MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, January 02, 2016

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI KESATRIA NEGARA CHARLIE SESI DISEMBER 2015 - APRIL 2016


Pada perjumpaan kali ini KRM Mohamad Farouqi Izzad bin Abd Rahman telah bertugas sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada para pegawai kehormat, barisan Top10, majlis tertinggi JPKK, jurulatih, barisan komander kompeni Charlie, barisan mantan dan pelajar semester 1 kerana sudi menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Charlie sesi Dis 2015 - Apr 2016. 

Para Majlis Tertinggi JPKK yang hadir

Barisan Jurulatih Kompeni Charlie

Dari kiri: Wakil top 10, Penasihat Kompeni Charlie dan Ketua Kompeni Charlie
 Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa dari seorang pelajar kor siswa bagi memberkati majlis yang berbahagia ini.
Bacaan Doa

UCAPAN DARIPADA PENASIHAT KOMPENI

Kapt. (K) Siti Zarikh Sofia binti Abu Bakar mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 ke Kompeni Charlie. Diharapkan para pelajar dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak.

UCAPAN WAKIL TOP10

KMdy Nurul Husna binti Pisol sebagai Pegawai Latih 2 pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua Ahli Kompeni Charlie yang hadir kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada perjumpaan kali ini. Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung dan yang telah berlangsung.

KMdy Nurul Husna binti Pisol memberi ucapan


UCAPAN DARIPADA KETUA KOMPENI

Ketua kompeni Charlie, iaitu KM Nur Balqis binti Samsuri telah membubarkan ahli jawatankuasa yang lama sesi Jun 2015 - Okt 2015 seterusnya, membuat perlantikan ahli jawatankuasa yang baru bagi Kompeni Charlie bagi sesi Dis 2015 - Apr 2016.


Ketua Kompeni Charlie memberi ucapan 


Pengerusi majlis iaitu KRM Mohamad Farouqi Izzad bin Abd Rahman mengharapkan kerjasama dari setiap Ahli Kompeni Charlie supaya dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Perjumpaan ini telah diakhiri dengan tayangan multimedia dan nyanyian lagu UiTM di hatiku.


Sekian, terima kasih.

MAJLIS PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI JABATAN PERTAHANAN AWAM SESI DISEMBER 2015 – APRIL 2016


Majlis ini telah diadakan pada 17 Disember 2015 bersamaan hari Khamis di Dewan Kuliah 2. Majlis berlangsung pada pukul 8.00 malam.Seramai 11 Komander Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,seorang tetamu VIP,9  tetamu jemputan, 136 pelajar Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah hadir bagi menjayakan majlis. 

Pendaftaran Pelajar

Majlis dimulakan dengan pendaftaran pelajar Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan diteruskan lagi dengan ketibaan VIP,mantan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis iaitu KRM Khairunnisa' Binti Norizam. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras kompeni JPAM, Ketua Kompeni JPAM, wakil barisan Top 10, mantan-mantan komander, komander-komander JPAM serta pelajar kokurikulum Kompeni JPAM semester 1, 2 dan 3 kerana sudi menghadiri Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni JPAM sesi Disember 2015– April 2016.

Ketibaan VIP 

Para mantan komander JPAM yang hadir

Mantan Komander dan Wakil top 10
Saudari Pengerusi Majlis
Bagi menambah keberkatan majlis tersebut, saudara KRM Saifuddin Bin Abd Wahab telah mengetuai bacaan Asmaul Husna dan bacaan doa. 

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Left. (K) Mohd Juakhir bin Mohd Hassan  selaku penyelaras kokurikulum JPAM telah berucap kepada pelajar  semester 1, 2 dan 3 agar mereka dapat mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih serta memberikan kerjasama kepada komander. Beliau turut mengatakan bahawasanya pencapaian akademik yang gemilang serta penglibatan kokurikulum yang aktif perlulah disertakan dengan sahsiah yang mulia agar harapan melahirkan pelajar yang berintegriti tercapai dan terlaksana. Tambah beliau lagi, tanggungjawab sebagai seorang insan perlulah diselaraskan dengan amanah sebagai seorang hamba kepada pencipta dengan menunaikan hak-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.  

