Pada 8 Mei 2011 hingga 19 Mei 2011 yang lalu, latihan intensif bakal komander dan latihan intensif brass band siri 20 telah diadakan di UiTM Segamat, Johor. Latihan intensif bakal komander itu telah disertai oleh 48 orang bakal komander dan di selia oleh 14 orang komander, manakala bagi latihan intensif brass band pula telah disertai seramai 40 orang siswa dan siswi dan di selia oleh 5 orang komander. Antara kampus yang terlibat bagi menyertai latihan intensif bakal komander adalah dari UiTM Larkin dan UiTM Negeri Sembilan. Latihan itu diadakan untuk memberi latihan kepada bakal komander sebelum bergelar sebagai komander Johor. Antara latihan yang dijalankan adalah, kawad kaki, latihan tunjuk arah, ceramah, ujian bertulis, perkhemahan di Asahan, Melaka dan penutup LIBK.
Sunday, May 29, 2011
Jambori Kesatria Negara UiTM 2010
Pada Disember 2010 yang lalu, Jambori tahunan UiTM telah berlangsung di UiTM Kedah. Seramai 40 orang komander telah mewakili UiTM Johor untuk ke pertandingan tersebut. Beberapa pertandingan telah dipertandingkan sepanjang Jambori ini berlangsung seperti pertandingan kawad kaki, merempuh halangan, EOQ, prolog dan persembahan kebudayaan. Keputusan yang memberangsangkan telah diperoleh Komander Johor. Dibawah ini disertakan keputusan pertandingan dan beberapa gambar sepanjang berlangsungnya pertandingan itu untuk tatapan semua.
Keputusan:
Kebudayaan : Tempat Pertama
EOQ : Tempat Kedua
Prolog : Tempat Kedua
Merempuh
Halangan : Tempat Kedua
Kawad Kaki : Saguhati
Kami telah menjalani latihan intensif selama 2 minggu di UiTM Kedah untuk memberikan kekuatan kepada kami apabila berlangsungnya pertandingan Jambori nanti. Apabila tamatnya latihan tersebut, kami bertolak ke UiTM Kedah dan setibanya disana, kami disambut oleh Komander dari UiTM Kedah. Kami ditempatkan di kolej kediaman disana. Pada keesokan harinya, bermulalah pertandingan EOQ Komander Challenge dimana 4 orang komander UiTM Johor telah menyertainya. Pada hari yang berikutnya, pertandingan Prolog telah diadakan dan seramai 16 orang komander telah menyertainya. Dan seterusnya, pertandingan kawad kaki seramai 31 orang dan diikuti oleh pertandingan merempuh halangan seramai 12 orang. Pertandingan yang terakhir dilangsungkan adalah persembahan kebudayaan.
Petandingan Merempuh Halangan
Pertandingan Persembahan Kebudayaan

Pertandingan EOQ Komander Challenge
Pertandingan Prolog
Pertandingan Kawad Kaki
Petandingan Merempuh Halangan
Pertandingan Persembahan Kebudayaan
Saturday, April 09, 2011
EKSPO SELANGKAH KE UITM
EKSPO SELANGKAH KE UITM
26 MAC 2011,SABTU
Pada pukul 7.15pagi, berkumpul dihadapan storband untuk mendengar taklimat daripada En. Jamil,selaku penyelaras kokorikulum,sementara menunggu brass band bersedia untuk berangkat ke Dataran Segamat.
Setelah tiba di dataran segamat, kami menolong staf-staf UITM dan MPP menampal gambar-gambar di ruang dan mengeluarkan barang-barang seperti pamphlet dan risalah-risalah yang hendak digunakan sepanjang ekspo berlangsung.
Pada pukul 9.30 pagi, pengunjung mulai datang ke ekspo, kami di pecahkan kepada beberapa bahagian, iaitu menjaga kaunter SEKI, mengedarkan pamphlet, dan dibahagian Semakan Syarat Kelayakan Khas Akademik UiTM. Kami dikehendaki menerangkan program yang layak mereka mohon berdasarkan keputusan SPM mereka.
Komander yang semakin sibuk melayan para pengunjung
27 MAC 2011,AHAD
Kami bertolak ke Dataran Segamat pada pukul 8.00 pagi dengan berpakaian Uniform Komander Kesatria.
