MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, July 01, 2024

ULANG TAHUN HARI KESATRIA KALI KE – 48 TAHUN

 Pada tanggal 8 jun 2024 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI telah mengadakan Sambutan Hari Ulang Tahun Kesatria Kali Ke – 48 yang bertempat di Padang Kawad UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyambut dan meraikan penubuhan Unit Kesatria Kali ke - 48.

 

Majlis dimulakan dengan perbarisan Pasukan Kawalan Kehormat Utama yang di ketuai oleh Lt. Nor Bazran Bin Baharum (KEST), Pembantu Tadbir Kokurikulum UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Perbarisan tersebut dibahagikan kepada dua platun. Platun pertama diketuai oleh Lt. M Muhammad Yunus Bin Zulhasny (KEST), manakala Platun kedua diketuai oleh Lt. M Muhammad Ariff Bin Harudin (KEST). Disamping itu, pemeriksaan barisan juga turut dilakukan sewaktu majlis berlangsung.

 


 


 


 


 

PASUKAN KAWALAN KEHORMATAN UTAMA

 

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Majlis diteruskan dengan sesi bacaan doa yang disampaikan oleh Komander Rendah Muda Muhammad Iqbal Irfan Bin Mohd Faisal bagi melancarkan perjalanan majlis Hari Ulang Tahun Kesatria Ke - 48.

 

 

Majlis diserikan lagi dengan ucapan daripada Kol. Dr. Basaruddin Shah Bin Basri (KEST) sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk memeriahkan lagi majlis Hari Ulang Tahun Kesatria Ke – 48.

 


 

UCAPAN DARIPADA TIMBALAN REKTOR

 

Sehubungan itu, majlis diserlahkan lagi dengan persembahan Sajak yang dipersembahkan oleh Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Persembahan sajak yang bertajuk Sejarah Penubuhan Kesatria untuk menunjukkan kita bagaimana unit Kesatria terbentuk.

 


 


 


 


 

PERSEMBAHAN SAJAK

 

 

Disamping itu, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Percussion dan Color Guard yang dipersembahkan oleh Kompeni Brass Band yang cukup memikat hati. Kompeni Brass Band juga telah membuat persembahan yang penuh bertenaga dengan bermain alat muzik yang membuatkan Hari Ulang Tahun Kesatria Ke – 48 lebih menarik.

 

 


 


 

PERSEMBAHAN KOMPENI BRASS BAND

 

 

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Gerak Gempur Kesatria yang diwakili seramai 30 anggota Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Persembahan hakka yang ditonjolkan sangat bersemangat dan menarik perhatian penonton.

 


 


 



 


 


 

PERSEMBAHAN PASUKAN GERAK GEMPUR KESATRIA

 

 

Majlis dimeriahkan lagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap acara diadakan. Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh  Kol. Dr. Basaruddin Shah Bin Basri (KEST) dan diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST). Bagi juara keseluruhan Mini Perkom  Ko 2024 ini disandang oleh Kompeni Delta Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Alpha Kesatria Negara sebagai naib johan. Bagi tempat ketiga pula telah disandang oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.

 


 

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG MINI PERKOM KO 2024

 

Akhir sekali, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku serta sesi fotografi. Di kesempatan ini juga Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Ulang Tahun Kesatria yang ke-48 yang dibuat Julung kalinya dalam Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) pada tahun ini.

 

 


 

 


 

MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA (MPKK) BATALION VI CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT

Tuesday, June 25, 2024

Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (Mini Perkom Ko) 2024

Pada tanggal 7 Jun 2024, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah menjayakan Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (Mini Perkom Ko) 2024. Pertandingan ini telah berlangsung selama satu hari dan telah melibatkan 6 buah Kompeni iaitu Kompeni Alpha Kesatria Negara, Kompeni Bravo Kesatria Negara, Kompeni Charlie Kesatria Negara, Kompeni Delta Kesatria Negara, Kompeni Echo Kesatria Negara dan Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.

