MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, August 23, 2015

Kursus Pengenalan dan Pemantapan Asas-asas Menyelamat (Induksi) Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sesi Jun - Oktober 2015

Induksi ini diadakan  pada 22 Ogos 2015 bertempat di Padang Ragbi, UiTM Johor dan disertai oleh 200 orang pelajar dari semester 1,2, dan 3 Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, 10 orang komander pengiring, 5 orang  jurulatih. Induksi yang diadakan pada kali ini merupakan batu loncatan bagi mendapatkan keserasian antara para pelajar, komander dan jurulatih serta bagi memantapkan lagi kawad kaki, kawad hos, cpr, simulasi bencana dan rempuh halangan yang akan mereka tempuhi pada acara perkad nanti. Hal ini adalah untuk memastikan setiap aktiviti yang akan diadakan dari semasa ke semasa dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Induksi ini juga akan membuka minda para pelajar kepada sesuatu yang lebih luas. Sekiranya induksi ini tidak diadakan sudah tentu keserasian antara pelajar, komander dan jurulatih sukar untuk dicapai dan segala aktiviti yang akan diadakan pada semester ini sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada para pelajar. Malahan tidak ada pengalaman baru yang dapat diberikan kepada para pelajar setelah menyertai kokurikulum kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Para peserta berkumpul di hadapan padang ragbi pada pukul 7.00 pagi untuk semakan kehadiran dan taklimat ringkas yang diberikan oleh komander pengiring dan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku, Wawasan Setia Warga UiTM serta bacaan doa yang dibaca oleh Komander Rendah Muda Muhammad Noriman Bin Ali. Pada pukul 7.30 pagi, para pelajar berkumpul untuk menjalankan aktiviti  kecergasan jasmani atau PT pagi dan senamrobik. Aktiviti ini diketuai oleh Komander Rendah Muda Norlyyana binti Samni dan komander pengiring yang lain. Selesai aktiviti kecergasan jasmani, pada pukul  8.30 pagi para pelajar dibawa ke tapak khemah untuk sarapan pagi. Setelah selesai sarapan pagi taklimat dan pembahagian kumpulan yang diketuai oleh Komander Rendah Muda Siti Nurkamariah Binti Samsuddin dan Komander Rendah Muda Norlyyana binti Samni. 

Para peserta sedang berlatih berkawad
Aktiviti mewarna logo JPAM


Pada pukul 9.00 pagi peserta digerakkan ke tempat yang dibawa oleh komander pengiring mengikut aktiviti perkad yang telah ditetapkan masing-masing. Bagi acara cpr dan juga simulasi bencana, diketuai oleh jurulatih. Bagi yang tidak masuk sebarang aktiviti perkad, mereka diasingkan untuk melukis dan mewarna logo Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.Pada pukul 10.00 pagi para pelajar dihidangkan minum pagi. Setelah selesai minum pagi, aktiviti mengikut kategori acara perkad dan mewarna logo diteruskan lagi. Tepat pada pukul 12.00 tengahari, maka tamatlah aktiviti tersebut pelajar dibawa ke tapak khemah untuk majlis penutup dan penyampaian cenderahati yang diketuai oleh Komander Rendah Muda Siti Nurkamariah Binti Samsuddin. 

Para peserta sedang melakukan aktiviti bantuan pernafasan

Aktiviti merempuh halangan
Latihan simulasi bencana

Pada pukul 12.40 tengahari, para pelajar, jurulatih serta komander pengiring menikmati makan tengahari. Pada pukul 1.00 petang aktiviti berakhir dengan sesi fotografi dengan para pelajar dan komander pengiring untuk dijadikan sebagai kenangan setelah selesai sesi fotografi maka selesailah majlis pada hari tersebut.

Sekiranya induksi ini tidak diadakan sudah tentu keserasian antara pelajar, komander dan jurulatih sukar untuk dicapai dan segala aktiviti yang akan diadakan pada semester ini sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada para pelajar. Malahan tidak ada pengalaman baru yang dapat diberikan kepada para pelajar setelah menyertai kokurikulum kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Saturday, August 22, 2015

Program “Amal Bakti di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal”

Pada 21 Ogos 2015, Ahli Jawatankuasa Kelab Briged Sukarelawan UiTM Johor telah mengadakan Program “Amal Bakti di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal”. Program ini bermula pada pukul 7.00 pagi, semua peserta berkumpul di padang kawad lama untuk pengagihan peserta pada kumpulan kerja. Sebelum bertolak , para pesert amelakukan senaman pagi bagi mengelakkan rasa penat semasa melakukan gotong-royong. Pada pukul 8.00 pagi , semua peserta bertolak ke SK Bukit Tunggal. Tepat  jam 8.15, mereka tiba di SK Bukit Tunggal. Setelah tiba nya di situ, semua peserta sarapan pagi bersama-sama.

