MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, August 15, 2015

Sehari Sinaran Singa (Induksi) Kesatria Negara Kompeni Alpha sesi Jun - Oktober 2015

Diadakan pada 14 Ogos 2015 bertempat di Padang Kawad Utama UiTM Johor Kampus Segamat dan dihadiri oleh para pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1 Kompeni Alpha UiTM Johor seramai 153 orang pelajar kokurikulum, 13 orang komander pengiring dan beberapa tetamu jemputan iaitu Lt. (K) Fairus bin Abdul Shukor, Mejar (K) Rosnani binti Mohd Salleh, Lt. (K) Mohd Juakhir bin Hassan, En. Nasir bin Fairin dan En. Mohd Ayub bin A.Rahim.

Para pelajar kor kompeni Alpha ketika sesi pendaftaran

Para pelajar melakukan aktiviti senaman ringan 


Sehari Sinaran Singa Kompeni Alpha (Induksi) ini diadakan bertujuan untuk memberi pendekatan dan pendedahan tentang cabaran luar yang bakal dihadapi oleh para pelajar kokurikulum serta input yang lebih mendalam dalam menyemai semangat kerjasama sesama mereka di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Di samping itu, para pelajar kokurikulum ini juga dapat mengenali antara satu sama lain dan induksi ini diharapkan dapat merapatkan hubungan pelajar kokurikulum dengan komander. 

Para pelajar melibatkan diri di dalam aktiviti 'Siapa Yang Bijak"

Para pelajar melibatkan diri di dalam aktiviti 'Siapa Yang Kreatif"


Seterusnya, Sehari Sinaran Singa ini juga diadakan bagi mendidik para pelajar kokurikulum Kesatria Negara Kompeni Alpha UiTM Johor dalam menyemai sikap toleransi dan bertanggungjawab atas setiap amanah yang diberikan. Induksi ini juga bertujuan meningkatkan tahap keyakinan pelajar kokurikulum dalam menyertai sebarang aktiviti supaya mereka lebih berani dalam menghadapi sebarang situasi. Dengan ini, program Sehari Sinaran Singa (Induksi) Kompeni Alpha sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar Kokurikulum Kesatria Negara Kompeni Alpha UiTM Johor menuju ke perubahan yang lebih baik.


Berikut adalah aturcara induksi yang dianjurkan.

Aturcara
7.45 pagi : Pendaftaran pelajar 
8.00 pagi : Ketibaan VIP
8.15 pagi : Senaman pagi
8.45 pagi : Pembahaagian kumpulan
9.00 pagi : Aktiviti berkumpulan
9.30 pagi : Aktiviti “Siapa Yang Bijak”
10.45 pagi : Aktiviti “Siapa Yang Kreatif”
11.30 pagi : Penyampaian hadiah
12.15 tengahari:Bersurai

Wakil pelajar ketika acara penyampaian hadiah oleh Penasihat Kompeni Alpha

Wakil Top 10 yang menerima cenderahati daripada Penasihat Kompeni Alpha
Kesemua pelajar kor dan pihak yang menjayakan induksi ini
 terlibat dalam sesi bergambar beramai-ramai sebelum bersurai


Sehari Sinaran Singa Kompeni Alpha (Induksi) ini dilaksanakan sebagai pendekatan yang baru kepada pelajar kokurikulum yang menyertai aktiviti induksi kali ini. Para pelajar bukan sahaja memberikan komitmen yang baik tetapi juga mereka berasa gembira sepanjang induksi ini dijalankan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat sepanjang Sehari Sinaran Singa ini dilangsungkan. Terima kasih juga kepada para peserta yang hadir ke majlis ini. Tidak lupa juga kepada Komander Kesatria Kompeni Alpha, penasihat Kompeni Alpha dan penyelaras Kompeni Alpha dalam menjayakan majlis ini.