 




















POSTER PERTANDINGAN KOMPENI KOKURIKULUM BERUNIFORM MINI

                                                            (MINI PERKOM KO) 2024



Sebanyak 4 acara yang dipertandingkan Mini Perkom Ko 2024 iaitu acara Kawad Kaki, acara E-Sport : Mobile Legends Bang Bang, acara Tarik Tali dan acara Classic Orienteering. Mini Perkom Ko 2024 ini telah dimulakan dengan ucapan daripada Lt. Kol. Prof. Madya Ahmad Nawawi Bin Hj. Yaakob (KEST).

 

 

 Mini Perkom Ko 2024 ini dimulakan dengan acara Kawad Kaki yang dimulakan oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara dan disusuli oleh Kompeni Echo Kesatria Negara. Untuk pengetahuan semua, acara Kawad Kaki ini telah dijuarai oleh Kompeni Delta Kesatria Negara, manakala naib johan jatuh kepada Kompeni Alpha Kesatria Negara dan tempat ketiga disandang oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.

 

 


ACARA KAWAD KAKI


Berjalan serentak dengan acara Kawad Kaki, acara E-Sport : Mobile Legends Bang Bang turut hangat dipertandingkan. Acara ini melibatkan 6 peserta dalam satu kumpulan dengan diwakili oleh lima orang pelajar kokurikulum dan seorang Komander pengiring bagi setiap kompeni. Johan bagi acara ini ialah Kompeni Alpha Kesatria Negara, naib johan pula disandang oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Delta Kesatria Negara. 

 


ACARA E-SPORT : MOBILE LEGENDS BANG BANG




  

    Pada sebelah petang pula, dua acara telah berlangsung secara serentak iaitu acara Tarik Tali dan acara Classic Orienteering. Acara Tarik Tali menjadi pembuka acara pada sesi petang dan acara ini telah dijuarai oleh Kompeni Bravo Kesatria Negara. Naib johan pula disandang oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Delta Kesatria Negara.


                                                                                                                                                                              ACARA TARIK TALI

 

Acara ini melibatkan 2 orang siswa dan 2 orang siswi yang akan dilepaskan secara berasingan bagi setiap Kompeni. Acara Classic Orienteering ini telah dijuarai oleh Kompeni Charlie Kesatria Negara, naib johan pula disandang oleh Kompeni Delta Kesatria Negara dan tempat ketiga jatuh kepada Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.

 

                                                                                                                                                                            ACARA CLASSIC ORIENTEERING



Pada keesokan harinya bersamaan dengan 8 Jun 2024 sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap acara diadakan. Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh  Kol. Dr. Basaruddin Shah Bin Basri (KEST) dan diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST). Bagi juara keseluruhan Mini Perkom  Ko 2024 ini disandang oleh Kompeni Delta Kesatria Negara diikuti oleh Kompeni Alpha Kesatria Negara sebagai naib johan. Bagi tempat ketiga pula telah disandang oleh Kompeni Foxtrot Kesatria Negara. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar kokurikulum Semester 1 kerana telah bersama-sama melibatkan diri dalam  Mini Perkom Ko 2024 pada kali ini.

 

 

Thursday, May 16, 2024

 

Pada tanggal 27 April 2024 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Mac - Ogos 2024 yang bertempat di Lecture Theatre 1 (LT 1). Tujuan majlis ini diadakan untuk membubarkan Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat pada semester lepas serta melantik Barisan Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat pada semester yang baharu.

 


Pembaca Doa













Pengacara majlis bagi majlis ini ialah KRM Muhammad Haziq Bin Hazar dan KRM Nur Aini Nazihah Binti Wira. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Seterusnya, majlis diiringi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh KRM Muhammad Iqbal Irfan Bin Mohd Faisal. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Mantan Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor iaitu Lt. M Muhammad Syaqiq Bin Md Yazid (KEST) sekaligus membubarkan barisan pemerintahan sesi Oktober 2023 - Februari 2024.



Ucapan 
daripada Lt. M Muhammad Syaqiq Bin Md Yazid













Majlis disusuli dengan ucapan daripada Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI, KK Naqib Hilman Bin Yazid sekaligus melantik Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bagi sesi Mac - Ogos 2024. Beliau berharap pemerintahan yang baharu ini dapat melahirkan Komander yang berprestasi tinggi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang diberi serta dapat mengangkat nama Komander Johor.