Ketua Kompeni JPAM bersama Left. (K) Mohd Juakhir bin Hassan dan Wakil Top 10

Ucapan Left. (K) Mohd Juakhir bin Hassan
Di samping itu, Beliau juga menceritakan tentang kehebatan keluarga Jengking dan penglibatan para pelajar  menyertai Komander Kesatria amatlah dialu-alukan dan digalakkan. Sebelum menghabiskan ucapan, beliau sempat memberikan amanat dengan berpesan supaya para pelajar terus berjuang dan bekerja keras dalam menuntut ilmu kerana sesungguhnya “ilmu itu pelita hidup”, maka tanpa ilmu kita ibarat tin kosong yang tidak dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa, dan negara. 

Seterusnya, ucapan daripada Ketua Kompeni JPAM KM Masita binti Hasim menyampaikan kata alu-aluan kepada hadirin yang telah menghadiri Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam. Beliau telah menerangkan serba sedikit tentang kompeni JPAM dan pencapaian kompeni dalam pertandingan Perkad semester lepas kepada pelajar kokurikulum sebagai makluman bagi pelajar yang baru memasuki kompeni JPAM. Beliau juga memberitahu kepada pelajar kokurikulum tentang aktiviti yang akan dijalankan pada sesi Dis 2015- April 2016. 

Ucapan Ketua Kompeni JPAM, KM Masita binti Hasim
 Seterusnya, beliau merasmikan pembubaran ahli jawatankuasa Kompeni JPAM sesi Jun-Oktober 2015 dan seterusnya melantik ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni JPAM sesi Disember 2015-April 2016. Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang baru yang telah dipersetujui. 

Carta Organisasi Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Sesi Disember 2015-April 2016
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil barisan Top 10, KMdy Haifaa Syafiqah Binti Azmi, Pegawai Operasi Biro semester ini mengucapkan selamat datang kepada pelajar semester satu yang baru sahaja menjejakkan kaki ke menara gading. Beliau turut menyuntik semangat semua pelajar semester satu hingga tiga yang hadir supaya membulatkan tekad serta azam mengharungi semester ini.

Ucapan Wakil Top 10, KMdy Haifaa Syafiqah Binti Azmi

Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung baru-baru ini seperti kejayaan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor, kampus Segamat dalam meraih pingat perak di dalam acara tahunan komander kesatria iaitu Jambori Tahunan Komander UiTM di Dungun, Terengganu pada bulan November yang lalu. 

KMdy Haifaa Syafiqah binti Azmi juga telah berkongsi pencapaian kompeni Jabatan Pertahanan Awam UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dalam Pertandingan Perkad pada semester lepas. Seterusnya, beliau turut memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion ke-VI sesi Disember 2015 - April 2016. 

Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu VIP yang hadir pada hari tersebut.

Penyampai Cenderahati daripada Kompeni JPAM
kepada Left. (K) Mohd Juakhir bin Hassan
Sekian, terima kasih.

Thursday, December 24, 2015

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Kembara sesi Disember 2015 - April 2016

Pada 17 Disember 2015 yang lalu telah berlangsungnya Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Kembara sesi Disember 2015 - April 2016 bertempat di Dewan Kuliah 1. Pada perjumpaan kali ini, KRM Nur'Aliah Nazihah binti Maznan bertindak sebagai pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada Lt. Kol. (K) Syazali Effendi bin A.Wahab selaku Ketua Pegawai Kehormat, Left. (K) Muhammad Fairus bin Abdul Shukor selaku Penasihat dan Penyelaras Kompeni Kesatria Kembara, Lt. M (K) Ahmad Narawie bin Ibrahim selaku wakil Top 10, KM Nur Azwaa Fazila binti Yahya selaku Ketua Kompeni Kesatria Kembara, Barisan Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI, mantan-mantan komander kompeni kesatria kembara, komander-komander kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat serta para pelajar kokurikulum diatas kesudian menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Kembara bagi sesi Disember 2015- April 2016.

