MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, May 24, 2019

MAKLUMAN AWAL KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) SIRI 9/2019









NANTIKAN PERSAINGAN KOMANDER KESATRIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MEWAKILI 17 KAMPUS DARI 14 BATALION UNTUK BERTANDING DALAM KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) SIRI 9/2019 ANJURAN UNIT KOKURIKULUM DAN MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA (MPKK) BATALION VI.

TEMPAT : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT
TARIKH : 1 HINGGA 6 OGOS 2019

ANTARA ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN ADALAH :
1) REMPUH HALANGAN
2) JALAN LASAK
3) DUATHLON
4) ORIENTEERING
5) E-SPORT
6) TEMPUR TANPA SENJATA
7) KAWAD FORMASI
8) MERDEKA NATURE RUN

ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK BERTEMPUR?

STAND UP, THE BATTLE IS NOT OVER YET!

BOLEH LAYARI PAGE FACEBOOK RASMI KKEC 2019 : Komander Kesatria Endurance Challenge Siri 9/2019
https://www.facebook.com/Komander-Kesatria-Endurance-Challenge-Siri-92019-1833107093457490/

#kkec2019 #kkecjohor #JohorTheBest #jengkingjohor #roadtokkec2019

Tuesday, May 21, 2019

     IFTAR MAHABBAH RAMADHAN

          

            Pada 16 MEI 2019 bersamaan hari Khamis yang lalu, pihak Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI telah menganjurkan Majlis Iftar Mahabbah Ramadhan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat Sesi Mac – Julai 2019 yang bertempat di Bawah Blok Nilam. Pada jam 5.30 petang, para komander berkumpul di bawah blok Nilam. Pada jam 5.40 petang, ketibaan Jurulatih, Komander Kehormat dan Mantan dan seterusnya pada jam 5.45 petang, ketibaan Pegawai Kehormat dan ketibaan VIP. KRM Muhammad Nur Hafizzul Bin Rashidi dan KRM Nur-Liyana Izzati Binti Mohd Khairee ialah pengacara Majlis pada majlis tersebut. Bagi memberkati majlis tersebut, Muhammad Farid Aiman Bin Mohd Zailani telah mengetuai bacaan doa.




bacaan doa 


           Majlis bermula dengan ucapan dari KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob, seterusnya ucapan dari LT. KOL. Ujud Bin Pabil (KEST), Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI. Majlis diteruskan dengan Sumbangan Raya kepada para komander yang telah kehilangan ibu atau ayah.

1) Lt. M MOHAMMAD AMIRULHAMIZAN BIN MURIN (KEST)
2) Lt. M NUR SOLEHHATUL JANNAH BINTI HARITH @ ARIS (KEST)
3) KRK DAYANG AMIRA BINTI RAZALI
4) KM NUR SYAZWANI BINTI TAIB
5) KRK MUHAMMAD HAFIS BIN MUHAMMAD
6) KRK MUHAMMAD HAFIZZI BIN SANURI
7) KRK SITI NURHIDAYAH BINTI ABDUL WAHAB
8) KRM MUHAMMAD FARID AIMAN BIN MOHD ZAILANI
9) KRM MUHAMMAD RAHIMI BIN MOHD RASID
10) KRM NUR ATHIRA BINTI AHMAD SARUDIN
11) KRM NURUL FARHAH BINTI JAMIL
12) KRM SITI NORHASLINA BINTI SURAJI
13) KRM NUR AMIRATUS SOLEHAH BINTI SALMUAZAM



     ucapan dari LT. KOL. Ujud Bin Pabil (KEST)
  

           Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada LT. KOL. (K)  Syazali Effendi Bin A. Wahab(KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat. Para hadirin kemudiannya menikmati hidangan berbuka puasa pada jam 7.13 malam.



Penyampaian cenderahati





           Setelah selesai, para hadirin diminta untuk berpindah majlis ke Pusat Islam bagi menunaikan solat Maghrib berjemaah dan seterusnya, majlis bersurai.



Thursday, March 14, 2019

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA BATALION VI SESI MAC-JULAI 2019


            Pada 8 Mac 2019 (Jumaat) yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI bertempat di Dewan Sri Temenggong, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor Kampus Segamat. 

Melapor

            Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ini dijalankan bertujuan untuk membubarkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria yang lama sekaligus melantik ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria yang baru. 
                                   
