Kompeni Badan Pertolongan Cemas, KM Norsuliana Binti Mohd Saupi.


Bagi memeriahkan lagi Perjumpaan Dwi-Tahunan Badan Pertolongan Cemas sesi Jun 2013 – Oktober 2013, ahli jawatankuasa Badan Pertolongan Cemas telah bertungkus-lumus dalam menyediakan video-video bagi tatapan para tetamu jemputan serta para pelajar Badan Pertolongan Cemas. Antara persembahan multimedia yang dipersembahkan adalah tayangan Carta Organisasi Kompeni BadanPertolonganCemas, tayangan aktiviti Badan Pertolongan Cemas sesi Disember 2012 – April 2013 dan juga tayangan multimedia Carta Organisasi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-6.

Selepas itu, dif-dif jemputan berpindah majlis untuk menjamu selera sekali gus menutup majlis.

Sekian terima kasih.

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Charlie Sesi Jun 2013 - Oktober 2013



Bertempat di Dewan Kuliah 2 pada 3 Julai 2013, Kompeni Charlie telah mengadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Sesi Jun 2013- Oktober 2013 pada pukul 8.00 malam. Tetamu jemputan yang hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Kehormat Kesatria Negara, Mejar (Kest.) Zanariah Binti Abdul Rahman, Penolong Pegawai Kokurikulum, Kapt. (Kest.) Norsyidah Binti Mahmat Sani, Left. (Kest.) Jamil Bin Sulong selaku Penyelaras Kokurikulum serta Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria dan para pelajar semester 1 Kompeni Charlie.




KRM Nur Afifa Binti Mohd Mazlan, selaku pengacara majlis telah menyampaikan sedikit kata alu-aluan. Majlis diketuai oleh Saudara Afiq Bin Khairudin bagi bacaan doa.



Selaku Ketua Kompeni Charlie, KM Nuratikah Binti Jamari telah membubarkan Jawatankuasa Kompeni Charlie Sesi November 2012- April 2013. Seterusnya beliau telah melantik Jawatankuasa Komeni Charlie Sesi Jun 2013-Oktober 2013. Beliau mengucapkan terima ksih di atas kerjasama yang tekah di berikan.



Seterusnya majlis di teruskan lagi dengan ucapan KMdy Noreen Farahin Binti Supardin selaku wakil Majlis Tertinggi JPKK. Beliau telah memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion IV UiTM Cawangan Johor.




Penyelaras kokurikulum iaitu Left (Kest) Jamil Bin Sulong telah memberi ucapan selamat datang kepada pelajar kokurikulum semester 1 Kompeni Charlie. Beliau berharap agar para pelajar ini dapat memberikan komitmen dan kerjasama yang terbaik kepada para komander bagi melancarkan segala aktiviti yang bakal dijalankan pada semester ini.




Majlis di teruskan lagi dengan ucapan Kapt. (Kest.) Norsyidah Binti Mahmat Sani selaku Penolong Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Johor. Beliau telah menerangkan serba sedikit mengenai silibus serta cara permakahan kokurikulum ini.



Majlis berakhir dengan tayangan multimedia.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 23, 2013

Latihan Intensif Bakal Komander Siri ke-23

Pada 14 April 2013 (Ahad) sehingga 24 April 2013 (Rabu) Jawatankuasa Komander Kesatria UiTM Cawangan  Johor telah mengadakan program Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK)  siri ke-23 sebagai latihan asas untuk menjadi Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor.



Seawal jam 8.00 pagi pada 14 April 2013,pendaftaran dibuka untuk para peserta LIBK. Setelah itu, pakaian uniform Komander Kesatria iaitu baju nombor 3 (OG) diagihkan buat para peserta LIBK. Untuk LIBK pada kali ini,para pelajar akan menginap di kolej Sulok Belingkong sepanjang latihan mereka dijalankan.


Pada hari kedua,para peserta lebih ditekankan tentang kemahiran kawad kaki. Mereka mendapat penerangan tersebut daripada En.Sahlan iaitu salah seorang daripada jurulatih LIBK. Pada waktu malam pula,mereka diberi asas untuk membaca kompas dan teori peta.


Selain itu, mereka juga diajar tentang asas kawad kaki sebelum menjalani latihan kawad pada sebelah pagi dan malam hari. Latihan kawad ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka bekerjasama dalam satu kumpulan,mendidik mereka supaya lebih berdisiplin dan belajar bertindak mengikut arahan.
Bukan sekadar kawad kaki, pembelajaran kawad tongkat dan kawad perhubungan juga diajar kepada mereka. Kedua – dua kawad ini merupakan satu pembelajaran baru buat mereka.

Para pelajar juga diberi pendedahan tentang Ikhtiar Hidup iaitu salah satu pembelajaran mengenai kaedah menyara diri ketika berada dalam kesusahan. Pendedahan ini sangat penting kerana mereka akan mengaplikasikan apa yang dipelajari ketika berada di Asahan, Melaka.

Lebih menariknya,pada hari terakhir LIBK,passing out pada kali ini diadakan di track rempuh halangan. Para pelajar perlu melepasi setiap halangan yang ada untuk berjaya sehingga ke penamat.


Semoga latihan yang diadakan ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada para peserta supaya dapat menjadi komander yang serba boleh dalam segala aspek.

Sekian,terima kasih.

Friday, June 21, 2013

Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Johor

PERJUMPAAN AGONG JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
BATALION VI 2013

Dengan ini menjemput Tuan/Puan ke Perjumpaan Agong Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria,

TARIKH : 24 JUN 2013 (ISNIN)
MASA : 8.45 MALAM
TEMPAT : DEWAN KULIAH 1
PAKAIAN : FORMAL (Baju Batik/ F1)

Kehadiran Tuan/ Puan/ Encik/ Cik amatlah kami alu-alukan.