Para pelajar Kesatria Kembara semester 1 ,2 & 3 yang hadir
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Nabil Syazwan bin Epri bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. 

Ucapan telah disampaikan oleh Left. (K) Muhammad Fairus bin Abdul Shukor selaku Penasihat dan Penyelaras Kompeni Kesatria Kembara sesi Disember 2015- April 2016. Beliau mengucapkan tahniah diatas pencapaian Kompeni Kesatria Kembara yang dapat mengekalkan kejuaraan dalam acara rempuh halangan dengan catatan masa yang terpantas dan juga memenangi tempat kedua bagi acara simulasi CPR semasa PERKAD 2015. Kompeni Kesatria Kembara juga telah berjaya mengekalkan kejayaan sebagai Naib Johan bagi keseluruhan acara PERKAD 2015. Tambah lagi, beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas penglibatan pelajar-pelajar kokurikulum dan para komander di atas kerjasama yang telah diberikan.

Ucapan Penyelaras Kompeni Kesatria Kembara, Left. (K) Muhammad Fairus bin Abdul Shukor
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan Ketua Kompeni Kesatria Kembara, KM Nur Azwaa Fazila binti Yahya. Dalam ucapan ini, beliau telah memberitahu bahawa pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk semester ini, antaranya bagi pelajar kokurikulum semester 3 Pertandingan Orienteering Kembara akan diadakan di dalam kampus sahaja pada 19 Februari 2016. Manakala bagi pelajar semester 2 pula, aktiviti yang akan dijalankan adalah perkhemahan yang akan diadakan pada 15 dan 16 Januari 2016 di Pusat Besar dan Pusat Latihan Ayer Keroh, Melaka. Selain itu, bagi pelajar kokurikulum semester 1, aktiviti yang akan diadakan adalah induksi yang wajib disertai oleh semua pelajar semester 1. Oleh itu, tumpuan yang terus lagi berkesan serta kesungguhan dan kerjasama adalah faktor yang penting ke arah kejayaan. Seterusnya, beliau membubarkan ahli Jawatankuasa yang lama sekaligus memperkenalkan ahli Jawatankuasa Kompeni Kasatria Kembara sesi Disember 2015- April 2016.

Ucapan ketua kompeni Kesatria Kembara, KM Nur Azwaa Fazila binti Yahya

Lt. M (K) Ahmad Narawie bin Ibrahim memberikan sedikit ucapan selaku wakil Top10, mengucapkan tahniah diatas komitmen yang diberikan oleh komander-komander kesatria selama ini. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan KM Nur Azwaa Fazila binti Yahya selaku Ketua Kompeni Kesatria Kembara yang baru. Beliau berharap agar KM Nur Azwaa Fazila binti Yahya dapat memberi komitmen yang baik sekaligus menaikkan nama kompeni. Seterusnya, beliau memperkenalkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batolion VI bagi sesi Disember 2015- April 2016.

Ucapan Wakil barisan top 10, Lt. M (K) Ahmad Narawie bin Ibrahim

Seterusnya, para pelajar didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Kompeni Kesatria Kembara dengan persembahan multimedia yang disediakan.Seterusnya, para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang telah disediakan.

Sekian, terima kasih.

Saturday, December 12, 2015

Mesyuarat Agung Dwi-tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI bagi sesi Disember 2015 - April 2016

Pada 12 Disember 2015, Mesyuarat Agung Dwi-tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI tekah diadakan. KRM Muhammad Haziq bin Mohd Fuad dan KRM Nur'aliah Nazihah binti Maznan telah bertindak sebagai pengerusi majlis.

Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada para pegawai kesatria UiTM Johor, barisan jurulatih, wakil setiap kolej kediaman dan para komander batalion VI di atas kesudian menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI bagi sesi Disember 2015 - April 2016. Majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga Uitm. Seterusnya, bacaan asmaul husna dan doa diketuai oleh KRM Ammar bin Abdul Rahim bagi memberkati lagi majlis yang gilang gemilang ini.