            Usai nyanyian tiga buah lagu dan bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan daripada mantan Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi September 2018 – Januari 2019 iaitu KK Ahmad Nabil Bin Hafizan. Seterusnya majlis menjemput KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob, Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI untuk menyampaikan ucapan serta melantik ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Mac- Julai 2019
                                 
                                    
Ucapan daripada Pegawai Memerintah Sesi  Mac - Julai 2019

            Seterusnya, ucapan diberikan oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A.Wahab (KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Sesi Mac- Julai 2019.
                                



Majlis kemudiannya beralih arah kepada upacara pemakaian pangkat kepada 10 orang pemerintah tertinggi Komander Kesatria Batalion VI yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Kehormat, Lt. Kol. (K) Syazali Effendi bin. A. Wahab (KEST) dan para Pegawai Kehormat yang lain.
                      

                      
Barisan Top 10


Penerima pangkat yang pertama ialah KOMANDER KANAN MUHAMMAD FIKRI HAZIQ BIN AYOB selaku Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI. Penerima pangkat seterusnya ialah:

KOMANDER MADYA NUR ALIA BINTI YUSINI
KOMANDER MADYA NUR SYAZWANA BINTI SHAMRI EFENDI
KOMANDER MADYA SAYFUL AMIRAN BIN SUHAINI
KOMANDER MADYA SAAD BIN ABDUL SAMAD
KOMANDER MADYA MOHD HAMZI HANAFI BIN MOHAMED SUPIAN
KOMANDER MADYA AMIR HAMZAH BIN MAT YUSUF
KOMANDER MADYA NOR FAEIZAH ZAIKHA BINTI ZAINAL
KOMANDER MADYA NOR ARIESA SHAZMIRA BINTI NOR AZRI
KOMANDER MADYA AINA SYAFIQA BINTI A.LAZIM

Pmekaian pangkat kepada Komander Madya


Selanjutkan, pemakaian pangkat bagi Komander Muda yang terdiri daripada 11 Ketua Biro dan 9 Ketua Kompeni turut dilaksanakan.
                                    

KOMANDER MUDA SITI MAIZATUL AISYAH BINTI JOHARI
KOMANDER MUDA NUR FATIHAH BINTI SUKOR
KOMANDER MUDA MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN CHE HAZAHAR
KOMANDER MUDA ATHIRAH NADZIRAH BINTI HAMZAH
KOMANDER MUDA AYUNNI NATASYA BINTI MOHD NOOR
KOMANDER MUDA MUHAMMADD DANISH GHAZI BIN MOHD FAKRURAZI
KOMANDER MUDA FATIN NORMAESARAH BINTI ABD RAHIM
KOMANDER MUDA RADHWATUL ADAWIYAH BINTI ABDUL RAHMAN
KOMANDER MUDA NUR SABRINA BINTI RIDUAN
KOMANDER MUDA NUR SYAZWANI BINTI TAIB
KOMANDER MUDA SITI AISYAH BINTI RUSLAN
KOMANDER MUDA SITI NORBAITI BINTI AZIZI
KOMANDER MUDA MUHAMMAD ARIF AIMAN BIN AKMALUDDIN
KOMANDER MUDA MUHAMMAD AZMER BIN MAT SAUPI
KOMANDER MUDA NUR FATIN NAZIHAH BINTI YUSOF
KOMANDER MUDA NURUL IKHMA BINTI AMERIZAN
KOMANDER MUDA NUR SHAMIRA BINTI SHARIZAN
KOMANDER MUDA NUR SYAMIRA BT MUHD KHAIRULHADI
KOMANDER MUDA MUHAMMAD SYAHMI BIN ABDUL RAHIM
KOMANDER MUDA MUHAMMAD ZULKIFLI BIN MOHD ZIN
KOMANDER MUDA FARAH IZZATI BINTI JUNAIDEY
KOMANDER MUDA NURHIDAYATUL NAJWA BINTI MOHD RASHIDI


Pemakain pangkat kepada Komander Muda


Upacara pemakaian pangkat ini turut diakhiri dengan pemakaian pangkat untuk Komander Rendah Kanan:

KOMANDER RENDAH KANAN LUQMAN HAKIM BIN TALIB
KOMANDER RENDAH KANAN MUHAMMAD ISRAQ IZZ BIN MD ZAID


Penyerahan kuasa bagi sesi Mac – Julai 2019 merupakan kemuncak majlis ini. KK Ahmad Nabil Bin Hafizan selaku Pegawai Memerintah bagi semester lepas telah menjalankan upacara penyerahan kuasa kepada KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob selaku Pegawai Memerintah yang baru.Upacara ini telah diiringi oleh Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A.Wahab (KEST) dan Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST).
                                    