Para peserta melakukan senaman ringan

Pembahagian kumpulan dan tugasan

Selepas sarapan, para pesertamenyediakan peralatan mengecat dan membersihkan sekolah. Selepas menyediakan peralatan, semua peserta terus memulakan aktiviti dengan mengikut kumpulan yang telah di bahagikan. Selepas menjalankan aktiviti, tepat pukul 1 tengah hari, peserta di lepaskan untuk menunaikan solat Zuhur bagi komander siswi dan solat Jumaat bagi komander siswa. Selepas solat, semua peserta di beri makan tengah hari sebelum meneruskan gotong royong. Setelah makan tengah hari, gotong-royong diteruskan semula.

Aktivit mengecat semula tiang gol

Aktiviti mural

Mengecat di kawasan kantin sekolah
Minum petang
Selepas tamat aktiviti gotong-royong, peserta kemudian menunaikan solat Asar secara berjemaah. Kemudian , semua peserta diberi minum petang dan boleh beriadah di sekitar SK Bukit Tunggal. Pada pukul 7 malam, peserta diberi makan malam. Selepas makan malam, peserta-peserta semua menunaikan solat maghrib secara berjemaah dan mendengar tazkirah ringkas. 

Majlis penutupan dan pemberian penghargaan

Sesi bergambar bersama semua pihak yang terlibat

Sesudah sahaja solat isyak secara berjemaah. Semua peserta membuat persiapan majlis penutupan oleh jawatankuasa program. Tepat pukul 9.30 malam majlis perasmian dan penutupan bermula.pukul 10.30 malam semua peserta mengemas peralatan dan pulang ke UiTM.

Saturday, August 15, 2015

Sehari Sinaran Singa (Induksi) Kesatria Negara Kompeni Alpha sesi Jun - Oktober 2015

Diadakan pada 14 Ogos 2015 bertempat di Padang Kawad Utama UiTM Johor Kampus Segamat dan dihadiri oleh para pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1 Kompeni Alpha UiTM Johor seramai 153 orang pelajar kokurikulum, 13 orang komander pengiring dan beberapa tetamu jemputan iaitu Lt. (K) Fairus bin Abdul Shukor, Mejar (K) Rosnani binti Mohd Salleh, Lt. (K) Mohd Juakhir bin Hassan, En. Nasir bin Fairin dan En. Mohd Ayub bin A.Rahim.

Para pelajar kor kompeni Alpha ketika sesi pendaftaran

Para pelajar melakukan aktiviti senaman ringan 


Sehari Sinaran Singa Kompeni Alpha (Induksi) ini diadakan bertujuan untuk memberi pendekatan dan pendedahan tentang cabaran luar yang bakal dihadapi oleh para pelajar kokurikulum serta input yang lebih mendalam dalam menyemai semangat kerjasama sesama mereka di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Di samping itu, para pelajar kokurikulum ini juga dapat mengenali antara satu sama lain dan induksi ini diharapkan dapat merapatkan hubungan pelajar kokurikulum dengan komander. 

Para pelajar melibatkan diri di dalam aktiviti 'Siapa Yang Bijak"

Para pelajar melibatkan diri di dalam aktiviti 'Siapa Yang Kreatif"


Seterusnya, Sehari Sinaran Singa ini juga diadakan bagi mendidik para pelajar kokurikulum Kesatria Negara Kompeni Alpha UiTM Johor dalam menyemai sikap toleransi dan bertanggungjawab atas setiap amanah yang diberikan. Induksi ini juga bertujuan meningkatkan tahap keyakinan pelajar kokurikulum dalam menyertai sebarang aktiviti supaya mereka lebih berani dalam menghadapi sebarang situasi. Dengan ini, program Sehari Sinaran Singa (Induksi) Kompeni Alpha sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar Kokurikulum Kesatria Negara Kompeni Alpha UiTM Johor menuju ke perubahan yang lebih baik.


Berikut adalah aturcara induksi yang dianjurkan.