Majlis seterusnya menjemput Lt. M (K) Muhammad Ikhmal bin Muhamad Fadzil selaku Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Jun - Oktober 2015 memberi ucapan terlebih dahulu pada permulaan majlis. Beliau membubarkan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Jun - Oktober 2015. Selepas itu, Majlis menjemput Lt. M (K) Muhammad Najib bin Ahmad Azir selaku Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Disember 2015 - April 2016 memberi ucapan dan melantik Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Disember 2015 - April 2016. Seterusnya, Mejar (K) Ujud bin Pabil selaku Pegawai Kokurikulum UiTM Johor memberikan ucapan alu-aluan sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI.

Pegawai Memerintah pada semester yang lepas membubarkan organisasi lalu

Majlis diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat bagi barisan Top 10 sesi Disember 2015 - April 2016 oleh Mejar (K) Ujud bin Pabil dan Lt. Kol. (K) Syazali Effendi bin A.Wahab :

1) KMdy Haifaa Syafiqah Binti Azmi sebagai Pegawai Operasi Biro
2) KMdy Farah Wahida Binti Rosdi sebagai Pegawai Operasi Kompeni
3) KMdy Muhammad Tashdiq Bin Basri sebagai Pegawai Latih I
4) KMdy Nurul Husna Binti Mohd Pisol sebagai Pegawai Latih II
5) KMdy Muhammad Faiz Alauddin Bin Mohd Mokhtar sebagai Ejutan I
6) KMdy Farah Nadhirah Binti Sulaiman sebagai Ejutan II
7) KMdy Asiahtul Qubra Binti Mat Zin sebagai Quarter Master I
8) KMdy Izzah Izzati Binti Shuib sebagai Quarter Master II





Seterusnya, pemakaian pangkat bagi Majlis Tertinggi dan Ketua-ketua Biro :
1) KRK Fatin Nur Aqilah Binti Abdullah Shukri sebagai Setiausaha Agong II
2) KRK Nur’ainaa Insyirah Binti Sulaiman sebagai Bendahari Agong II
3) KM Nursyafiqah Binti Ahmad sebagai Ketua Biro Perancangan dan Pelaksanaan
4) KM Nur Alfina Ainin Binti Hussien sebagai Ketua Biro Korporat
5) Lt. M (K) Emelyne Fateeha Binti Nawawi sebagai Ketua Biro Media dan Publisiti
6) KM Jannatul Farhana Binti Rahman sebagai Ketua Biro Pengurusan Fasiliti
7) KM Siti Khairunnisa’ Binti Sabri@Bacuk sebagai Ketua Biro Keusahawanan dan Jaringan Industri
8) KM Muhammad Zulfadhli Fazoli Bin Zakaria sebagai Ketua Biro Sukan dan Rekreasi
9) KM Nur Faizatul Syazwani Binti Sulaiman sebagai Ketua Biro Perhubungan Luar

Majlis diteruskan lagi dengan pemakaian pangkat bagi Ketua Kompeni : 
1) KM Siti Saliza Binti Md Said sebagai Ketua Kompeni Alpha
2) KM Nor Ainon Syafiqah Binti Ahmad sebagai Ketua Kompeni Bravo
3) KM Nur Balqis Binti Samsuri sebagai Ketua Kompeni Charlie
4) KM Nur Azwaa Fazila Binti Yahya sebagai Ketua Kompeni Kesatria Kembara
5) KM Muhammad Noriman Bin Mohd Ali sebagai Ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat
5) KM Masita Binti Hasim sebagai Ketua Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
6) KM Noorafiqah Binti Rizuan sebagai Ketua Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah
7) KM Maisarah Binti Zainal sebagai Ketua Kompeni Brass Band

Seterusnya, majlis menjemput para peserta Jambori Tahunan Komander Siri 11/2015 acara kawad kaki (Naib Johan) bagi menerima hadiah di atas kemenangan yang telah dicapai baru-baru ini :