Upacara penyerahan kuasa



Seterusnya, Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST) telah dijemput untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A.Wahab (KEST). Majlis diserikan lagi dengan tayangan multimedia yang telah disediakan.
Di akhir majlis, para tetamu dijemput untuk berpindah majlis dan menikmati hidangan yang desediakan.
                         
Nyanyian lagu

Para tetamu menikmati hidangan yanmg disediakan



Sebagai penutup, diharapkan dengan pelantikan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria yang baru, Jawatnkuasa Perwakilan Komander Kesatria akan terus maju dan mampu membanggakan nama UiTM Cawangan Johor.
                                      

Tuesday, February 12, 2019

LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER (LIBK) SIRI 33/2019 DAN LATIHAN INTENSIF BRASS BAND (LIBB) SIRII 30/2019


Pada 1 Februari sehingga 10 Februari 2019 yang lalu, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor kampus Segamat telah mengadakan Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri 33/2019 dan Latihan Intensif Brass Band (LIBB)  Siri 30/2019. Kekuatan anggota adalah seramai 150 orang Bakal Komander yang terdiri daripada 115 peserta cawangan Segamat dan 35 peserta cawangan Pasir Gudang serta 73 orang anggota Brass Band.

Latihan yang berlangsung selama sepuluh hari ini adalah bertujuan untuk membentuk jati diri para peserta dan melatih mereka menjadi individu yang berwibawa, bertanggungjawab, efektif serta mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Selain itu, latihan intensif ini bertujuan bagi memastikan penyatuan mutu permainan dan kawad pancaragam yang baik dan mantap dalam meningkatkan koordinasi sebagai satu pasukan.

Bagi Latihan Intensif Bakal Komander Siri 33, latihannya adalah tertumpu kepada pembelajaran pergerakan asas kawad kaki dengan dibimbing oleh empat orang jurulatih serta Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor.  Selain daripada pembelajaran kawad kaki, para peserta juga didedahkan dengan kaedah merempuh halangan, ilmu pertolongan cemas dan asas peta.


   
    Para peserta LIBK Siri 33/2019 membuat latihan kawad tongkat


     
Bakal Komander menjalankan aktiviti merempuh halangan di bawah seliaan jurulatih 


Manakala bagi peserta Latihan Intensif Brass Band Siri 30, mereka mempelajari pelbagai perkara asas untuk menjadi seorang anggota Brass Band dan mempelajari cara menggunakan alatan muzik di bawah bimbingan tiga orang jurulatih.


          
Anggota Brass Band mempelajari cara menggunakan alatan muzik




Pada 10 Februari 2019, telah berlangsungnya MAJLIS TAMAT LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER SIRI 33/2019 DAN LATIHAN INTENSIF BRASS BAND SIRI 30/2019 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR yang bertempat di padang kawad. Majlis simbolik pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Puan Hajah Natrah Binti Ismail yang merupakan Ahli Parlimen Sekijang. 




     
Pemeriksaan perbarisan





Berjalan Lalu Perbarisan


   
        Majlis simbolik pemakaian pangkat 
      


Di samping itu, upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang juga telah dilaksanakan. Bagi Peserta Terbaik Akademik, disandang oleh Komander Rendah Muda Syahir bin Shaharuddin. Pemenang Peserta Terbaik Kawad Kaki pula jatuh kepada Komander Rendah Muda Muhammad Aidil bin Mohamad Azhar. Seterusnya, bagi Peserta Terbaik Keseluruhan disandang oleh Komander Rendah Muda Muhammad Uzair Muizz bin Sallehuddin. Manakala, Anugerah Platun Terbaik jatuh kepada platun dua yang diketuai oleh Komander Rendah Muda Muhammad Aiman Danish bin Hisham dengan kekuatan anggota seramai 35 orang



       
       Upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang.