Aturcara
7.45 pagi : Pendaftaran pelajar 
8.00 pagi : Ketibaan VIP
8.15 pagi : Senaman pagi
8.45 pagi : Pembahaagian kumpulan
9.00 pagi : Aktiviti berkumpulan
9.30 pagi : Aktiviti “Siapa Yang Bijak”
10.45 pagi : Aktiviti “Siapa Yang Kreatif”
11.30 pagi : Penyampaian hadiah
12.15 tengahari:Bersurai

Wakil pelajar ketika acara penyampaian hadiah oleh Penasihat Kompeni Alpha

Wakil Top 10 yang menerima cenderahati daripada Penasihat Kompeni Alpha
Kesemua pelajar kor dan pihak yang menjayakan induksi ini
 terlibat dalam sesi bergambar beramai-ramai sebelum bersurai


Sehari Sinaran Singa Kompeni Alpha (Induksi) ini dilaksanakan sebagai pendekatan yang baru kepada pelajar kokurikulum yang menyertai aktiviti induksi kali ini. Para pelajar bukan sahaja memberikan komitmen yang baik tetapi juga mereka berasa gembira sepanjang induksi ini dijalankan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat sepanjang Sehari Sinaran Singa ini dilangsungkan. Terima kasih juga kepada para peserta yang hadir ke majlis ini. Tidak lupa juga kepada Komander Kesatria Kompeni Alpha, penasihat Kompeni Alpha dan penyelaras Kompeni Alpha dalam menjayakan majlis ini.

Sunday, August 09, 2015

Ekspedisi Berkayak Dan Latihan Amal Tali Tinggi Kesatria Kembara Semester Dua UiTM Johor Sesi Jun – Oktober 2015

Pada 6 Ogos 2015 hingga 8 Ogos 2015 yang lalu, Kesatria Kembara UiTM Johor telah mengadakan perkhemahan di Taman Botanikal Ayer Keroh dan Pusat Latihan Air Ayer Keroh, Melaka selama tiga hari dua malam. Perkhemahan ini telah disertai oleh 50 orang pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara Semester Dua. Program ini diiringi oleh seorang Pegawai Pengiring iaitu Kapt. (K) Norsyidah binti Mahmat Sani dan tiga orang Jurulatih Sambilan Kesatria Kembara iaitu Encik Ishak Bin Abu Hassan, Encik Amyrull Bin Ishak dan Encik Ruzaimy Bin Mohd Shariff. Selain itu, turut diiringi oleh 26 orang Komander Kesatria Kembara. Lawatan ini bertujuan untuk :

1. Menjadikan Pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara lebih berdisiplin dan memupuk nilai jati diri di dalam diri masing-masing.
2. Ianya terkandung di dalam silibus kursus kokurikulum Kesatria Kembara bermula dari Semester Satu sehingga Semester Tiga dan markah penilaian kursus sebanyak 20% akan diberikan kepada pelajar yang menamatkan kursus dengan jayanya.
3. Mereka diberi peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat.
4. Menjadikan Pelajar-Pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara lebih berfikiran matang dan lebih berkeyakinan dalam melakukan sesuatu kerja serta mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.

Para pelajar sedang memasang khemah sebaik tiba di tapak perkhemahan

Ice Breaking - LDK 1


Aturcara:

6 Ogos 2015 (Khamis)

2:30 petang - Peserta berkumpul di Padang Kawad
3:30 petang - Bergerak dari UiTM Johor
5:15 petang - Tiba di tapak perkhemahan 
5:45 petang - Solat Asar
6:15 petang - Mempelajari asas perkhemahan
7:00 petang - Pentadbiran diri
7:30 petang - Solat Magrib , tazkirah ringkas dan Solat Isyak
8:45 malam - Makan Malam
9:15 malam - Ice breaking (LDK 1)
11:30 malam - Taklimat : Pengenalan dan Teori Kayak
1:00 pagi         - Kawalan malam

Aktiviti Abceiling



Aktiviti Flying Fox

Para pelajar diberikan taklimat untuk mengelakkan kemalangan 

Aktiviti berkayak


7 Ogos 2015 (Jumaat)

6:00 pagi   - Solat Subuh
6:30 pagi   - Senaman pagi
7:30 pagi   - Sarapan pagi
8:00 pagi   - Teori & praktikal kayak
10:30 pagi - Praktikal kayak
12:30 t/hari - Makan tengahari
1:30 petang - Solat Jumat/Zohor
2:00 petang - Ujian kayak
5:30 petang - Solat Asar
6:00 petang - Minum petang
7:00 petang - Pentadbiran diri
7:30 petang - Solat Magrib dan Solat Isyak
11:00 malam - Ikhtiar hidup
1:30 pagi         - Kawalan malam