Sunday, August 09, 2015

Ekspedisi Berkayak Dan Latihan Amal Tali Tinggi Kesatria Kembara Semester Dua UiTM Johor Sesi Jun – Oktober 2015

Pada 6 Ogos 2015 hingga 8 Ogos 2015 yang lalu, Kesatria Kembara UiTM Johor telah mengadakan perkhemahan di Taman Botanikal Ayer Keroh dan Pusat Latihan Air Ayer Keroh, Melaka selama tiga hari dua malam. Perkhemahan ini telah disertai oleh 50 orang pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara Semester Dua. Program ini diiringi oleh seorang Pegawai Pengiring iaitu Kapt. (K) Norsyidah binti Mahmat Sani dan tiga orang Jurulatih Sambilan Kesatria Kembara iaitu Encik Ishak Bin Abu Hassan, Encik Amyrull Bin Ishak dan Encik Ruzaimy Bin Mohd Shariff. Selain itu, turut diiringi oleh 26 orang Komander Kesatria Kembara. Lawatan ini bertujuan untuk :

1. Menjadikan Pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara lebih berdisiplin dan memupuk nilai jati diri di dalam diri masing-masing.
2. Ianya terkandung di dalam silibus kursus kokurikulum Kesatria Kembara bermula dari Semester Satu sehingga Semester Tiga dan markah penilaian kursus sebanyak 20% akan diberikan kepada pelajar yang menamatkan kursus dengan jayanya.
3. Mereka diberi peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat.
4. Menjadikan Pelajar-Pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara lebih berfikiran matang dan lebih berkeyakinan dalam melakukan sesuatu kerja serta mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.

Para pelajar sedang memasang khemah sebaik tiba di tapak perkhemahan

Ice Breaking - LDK 1


Aturcara:

6 Ogos 2015 (Khamis)

2:30 petang - Peserta berkumpul di Padang Kawad
3:30 petang - Bergerak dari UiTM Johor
5:15 petang - Tiba di tapak perkhemahan 
5:45 petang - Solat Asar
6:15 petang - Mempelajari asas perkhemahan
7:00 petang - Pentadbiran diri
7:30 petang - Solat Magrib , tazkirah ringkas dan Solat Isyak
8:45 malam - Makan Malam
9:15 malam - Ice breaking (LDK 1)
11:30 malam - Taklimat : Pengenalan dan Teori Kayak
1:00 pagi         - Kawalan malam

Aktiviti Abceiling



Aktiviti Flying Fox

Para pelajar diberikan taklimat untuk mengelakkan kemalangan 

Aktiviti berkayak


7 Ogos 2015 (Jumaat)

6:00 pagi   - Solat Subuh
6:30 pagi   - Senaman pagi
7:30 pagi   - Sarapan pagi
8:00 pagi   - Teori & praktikal kayak
10:30 pagi - Praktikal kayak
12:30 t/hari - Makan tengahari
1:30 petang - Solat Jumat/Zohor
2:00 petang - Ujian kayak
5:30 petang - Solat Asar
6:00 petang - Minum petang
7:00 petang - Pentadbiran diri
7:30 petang - Solat Magrib dan Solat Isyak
11:00 malam - Ikhtiar hidup
1:30 pagi         - Kawalan malam

8 Ogos 2015 (Sabtu)

6:00 pagi   - Solat Subuh
6:30 pagi   - Senaman pagi
7:30 pagi   - Sarapan pagi
8:00 pagi   - Teori & praktikal tali
10:00 pagi - Ujian tali
12:30 t/hari - Makan tengahari
2:00 petang - Pentadbiran diri
4:00 petang - Pembersihan kawasan & majlis penutupan
5:00 petang - Pulang ke UiTM Johor

Justeru, ribuan terima kasih diucapkan kepada fasilitator yang terlibat iaitu Jurulatih Pusat Latihan Air REDTMA Ayer Keroh, Melaka dan juga Jurulatih Sambilan Kokurikulum Kesatria Kembara. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan berlangsung seperti aktiviti berkayak, abseiling, flying fox, kembara malam, ikatan dan simpulan dan juga pengenalan kepada peralatan. Aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara para peserta.

Perkhemahan Kesatria Kembara Semester Dua merupakan satu program yang banyak memberi pengalaman, input dan pengajaran kepada pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara Semester Dua. Secara keseluruhannya, perkhemahan ini telah banyak mendidik pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara untuk berfikiran positif, berdisiplin, berani menghadapi cabaran, tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan di samping menguatkan mental dan fizikal mereka. Sepanjang menjalani perkhemahan ini, para pelajar berpeluang untuk menilai tahap pengetahuan masing-masing di dalam rekreasi ini, ini kerana kebanyakan pelajar-pelajar jarang mendapat pengetahuan yang meluas tentang aktiviti-aktiviti rekreasi. Mereka hanya tahu bagaimana aktiviti itu dijalankan seperti abseiling, flying fox dan berkayak tetapi mereka tidak tahu alat apa yang akan digunakan dan apakah kegunaanya.