Dengan ini, secara rasminya peserta Latihan Intensif Bakal Komander siri 33/2019 berjaya menyandang KOMANDER RENDAH MUDA (KRM) Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor dan juga pengiktirafan sebagai Anggota Brass Band Siri 30/2019.

Usai berlangsungnya Majlis Tamat LIBK Siri 33/2019 dan LIBB Siri 30/2019 di padang kawad, majlis selanjutnya berpindah ke Dewan Sri Temenggong bagi meneruskan upacara penyerahan sijil Latihan Intensif Bakal Komander dan Latihan Intensif Brass Band kepada para peserta.



Penyampaian sijil LIBK


Upacara kemudiannya diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Yang Berhormat Puan Hajah Natrah binti Ismail, nyanyian lagu dan perarakan keluar dewan.



Penyampaian cenderahati







Sunday, September 02, 2018

MAKAN MALAM REJIMENTAL SESI MAC 2018 - JULAI 2018


         Majlis Makan Malam Rejimental Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria
Batalion VI Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor, Kampus Segamat  diadakan adalah bertujuan untuk meraikan para komander yang telah berjaya dalam program tahunan komander iaitu Istiadat Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri 13/2018 yang telah diadakan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dan Komander Kesatria
Endurance Challenge (KKEC) Siri 7/2017, yang telah diadakan di Universiti Teknologi
MARA Cawangan Melaka Kampus Jasin. Di samping, meraikan komander yang menerima
pentauliahan pada malam ini.

           Selain itu, bagi meraikan komander semester akhir serta para komander yang telah berjaya mendapat Anugerah Dekan pada semester lepas dan semester ini.





           Majlis dimulakan dengan kata-kata penghargaan daripada Komander Kanan Ahmad Nabil Bin Hafizan kepada tetamu yang hadir ke majlis.

           Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Leftenan Kolonel Kesatria Ujud Bin Pabil, selaku Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor.




           Seterusnya, ucapan daripada Yang Dihormati Kolonel Kesatria Mohd Khairul Ariff Bin Noh selaku Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor .

           Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah pentauliahan Leftenan Muda Kesatria dan penyampaian beberapa anugerah kepada para komander.

                                               Antara anugerah yang telah disampaikan adalah :

 -Anugerah Komander Dekan
                        -Anugerah Komander Terbaik Luar Bidang
                     -Anugerah Komander Terbaik Akademik
                        -Anugerah komander Kepimpinan Terbaik
                          -Anugerah Komander Terbaik Keseluruhan


Anugerah komander Terbaik Akademik disandang oleh Leftenan Muda Kesatria Nur Husnina binti Amran ,


                          Leftenan Muda Kesatria Muhammad Haris Fadzillah bin Mohd Yunos


                                          Leftenan Muda Kesatria Akmal Shakir bin Shukri
Dan,



                                   Leftenan Muda Kesatria Nurul Usni Iman binti Abdul Jamlus


Seterusnya , Anugerah Luar Bidang Terbaik disandang oleh Leftenan Muda Nuraina Binti Kaharudin
Dan,


                                   Leftenan Muda Kesatria Mohd Syamir Bin Mohd Damuri


 Anugerah kepimpinan terbaik pula disandang oleh Leftenan Muda Kesatria Siti Nur Syahirah Binti Mohamad Azman ,


                                         Leftenan Muda Kesatria Nurul Hazirah Binti Azali.


                                    Leftenan Muda Kesatria Mohd Nur Akmal Bin Mohd Tayib


 Anugerah yang sangat ternilai iaitu anugerah khas kokurikulum telah disandang oleh Leftenan Muda Kesatria Firdaus Bin Hamdi

terbaik keseluruhan,


           Penyampaian anugerah diakhiri dengan anugerah terbaik keseluruhan yang disandang oleh Leftenan Muda Kesatria Nur Husnina Binti Amran .

            Majlis diteruskan lagi dengan upacara pemakaian batch kepada Leftenan Muda Kesatria Firdaus Bin Hamdi selaku Ketua Kontinjen Komander Kesatria Endurance Challenge Siri 7/2017 .

            Selesai sahaja penyampaian cenderahati dan nyanyian lagu, maka berakhirlah majlis Makan Malam Regimental. Para tetamu VIP dijemput untuk sesi fotografi.