MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, July 24, 2013

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Charlie Sesi Jun 2013 - Oktober 2013



Bertempat di Dewan Kuliah 2 pada 3 Julai 2013, Kompeni Charlie telah mengadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Sesi Jun 2013- Oktober 2013 pada pukul 8.00 malam. Tetamu jemputan yang hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Kehormat Kesatria Negara, Mejar (Kest.) Zanariah Binti Abdul Rahman, Penolong Pegawai Kokurikulum, Kapt. (Kest.) Norsyidah Binti Mahmat Sani, Left. (Kest.) Jamil Bin Sulong selaku Penyelaras Kokurikulum serta Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria dan para pelajar semester 1 Kompeni Charlie.




KRM Nur Afifa Binti Mohd Mazlan, selaku pengacara majlis telah menyampaikan sedikit kata alu-aluan. Majlis diketuai oleh Saudara Afiq Bin Khairudin bagi bacaan doa.



Selaku Ketua Kompeni Charlie, KM Nuratikah Binti Jamari telah membubarkan Jawatankuasa Kompeni Charlie Sesi November 2012- April 2013. Seterusnya beliau telah melantik Jawatankuasa Komeni Charlie Sesi Jun 2013-Oktober 2013. Beliau mengucapkan terima ksih di atas kerjasama yang tekah di berikan.



Seterusnya majlis di teruskan lagi dengan ucapan KMdy Noreen Farahin Binti Supardin selaku wakil Majlis Tertinggi JPKK. Beliau telah memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion IV UiTM Cawangan Johor.




Penyelaras kokurikulum iaitu Left (Kest) Jamil Bin Sulong telah memberi ucapan selamat datang kepada pelajar kokurikulum semester 1 Kompeni Charlie. Beliau berharap agar para pelajar ini dapat memberikan komitmen dan kerjasama yang terbaik kepada para komander bagi melancarkan segala aktiviti yang bakal dijalankan pada semester ini.




Majlis di teruskan lagi dengan ucapan Kapt. (Kest.) Norsyidah Binti Mahmat Sani selaku Penolong Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Johor. Beliau telah menerangkan serba sedikit mengenai silibus serta cara permakahan kokurikulum ini.



Majlis berakhir dengan tayangan multimedia.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 23, 2013

Latihan Intensif Bakal Komander Siri ke-23

Pada 14 April 2013 (Ahad) sehingga 24 April 2013 (Rabu) Jawatankuasa Komander Kesatria UiTM Cawangan  Johor telah mengadakan program Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK)  siri ke-23 sebagai latihan asas untuk menjadi Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor.



Seawal jam 8.00 pagi pada 14 April 2013,pendaftaran dibuka untuk para peserta LIBK. Setelah itu, pakaian uniform Komander Kesatria iaitu baju nombor 3 (OG) diagihkan buat para peserta LIBK. Untuk LIBK pada kali ini,para pelajar akan menginap di kolej Sulok Belingkong sepanjang latihan mereka dijalankan.


Pada hari kedua,para peserta lebih ditekankan tentang kemahiran kawad kaki. Mereka mendapat penerangan tersebut daripada En.Sahlan iaitu salah seorang daripada jurulatih LIBK. Pada waktu malam pula,mereka diberi asas untuk membaca kompas dan teori peta.


Selain itu, mereka juga diajar tentang asas kawad kaki sebelum menjalani latihan kawad pada sebelah pagi dan malam hari. Latihan kawad ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka bekerjasama dalam satu kumpulan,mendidik mereka supaya lebih berdisiplin dan belajar bertindak mengikut arahan.
Bukan sekadar kawad kaki, pembelajaran kawad tongkat dan kawad perhubungan juga diajar kepada mereka. Kedua – dua kawad ini merupakan satu pembelajaran baru buat mereka.

Para pelajar juga diberi pendedahan tentang Ikhtiar Hidup iaitu salah satu pembelajaran mengenai kaedah menyara diri ketika berada dalam kesusahan. Pendedahan ini sangat penting kerana mereka akan mengaplikasikan apa yang dipelajari ketika berada di Asahan, Melaka.

Lebih menariknya,pada hari terakhir LIBK,passing out pada kali ini diadakan di track rempuh halangan. Para pelajar perlu melepasi setiap halangan yang ada untuk berjaya sehingga ke penamat.


Semoga latihan yang diadakan ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada para peserta supaya dapat menjadi komander yang serba boleh dalam segala aspek.

Sekian,terima kasih.

Friday, June 21, 2013

Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Johor

PERJUMPAAN AGONG JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
BATALION VI 2013

Dengan ini menjemput Tuan/Puan ke Perjumpaan Agong Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria,

TARIKH : 24 JUN 2013 (ISNIN)
MASA : 8.45 MALAM
TEMPAT : DEWAN KULIAH 1
PAKAIAN : FORMAL (Baju Batik/ F1)

Kehadiran Tuan/ Puan/ Encik/ Cik amatlah kami alu-alukan.

Monday, April 15, 2013

Assalamualaikum....
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Komander Kesatria UiTM Johor di atas segala khidmat dan sumbangan yang telah di berikan kepada Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion IV sepanjang semester ini. Aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion IV akan di teruskan lagi pada cuti semester ini, iaitu Latihan Intensif Bakal Komander Siri Ke 23 dan Komander Kesatria Endurance Challenge 2013 di Uitm Dungun, Terengganu.


Kompeni Alpha
Kompeni Bravo
Kompeni Charlie
Kompeni Bomba Dan Penyelamat
Kompeni Badan Pertolongan Cemas
Kompeni Brass Band
Kompeni Jabatan Pertahanan Awam
Kompeni Kembara

Selamat Bercuti!!!!!!


Sunday, April 07, 2013

MAKAN MALAM REJIMENTAL KOMANDER KESATRIA UiTM JOHOR

Assalamualaikum.......
Buat julung kalinya, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion IV mengadakan Majlis Makan Malam Rejimental pada 24 Mac 2013 bertempat di Dewan Sri Temenggong. Majlis ini bertujuan untuk meraihkan mereka yang memasuki Jambori dan KKEC serta meraihkan para komander yang bakal tamat pembelajaran pada semester ini.

vvip: rektor, tim.rektor, pegawai kehormat
penyambut tetamu
tetamu kehormat berjalan masuk ke majlis
pengacara majlis dan ketua majlis
tetamu yang hadir
makan malam rejimental bermula
menghidangkan juadah

pegawai kehormat : Kapt.(Kest.) Nor Ezan  Bin Omar
pegawai kehormat : Kapt.(Kest.) Muhamad Ismail Bin Pahmi
penyampaian sajak oleh KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim
ucapan oleh pegawai kokurikulum
ucapan oleh Rektor UiTM Johor
penyampaian sijil Jambori dan KKEC
pemakaian bintang Jambori
pemakaian bintang KKEC
anugerah komander dekan
penerima anugerah dekan
penyampaian anugerah dekan
penyampaian cenderahati kepada mantan Timbalan Rektor HEP
anugerah Komander Terbaik : KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim
penyerahan jawatan Pegawai Memerintah
penerimaan jawatan Pegawai Memerintah
penyerahan tongkat Pegawai Memerintah
penyampaian cenderahati kepada Rektor UiTM Johor
KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim
dan
KMdy  Muhamad Jasman Bin Abu Bakar
KMdy Nur Syuhada Binti Mohd Taib selaku
 ketua projek Makan Malam Rejimental
KMdy Muhammad Amirul Haqim Bin Norizan selaku
CC Komander Kesatria UiTM Johor kampus Bandaraya
pegawai kehormat dan penolong pegawai kokurikulum