8 Ogos 2015 (Sabtu)

6:00 pagi   - Solat Subuh
6:30 pagi   - Senaman pagi
7:30 pagi   - Sarapan pagi
8:00 pagi   - Teori & praktikal tali
10:00 pagi - Ujian tali
12:30 t/hari - Makan tengahari
2:00 petang - Pentadbiran diri
4:00 petang - Pembersihan kawasan & majlis penutupan
5:00 petang - Pulang ke UiTM Johor

Justeru, ribuan terima kasih diucapkan kepada fasilitator yang terlibat iaitu Jurulatih Pusat Latihan Air REDTMA Ayer Keroh, Melaka dan juga Jurulatih Sambilan Kokurikulum Kesatria Kembara. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan berlangsung seperti aktiviti berkayak, abseiling, flying fox, kembara malam, ikatan dan simpulan dan juga pengenalan kepada peralatan. Aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara para peserta.

Perkhemahan Kesatria Kembara Semester Dua merupakan satu program yang banyak memberi pengalaman, input dan pengajaran kepada pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara Semester Dua. Secara keseluruhannya, perkhemahan ini telah banyak mendidik pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara untuk berfikiran positif, berdisiplin, berani menghadapi cabaran, tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan di samping menguatkan mental dan fizikal mereka. Sepanjang menjalani perkhemahan ini, para pelajar berpeluang untuk menilai tahap pengetahuan masing-masing di dalam rekreasi ini, ini kerana kebanyakan pelajar-pelajar jarang mendapat pengetahuan yang meluas tentang aktiviti-aktiviti rekreasi. Mereka hanya tahu bagaimana aktiviti itu dijalankan seperti abseiling, flying fox dan berkayak tetapi mereka tidak tahu alat apa yang akan digunakan dan apakah kegunaanya.

Hari Eksplorasi (Induksi) Kompeni Bomba Dan Penyelamat sesi Jun - Oktober 2015

Hari Eksplorasi Kompeni Bomba dan Penyelamat (Induksi) ini diadakan pada 8 Ogos 2015 bertempat di Blok Karyawan, UiTM Johor . Dihadiri oleh para pelajar kokurikulum semester satu hingga semester tiga iaitu seramai 232 orang, 18 orang komander pengiring dan beberapa tetamu jemputan. 
Aktiviti senaman pagi
Sarapan pagi

Hari Eksplorasi Kompeni Bomba dan Penyelamat (Induksi) ini diadakan  untuk menguji minda para pelajar dalam aktiviti “treasure hunt” yang diadakan untuk pelajar kokurikulum semester 1. Selain itu, program ini  bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama berkumpulan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara para pelajar, komander-komander Kompeni Bomba serta jurulatih-jurulatih Kompeni Bomba dan Penyelamat. Program ini serba sedikit dapat membantu para pelajar kokurikulum semester 1 dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani. Di samping itu, para peserta dapat mempelajari asas tentang ilmu kebombaan dan menguji kecergasan fizikal dan daya tahan pelajar kokurikulum Kompeni Bomba dan Penyelamat.


Berikut adalah aturcara induksi yang diadakan ;

 Aturcara
7. 30 pagi : Pendaftaran pelajar kokurikulum.
8. 00 pagi : Aktiviti senaman pagi.
8. 30 pagi : Sarapan pagi.
8. 45 pagi : Pembahagian kumpulan.
9. 15 pagi : Membuat logo dan nama kumpulan sendiri.
9. 50 pagi : Memberi taklimat program.
10.00 pagi : Aktiviti sukan yang dirancang.
12.00 tengahari: Penyampaian cenderahati kepada jurulatih dan para pemenang.
12.15 tengahari: Makan tengah hari.
12.45 tengahari: Bersurai.


Puzzle game berkaitan gambar jurulatih dan komander
Aktiviti menggulung hos
Ucapan daripada jurulatih semasa majlis penutup

Penyampaian hadiah kepada para pemenang


Hari Eksplorasi Kompeni Bomba dan Penyelamat (Induksi) ini dilaksanakan sebagai pendekatan yang baru kepada pelajar kokurikulum yang menyertai aktiviti Hari Eksplorasi kali ini. Selain itu, majlis ini diadakan untuk menarik perhatian para pelajar untuk menyertai komander Kesatria. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat sepanjang Hari Eksplorasi ini dilangsungkan. Terima kasih juga kepada para peserta yang hadir ke majlis ini. Tidak lupa juga kepada, jurulatih - jurulatih Kompeni Bomba dan Penyelamat yang saling bekerjasama dalam menjayakan majlis ini.