1)  Lt. M (K) Muhammad Najib Bin Ahmad Azir
2)  Lt. M (K) Emelyne Fateeha Binti Nawawi
3)  Lt. M (K) Nadiatul Farhana Binti Mokhtar
4)  Lt. M (K) Muhammad Ikhmal Bin Muhamad Fadzil
5)  Lt. M (K) Nur Farah Ain Binti Abdull Rasid
6)  Lt. M (K) Baharun Bin Abu Samah
7)  Lt. M (K) Nur Zurulain Binti Mohd Aris
8)  Lt. M (K) Nurul Iman Binti Zamri
9)  Lt. M (K) Maliha Najiha Binti Mastan
10) Lt. M (K) Siti Norfazila Binti Abd Jamal
11) Lt. M (K) Nur Syakirah Binti Azmi
12) Lt. M (K) Mohammad Idris Bin Mohd Amin
13) Lt. M (K) Muhammad Nur Hidayat Bin Selamat
14) Lt. M (K) Sharifah Anisah Binti Syed Harun
15) Lt. M (K) Nurul Fakhira Binti Juraimi
16) Lt. M (K) Nilam Mizati Binti Mohd Ismail
17) Lt. M (K) Nur Suhadah Binti Ahmad
18) Lt. M (K) Nurin Athirah Binti Abdul Manan
19) Lt. M (K) Nurul Afiqah Binti Sakir
20) Lt. M (K) Nurul Farrahin Liana Binti Abd Jalil
21) Lt. M (K) Nurul Izzati Binti Mohd Khair
22) Lt. M (K) Muhamad Amirul Ikhmal Bin Azman
23) Lt. M (K) Abdul Harith Bin Ahmad Razali
24) KMdy Farah Wahida Binti Rosdi
25) KMdy Haifaa Syafiqah Binti Azmi
26) KMdy Muhammad Tashdiq Bin Basri
27) KMdy Muhammad Faiz Alauddin Bin Mohd Mokhtar
28) KMdy Asiahtul Qubra Binti Mat Zin
29) KMdy Nurul Husna Binti Mohd Pisol
30) KMdy Farah Nadhirah Binti Sulaiman
31) KMdy Izzah Izzati Binti Shuib
32) KM Noorafiqah Binti Rizuan
33) KM Anis Shafiqah Binti Rozali

Akhir sekali, para jemputan didedahkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan video melalui tayangan multimedia yang telah disediakan oleh para komander Biro Media dan Publisiti. Seterusnya, para tetamu jemputan diiring untuk meninggalkan majlis.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, December 08, 2015

UNDANGAN KE MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA BATALION VI SESI DISEMBER 2015 - APRIL 2016

 Dengan segala hormatnya kami menjemput
Tuan / Puan / Encik / Cik

KE
MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA
BATALION VI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
SESI DISEMBER 2015 - APRIL 2016

TARIKH : 12 DISEMBER 2015 ( SABTU )
MASA   : 8.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN KULIAH 1 (DK 1)
PAKAIAN: JACKET / FORMAL / BUSH JACKET


KEHADIRAN TUAN / PUAN / ENCIK / CIK AMAT DIALU-ALUKAN

ATUR CARA MAJLIS

20.00  : Ketibaan Para Komander
20.30  : Ketibaan Tetamu Jemputan & VIP            
20.35  : Nyanyian Lagu : Bangsa Johor
                                       : Negaraku
                                       : Wawasan Setia Warga UiTM
20.45  : Bacaan doa
20.50  : Melapor
20.55  : Ucapan Pegawai Memerintah Sesi Jun 2015 - Oktober 2015
21.05  : Ucapan Pegawai Memerintah Sesi Disember 2015 - April 2016
21.15  : Ucapan Pegawai Kokurikulum
21.25  : Kenaikan Pangkat
21.35  : Penyampaian Hadiah
21.45  : Penyerahan Kuasa
21.55  : Tayangan Multimedia
22.15  : Jamuan Makan & Bersurai