 

Ucapan daripada KK Naqib Hilman Bin Yazid










Majlis diserlahkan lagi dengan ucapan serta amanat yang bermakna daripada Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI iaitu Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST). Melalui ucapannya, beliau menyentuh tentang kekuatan Komander Johor terletak kepada semangat kerjasama serta kesefahaman antara satu sama lain. Beliau juga amat berbangga dengan usaha Komander Johor yang sering memastikan setiap majlis dan program yang dijalankan berjalan lancar seiring dengan perancangan. Beliau juga mengingatkan Komander Johor supaya bersiap sedia bagi menjayakan program Induksi Siri-38, Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (MINI PERKOM KO) 2024, dan Hari Ulang Tahun Kesatria UiTM Ke-48 kelak.

 

Ucapan daripada Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST)










          Seterusnya, majlis dirasmikan oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria UiTM Cawangan Johor. Beliau menyentuh tentang program-program penting yang melibatkan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI seperti program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) yang bakal diadakan tidak lama lagi. Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Komander Baru yang berjaya mengharungi Latihan Intensif Bakal Komander Siri 38/2024 dan Latihan Intensif Brass Band Siri 35/2024. Tidak lupa juga, beliau juga mengucapkan sekalung tahniah kepada para Leftenan Muda Kesatria Batch Ke-36 yang ditauliahkan pada 7 Mac 2024 yang lalu. Beliau berharap agar nama Komander Johor akan terus berdiri dengan gah dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bagi sesi Mac - Ogos 2024. 


                                Ucapan daripada Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST)

Majlis diteruskan lagi dengan upacara pemakaian pangkat oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) yang diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) dan Mej. Rosnani Binti Mohd Salleh (KEST) bagi Barisan Kepimpinan Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, Cawangan Johor, Kampus Segamat. Upacara pemakaian pangkat dimulai dengan pangkat Komander Kanan bagi KK Naqib Hilman Bin Yazid. Seterusnya, upacara diteruskan dengan pemakaian pangkat Komander Madya bagi Barisan Kepimpinan Tertinggi dan pangkat Komander Muda bagi Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Mac - Ogos 2024, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.


Barisan Kepimpinan Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat Sesi Mac - Ogos 2024


Pangkat Komander Kanan dan Komander Madya dipakaikan oleh tetamu jemputan VIP


 Pemakaian Pangkat Komander Kanan dan Komander Madya


Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat Sesi Mac - Ogos 2024


Pemakaian Pangkat Komander Muda


Majlis beralih kepada Upacara Penyerahan Kuasa sesi Mac - Ogos 2024 yang telah dilaksanakan oleh Lt. M Muhammad Syaqiq Bin Md Yazid (KEST), Pegawai Memerintah bagi semester lepas untuk menjalankan sesi penyerahan kuasa kepada KK Naqib Hilman Bin Yazid. Upacara tersebut diiringi oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A.Wahab, Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) dan Lt. M Muhammad Yunus Bin Zulhasny (KEST) bagi menyempurnakan Upacara Penyerahan Kuasa Pegawai Memerintah Majis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor.

 

 

Mantan Pegawai Memerintah Sesi Oktober 2023 - Februari 2024 menandatangani dokumen Penyerahan Kuasa


Sesi penyerahan tongkat kuasa kepada KK Naqib Hilman Bin Yazid


Upacara Penyerahan Kuasa


Seterusnya, majlis diteruskan dengan menjemput Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) untuk menyampaikan cenderahati kepada Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah bersama-sama turut serta dalam menjayakan majlis ini. Kemudian, majlis menjemput para tetamu VIP untuk berpindah majlis bagi menyaksikan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh Biro Multimedia. Di samping itu, bacaan lafaz ikrar Komander Kesatria telah dilaungkan oleh KK Naqib Hilman Bin Yazid, Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI sesi Mac - Ogos 2024 diikuti oleh para Komander Kesatria. Dengan berakhirnya lafaz ikrar tersebut, maka berakhirlah Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Mac - Ogos 2024. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku oleh semua tetamu jemputan dan para Komander Kesatria.

 


Sesi fotografi bersama tetamu jemputan VIP dan Komander Kesatria