Perkhemahan Kompeni Brass Band dan BPC yang telah diadakan di Cerating, Pahang pada 18, 19 dan 20 Mac 2011.
18 Mac 2011, Jumaat.
Bertolak dari UiTM kira-kira pada pukul 3.40 petang dengan 2 buah bas seramai 30 peserta dari Brass Band (BB) dan 30 peserta Badan Pertolongan Cemas (BPC) dengan iringan Encik Hamzah dan Encik Fairus serta komander jemputan dan komander kompeni juga senior BB.
Setelah sampai ke destinasi yang dituju, para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diberi khemah serta barang amanah iaitu kacang hijau dan telur. Aktiviti pada malam tersebut ialah "ice breaking".
Lalu program diteruskan dengan makan malam. Sepanjang perkhemahan ini, makanan disediakan oleh para pengiring.
Antara makanan yang disediakan.
Seterusnya aktiviti pra "night walk". Dimana peseta hendaklah menutup mata dan hanya mendengar arahan yang betol iaitu kata laluan kumpulan masing-masing bertemakan haiwan.
Para peserta dipisahkan dari ahli kumpulan.
19 mac 2011, Sabtu.
Hari tersebut dimulakan dengan senaman pagi dan para peserta dibawa ke sekitar pantai cerating. Selain itu beberapa permainan dibuat seperti caklicak dan melakonkan watak.
Latihan dalam kumpulan. Bahagian pertama, pulau idaman kami dimana peserta diminta membina pulau idaman menggunakan pasir pantai dan menghiaskan pulau tersebut dengan elemen-elemen lain. Bahagian kedua, kasut cantik saya dimana hanya seorang dari setiap kumpulan dibenarkan membuka mata dan mencari kasut-kasut ahli kumpulan yang lain di dalam masa yang sama ahli kumpulan lain diminta menutup mata mereka. Bahagian ketiga, harta saya dimana setiap peserta dikehendaki memegang setiap bucu kain dan ditengah-tengah kain tersebut diletakkan secawan air. Peserta hendaklah menjaga harta tersebut iaitu air yang dibawa. Latihan dalam kumpulan sesi satu tamat.
Sesi kedua latihan dalam kumpulan. Bahagian keempat, kawan saya dimana peserta dikehendaki melukis gamba diri sendiri dan gamba tersebut akan dirombak lalu para peserta dikehendaki mencari tuan pada gamba tersebut. Bahagian kelima ialah pertandingan memasak.
Sukan rakyat dan malam tersebut diadakan malam kebudayaan serta "night walk". Setiap kumpulan mendapat hadiah masing-masing mgikut turutan pada malam tersebut.
20 Mac 2011, Ahad.
Peserta dibenarkan bermandi-manda di pantai seterusnya berkemas dan majlis penutup. Hadiah diberi kepada siswa dan siswi serta kumpulan terbaik dan berangkat pulang ke UiTM.
Perkhemahan ini berjaya seperti yang dirancangkan iaitu merapatkan hubungan antara peserta dan komander disamping mengenali peserta dari kompeni lain. Terima kasih kepada yang terlibat menjayakan perkhemahan ini terutama para peserta yang telah memberi komitmen yang baik.
-fight for honour-
No comments:
Post a Comment