Sambutan ekspo pada hari kedua masih lagi hangat, pengunjung yang datang semakin ramai.Kami melakukan tugasan yang sama seperti hari pertama ekspo.
Kaunter pendaftaran yang sesak dipenuhi pengunjung ekspo untuk mendaftar.
"Bahagian fakulti"
"Bahagian Hal Ehwal Akademik"
Brass Band yang memeriahkan lagi ekspo dengan persembahan mereka.
Sepanjang dua hari ekspo berlangsung pelbagai pengalaman kami dapat, seperti cara kami berkomunikasi dengan orang awam, kami dapat meluaskan lagi pengetahuan mengenai UITM dan program-program yang ditawarkan di UITM dan yang paling penting sekali kami belajar cara berhadapan dengan pelbagai kerenah masyarakat. Kesimpulannya ekspo selangakh ke UITM amat menyeronokkan dan amat bermanfaat.
Wednesday, April 06, 2011
PERKHEMAHAN KOMPENI BRASS BAND DAN BADAN PERTOLONGAN CEMAS
Perkhemahan Kompeni Brass Band dan BPC yang telah diadakan di Cerating, Pahang pada 18, 19 dan 20 Mac 2011.
18 Mac 2011, Jumaat.
Bertolak dari UiTM kira-kira pada pukul 3.40 petang dengan 2 buah bas seramai 30 peserta dari Brass Band (BB) dan 30 peserta Badan Pertolongan Cemas (BPC) dengan iringan Encik Hamzah dan Encik Fairus serta komander jemputan dan komander kompeni juga senior BB.
Setelah sampai ke destinasi yang dituju, para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diberi khemah serta barang amanah iaitu kacang hijau dan telur. Aktiviti pada malam tersebut ialah "ice breaking".
Lalu program diteruskan dengan makan malam. Sepanjang perkhemahan ini, makanan disediakan oleh para pengiring.
Antara makanan yang disediakan.
Seterusnya aktiviti pra "night walk". Dimana peseta hendaklah menutup mata dan hanya mendengar arahan yang betol iaitu kata laluan kumpulan masing-masing bertemakan haiwan.
Para peserta dipisahkan dari ahli kumpulan.
19 mac 2011, Sabtu.
Hari tersebut dimulakan dengan senaman pagi dan para peserta dibawa ke sekitar pantai cerating. Selain itu beberapa permainan dibuat seperti caklicak dan melakonkan watak.
Latihan dalam kumpulan. Bahagian pertama, pulau idaman kami dimana peserta diminta membina pulau idaman menggunakan pasir pantai dan menghiaskan pulau tersebut dengan elemen-elemen lain. Bahagian kedua, kasut cantik saya dimana hanya seorang dari setiap kumpulan dibenarkan membuka mata dan mencari kasut-kasut ahli kumpulan yang lain di dalam masa yang sama ahli kumpulan lain diminta menutup mata mereka. Bahagian ketiga, harta saya dimana setiap peserta dikehendaki memegang setiap bucu kain dan ditengah-tengah kain tersebut diletakkan secawan air. Peserta hendaklah menjaga harta tersebut iaitu air yang dibawa. Latihan dalam kumpulan sesi satu tamat.
Sesi kedua latihan dalam kumpulan. Bahagian keempat, kawan saya dimana peserta dikehendaki melukis gamba diri sendiri dan gamba tersebut akan dirombak lalu para peserta dikehendaki mencari tuan pada gamba tersebut. Bahagian kelima ialah pertandingan memasak.
Sukan rakyat dan malam tersebut diadakan malam kebudayaan serta "night walk". Setiap kumpulan mendapat hadiah masing-masing mgikut turutan pada malam tersebut.
20 Mac 2011, Ahad.
Peserta dibenarkan bermandi-manda di pantai seterusnya berkemas dan majlis penutup. Hadiah diberi kepada siswa dan siswi serta kumpulan terbaik dan berangkat pulang ke UiTM.
Perkhemahan ini berjaya seperti yang dirancangkan iaitu merapatkan hubungan antara peserta dan komander disamping mengenali peserta dari kompeni lain. Terima kasih kepada yang terlibat menjayakan perkhemahan ini terutama para peserta yang telah memberi komitmen yang baik.
-fight for honour-
Subscribe to:
Posts (Atom)