Hari Eksplorasi (Induksi) Kompeni Bomba Dan Penyelamat sesi Jun - Oktober 2015

Hari Eksplorasi Kompeni Bomba dan Penyelamat (Induksi) ini diadakan pada 8 Ogos 2015 bertempat di Blok Karyawan, UiTM Johor . Dihadiri oleh para pelajar kokurikulum semester satu hingga semester tiga iaitu seramai 232 orang, 18 orang komander pengiring dan beberapa tetamu jemputan. 
Aktiviti senaman pagi
Sarapan pagi

Hari Eksplorasi Kompeni Bomba dan Penyelamat (Induksi) ini diadakan  untuk menguji minda para pelajar dalam aktiviti “treasure hunt” yang diadakan untuk pelajar kokurikulum semester 1. Selain itu, program ini  bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama berkumpulan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara para pelajar, komander-komander Kompeni Bomba serta jurulatih-jurulatih Kompeni Bomba dan Penyelamat. Program ini serba sedikit dapat membantu para pelajar kokurikulum semester 1 dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani. Di samping itu, para peserta dapat mempelajari asas tentang ilmu kebombaan dan menguji kecergasan fizikal dan daya tahan pelajar kokurikulum Kompeni Bomba dan Penyelamat.


Berikut adalah aturcara induksi yang diadakan ;

 Aturcara
7. 30 pagi : Pendaftaran pelajar kokurikulum.
8. 00 pagi : Aktiviti senaman pagi.
8. 30 pagi : Sarapan pagi.
8. 45 pagi : Pembahagian kumpulan.
9. 15 pagi : Membuat logo dan nama kumpulan sendiri.
9. 50 pagi : Memberi taklimat program.
10.00 pagi : Aktiviti sukan yang dirancang.
12.00 tengahari: Penyampaian cenderahati kepada jurulatih dan para pemenang.
12.15 tengahari: Makan tengah hari.
12.45 tengahari: Bersurai.


Puzzle game berkaitan gambar jurulatih dan komander
Aktiviti menggulung hos
Ucapan daripada jurulatih semasa majlis penutup

Penyampaian hadiah kepada para pemenang


Hari Eksplorasi Kompeni Bomba dan Penyelamat (Induksi) ini dilaksanakan sebagai pendekatan yang baru kepada pelajar kokurikulum yang menyertai aktiviti Hari Eksplorasi kali ini. Selain itu, majlis ini diadakan untuk menarik perhatian para pelajar untuk menyertai komander Kesatria. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat sepanjang Hari Eksplorasi ini dilangsungkan. Terima kasih juga kepada para peserta yang hadir ke majlis ini. Tidak lupa juga kepada, jurulatih - jurulatih Kompeni Bomba dan Penyelamat yang saling bekerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Wednesday, July 08, 2015

Majlis Berbuka Puasa Setulus Kasih Seindah Ramadhan bersama Rektor UiTM Cawangan Johor

Majlis ini telah diadakan di NR Café, UiTM Johor pada 7 Julai 2015 bersamaan pada hari Selasa. Majlis berbuka puasa tahunan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara Pegawai Kokurikulum, Kakitangan Unit Kokorikulum dengan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor. Selain itu, meningkatkan penghayatan Ramadhan dalam kalangan Pegawai dan Kakitangan Kokurikulum serta Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria. Majlis ini juga menjadikan sambutan berbuka puasa sebagai wahana untuk mengisi aktiviti kerohanian sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Para VIP menunggu ketibaan Rektor UiTM Cawangan Johor

Para pegawai kehormat yang sudi hadir

Para komander berpakaian baju melayu bagi siswa dan baju kurung bagi siswi. Majlis berbuka puasa ini disertai jemputan seramai 210 orang. 170 orang para komander dan 40 orang para Pegawai dan Kakitangan Unit Kokurikulum. Selain itu, matlamat program berbuka puasa ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara Pegawai dan Kakitangan Kokurikulm bersama barisan tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor bersama Rektor UiTM Johor yang baru iaitu Brig. Jen. (K) Prof. Madya Dr. Azizan Bin Abdullah. 

