MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, July 23, 2013

Latihan Intensif Bakal Komander Siri ke-23

Pada 14 April 2013 (Ahad) sehingga 24 April 2013 (Rabu) Jawatankuasa Komander Kesatria UiTM Cawangan  Johor telah mengadakan program Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK)  siri ke-23 sebagai latihan asas untuk menjadi Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor.



Seawal jam 8.00 pagi pada 14 April 2013,pendaftaran dibuka untuk para peserta LIBK. Setelah itu, pakaian uniform Komander Kesatria iaitu baju nombor 3 (OG) diagihkan buat para peserta LIBK. Untuk LIBK pada kali ini,para pelajar akan menginap di kolej Sulok Belingkong sepanjang latihan mereka dijalankan.


Pada hari kedua,para peserta lebih ditekankan tentang kemahiran kawad kaki. Mereka mendapat penerangan tersebut daripada En.Sahlan iaitu salah seorang daripada jurulatih LIBK. Pada waktu malam pula,mereka diberi asas untuk membaca kompas dan teori peta.


Selain itu, mereka juga diajar tentang asas kawad kaki sebelum menjalani latihan kawad pada sebelah pagi dan malam hari. Latihan kawad ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka bekerjasama dalam satu kumpulan,mendidik mereka supaya lebih berdisiplin dan belajar bertindak mengikut arahan.
Bukan sekadar kawad kaki, pembelajaran kawad tongkat dan kawad perhubungan juga diajar kepada mereka. Kedua – dua kawad ini merupakan satu pembelajaran baru buat mereka.

Para pelajar juga diberi pendedahan tentang Ikhtiar Hidup iaitu salah satu pembelajaran mengenai kaedah menyara diri ketika berada dalam kesusahan. Pendedahan ini sangat penting kerana mereka akan mengaplikasikan apa yang dipelajari ketika berada di Asahan, Melaka.

Lebih menariknya,pada hari terakhir LIBK,passing out pada kali ini diadakan di track rempuh halangan. Para pelajar perlu melepasi setiap halangan yang ada untuk berjaya sehingga ke penamat.


Semoga latihan yang diadakan ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada para peserta supaya dapat menjadi komander yang serba boleh dalam segala aspek.

Sekian,terima kasih.

No comments:

Post a Comment