Induksi ini diadakan pada 22 Ogos 2015 bertempat di Padang Ragbi, UiTM Johor dan disertai oleh 200 orang pelajar dari semester 1,2, dan 3 Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, 10 orang komander pengiring, 5 orang jurulatih. Induksi yang diadakan pada kali ini merupakan batu loncatan bagi mendapatkan keserasian antara para pelajar, komander dan jurulatih serta bagi memantapkan lagi kawad kaki, kawad hos, cpr, simulasi bencana dan rempuh halangan yang akan mereka tempuhi pada acara perkad nanti. Hal ini adalah untuk memastikan setiap aktiviti yang akan diadakan dari semasa ke semasa dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Induksi ini juga akan membuka minda para pelajar kepada sesuatu yang lebih luas. Sekiranya induksi ini tidak diadakan sudah tentu keserasian antara pelajar, komander dan jurulatih sukar untuk dicapai dan segala aktiviti yang akan diadakan pada semester ini sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada para pelajar. Malahan tidak ada pengalaman baru yang dapat diberikan kepada para pelajar setelah menyertai kokurikulum kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Para peserta berkumpul di hadapan padang ragbi pada pukul 7.00 pagi untuk semakan kehadiran dan taklimat ringkas yang diberikan oleh komander pengiring dan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku, Wawasan Setia Warga UiTM serta bacaan doa yang dibaca oleh Komander Rendah Muda Muhammad Noriman Bin Ali. Pada pukul 7.30 pagi, para pelajar berkumpul untuk menjalankan aktiviti kecergasan jasmani atau PT pagi dan senamrobik. Aktiviti ini diketuai oleh Komander Rendah Muda Norlyyana binti Samni dan komander pengiring yang lain. Selesai aktiviti kecergasan jasmani, pada pukul 8.30 pagi para pelajar dibawa ke tapak khemah untuk sarapan pagi. Setelah selesai sarapan pagi taklimat dan pembahagian kumpulan yang diketuai oleh Komander Rendah Muda Siti Nurkamariah Binti Samsuddin dan Komander Rendah Muda Norlyyana binti Samni.
Para peserta sedang berlatih berkawad |
Aktiviti mewarna logo JPAM |
Pada pukul 9.00 pagi peserta digerakkan ke tempat yang dibawa oleh komander pengiring mengikut aktiviti perkad yang telah ditetapkan masing-masing. Bagi acara cpr dan juga simulasi bencana, diketuai oleh jurulatih. Bagi yang tidak masuk sebarang aktiviti perkad, mereka diasingkan untuk melukis dan mewarna logo Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.Pada pukul 10.00 pagi para pelajar dihidangkan minum pagi. Setelah selesai minum pagi, aktiviti mengikut kategori acara perkad dan mewarna logo diteruskan lagi. Tepat pada pukul 12.00 tengahari, maka tamatlah aktiviti tersebut pelajar dibawa ke tapak khemah untuk majlis penutup dan penyampaian cenderahati yang diketuai oleh Komander Rendah Muda Siti Nurkamariah Binti Samsuddin.
Para peserta sedang melakukan aktiviti bantuan pernafasan |
Aktiviti merempuh halangan |
Latihan simulasi bencana |
Pada pukul 12.40 tengahari, para pelajar, jurulatih serta komander pengiring menikmati makan tengahari. Pada pukul 1.00 petang aktiviti berakhir dengan sesi fotografi dengan para pelajar dan komander pengiring untuk dijadikan sebagai kenangan setelah selesai sesi fotografi maka selesailah majlis pada hari tersebut.
Sekiranya induksi ini tidak diadakan sudah tentu keserasian antara pelajar, komander dan jurulatih sukar untuk dicapai dan segala aktiviti yang akan diadakan pada semester ini sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada para pelajar. Malahan tidak ada pengalaman baru yang dapat diberikan kepada para pelajar setelah menyertai kokurikulum kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
No comments:
Post a Comment