MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, May 21, 2019

     IFTAR MAHABBAH RAMADHAN

          

            Pada 16 MEI 2019 bersamaan hari Khamis yang lalu, pihak Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI telah menganjurkan Majlis Iftar Mahabbah Ramadhan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat Sesi Mac – Julai 2019 yang bertempat di Bawah Blok Nilam. Pada jam 5.30 petang, para komander berkumpul di bawah blok Nilam. Pada jam 5.40 petang, ketibaan Jurulatih, Komander Kehormat dan Mantan dan seterusnya pada jam 5.45 petang, ketibaan Pegawai Kehormat dan ketibaan VIP. KRM Muhammad Nur Hafizzul Bin Rashidi dan KRM Nur-Liyana Izzati Binti Mohd Khairee ialah pengacara Majlis pada majlis tersebut. Bagi memberkati majlis tersebut, Muhammad Farid Aiman Bin Mohd Zailani telah mengetuai bacaan doa.




bacaan doa 


           Majlis bermula dengan ucapan dari KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob, seterusnya ucapan dari LT. KOL. Ujud Bin Pabil (KEST), Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI. Majlis diteruskan dengan Sumbangan Raya kepada para komander yang telah kehilangan ibu atau ayah.

1) Lt. M MOHAMMAD AMIRULHAMIZAN BIN MURIN (KEST)
2) Lt. M NUR SOLEHHATUL JANNAH BINTI HARITH @ ARIS (KEST)
3) KRK DAYANG AMIRA BINTI RAZALI
4) KM NUR SYAZWANI BINTI TAIB
5) KRK MUHAMMAD HAFIS BIN MUHAMMAD
6) KRK MUHAMMAD HAFIZZI BIN SANURI
7) KRK SITI NURHIDAYAH BINTI ABDUL WAHAB
8) KRM MUHAMMAD FARID AIMAN BIN MOHD ZAILANI
9) KRM MUHAMMAD RAHIMI BIN MOHD RASID
10) KRM NUR ATHIRA BINTI AHMAD SARUDIN
11) KRM NURUL FARHAH BINTI JAMIL
12) KRM SITI NORHASLINA BINTI SURAJI
13) KRM NUR AMIRATUS SOLEHAH BINTI SALMUAZAM



     ucapan dari LT. KOL. Ujud Bin Pabil (KEST)
  

           Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada LT. KOL. (K)  Syazali Effendi Bin A. Wahab(KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat. Para hadirin kemudiannya menikmati hidangan berbuka puasa pada jam 7.13 malam.



Penyampaian cenderahati





           Setelah selesai, para hadirin diminta untuk berpindah majlis ke Pusat Islam bagi menunaikan solat Maghrib berjemaah dan seterusnya, majlis bersurai.



No comments:

Post a Comment