Para komander menunggu VIP untuk masuk ke dewan makan

Barisan Top 10 sedang menjamu selera

Sedikit tazkirah daripada Lt. Kol. (K) Syazali Effendi bin A. Wahab

Rektor UiTM Cawangan Johor bersama para VIP yang lain sedang menikmati juadah

Kami semua berkumpul di NR Café pada jam 5:30 petang. Ketibaan para komander pada jam 6:00 petang. Pada jam 6:30 petang perarakan masuk para Pegawai dan Kakitangan Unit Kokurikulum. Pada jam 6:45 petang pegawai kehormat memberikan ucapan beliau. Pada jam 7:00 petang ucapan Pegawai Pemerintah. Pada sebelah malamnya, jam 7:20 malam, kami telah berbuka puasa dengan jamuan yang telah disediakan. Para hadirin menikmati juadah dengan tenang. Pada jam 8:00 malam sumbangan dari JPKK dan penyerahan cenderahati dan kami bersurai selepasnya.

Akhir sekali dapat dirumuskan bahawa Majlis Berbuka Puasa Setulus Ikhlas Seindah Ramadhan dapat memberikan pelbagai kelebihan kepada semua pihak. Kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Hubungan antara komander, staf-staf unit kokurikulum dan Rektor UiTM Cawangan Johor yang baru juga dapat dieratkan.

Tuesday, July 07, 2015

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Kembara sesi Jun - Oktober 2015

Pengerusi majlis bagi Perjumpaan Dwi-Tahunan pada kali ini ialah KRM Nur Aleea Aeunie Binti Mat Razak terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada para pegawai kesatria UiTM Johor, barisan jurulatih, barisan Top 10, barisan Majlis Tertinggi, komander-komander kesatria kembara, mantan- mantan Kompeni Kesatria Kembara dan serta pelajar kokurikulum Kompeni Kompeni Kesatria Kembara Semester 1, 2, dan 3 kerana sudi menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Kembara Sesi Jun – Oktober 2015. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Muhammad Tashdiq bin Basri bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini.

Sesi pendaftaran pelajar kor Kesatria Kembara

Ketua Kompeni kesatria Kembara memberikan ucapan

UCAPAN PELANTIKAN KETUA KOMPENI

Ketua Kompeni Kesatria Kembara KM Nilam Mizati binti Mohd Ismail telah membuat pelantikan ahli jawatankuasa baru dan melantik ahli jawatankuasa yang baru.bagi Kompeni Kesatria Kembara sesi Jun - Oktober 2015.


UCAPAN DARIPADA WAKIL JPKK

KMdy Baharun bin Abu Samah pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua Ahli Kompeni Kesatria Kembara kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan kali ini. Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung baru-baru ini

Penolong Pegawai Kokurikulum memberikan sepatah dua kata


UCAPAN PENOLONG PEGAWAI KOKURIKULUM

Penolong Pegawai Kokurikulum iaitu Kapten (K) Norsyidah binti Mahmat Sani, menerangkan mengenai sahsiah rupa diri pelajar dan Komander Kesatria Kembara, adab berkomunikasi dan pergaulan antara komander dengan pelajar kokurikulum dan jurulatih serta menggalakkan pelajar kokurikulum mengaktifkan diri dengan menyertai aktiviti yang dijalankan  oleh Kompeni Kesatria Kembara pada semester ini.

PENCAPAIAN PERSATUAN

Pada semester yang lepas iaitu sesi Jun-Oktober 2014 telah diadakan Minggu Kokurikulum (PERKAD). Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan, antaranya ialah pertandingan kawad kaki, CPR, rempuh halangan, kawad hos, simulasi bencana dan larian marathon. Kompeni Kesatria Kembara telah meraih tempat ke-2 bagi keseluruhan kompeni yang terdiri daripada 8 kompeni dan Suksis. Antara kemenangan Kompeni Kesatria Kembara adalah pertandingan kawad kaki tempat ke-6, CPR tempat ke-5, simulasi bencana tempat ke-6, dan kawad hos tempat ke-4, dan rempuh halangan tempat ke-1.


PERANCANGAN AKTIVITI SEMESTER INI

Perjumpaan  Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Kembara .
Perkhemahan Pusat Besar dan Pusat Latihan Air, Ayer Keroh, Melaka.
Pertandingan Orienteering Kembara.
PERKAD.

Para pelajar kor Kesatria Kembara


Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang disediakan. Pengerusi majlis iaitu KRM Nur Aleea Aeunie Binti Mat Razak mengharapkan kerjasama dari setiap Ahli Kompeni Kesatria Kembara supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.