MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, January 25, 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Kompeni Bomba dan Penyelamat serta Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sesi Disember 2014-April 2015

Bismillahirrahmanirahim.

Pada Mesyuarat Agong kali ini, KRM Nuramira Arthifah Binti Mohd Raus dan KRM Mohammad Amirol Bin Ramli telah bertugas sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras Kompeni Bomba dan Penyelamat, Left. (K) Mohd Juakhir Bin Hassan,pegawai kehormat Kompeni Bomba dan Penyelamat UiTM Cawangan Johor, Mejar (K) Ahmad Kamarulzaman bin Othman, timbalan pegawai memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) Batalion ke-VI, Lt. M (K) Muhammad Fakehulhafiz bin Sahiri, Ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat, KMdy Hyder Musaddiq bin Hyder Shahrizan, Ketua Kompeni JPAM, Lt. M (K) Shafikah Nuriman Binti Md Nazri, barisan jurulatih, wakil Top 10, Barisan Majlis Tertinggi JPKK, mantan-mantan komander, barisan komander serta pelajar kokurikulum Kompeni Bomba dan Penyelamat serta Kompeni JPAM semester 1, 2 dan 3 kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Kompeni Bomba dan Penyelamat dan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sesi Disember 2014-April 2015.

Bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini, Saudara KRM Mohd Noriman Bin Mohd Ali telah dilantik sebagai ketua dalam mengetuai bacaan doa.

Left. (K) Mohd Juakhir bin Hassan berucap kepada pelajar  semester 1, 2 dan 3 agar mereka memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih. Beliau juga menerangkan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar sepanjang  semester ini.

Left. (K) Mohd Juakhir bin Hassan berucap
Mejar (K) Ahmad Kamarulzaman bin Othman selaku pegawai kehormat Kompeni Bomba dan Penyelamat mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1, 2 dan 3 ke Kompeni Bomba dan Penyelamat bagi sesi Disember 2014-April 2015. Diharapkan para pelajar Kompeni Bomba dan Penyelamat dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak.

Mejar (K) Ahmad Kamarulzaman bin Othman (Pegawai Kehormat) memberikan ucapan
Lt. M (K) Muhammad Fakehulhafiz bin Sahiri, Timbalan Pegawai Memerintah pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua Ahli Kompeni Bomba dan Penyelamat dan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang hadir kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada mesyuarat agong kali ini. Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang  telah berlangsung baru-baru ini .

Lt. M (K) Muhammad Fakehulhafiz bin Sahiri, Timbalan Pegawai Memerintah
Seterusnya, Ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat, KMdy Hyder Musaddiq bin Hyder Shahrizan telah membuat perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Bomba dan Penyelamat sesi Disember 2014-April 2015 dan telah memberikan ucapan beliau.
KMdy Hyder Musaddiq bin Hyder Shahrizan, K. Kompeni Bomba & Penyelamat
Ketua Kompeni JPAM Lt. M (K)  Shafikah Nuriman Binti Md Nazri memberi ucapan alu – aluan kepada hadirin yang telah menghadiri ke mesyuarat Agong tersebut. Beliau telah menerangkan serba sedikit tentang kompeni JPAM kepada pelajar kokurikulum sebagai pengetahuan bagi pelajar yang baru memasukki kompeni JPAM. Beliau juga memberi tahu kepada pelajar kokurikulum tentang ativiti yang akan dijalankan pada sesi Disember 2014 - April 2015. Seterusnya, beliau membuat pembubaran ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni JPAM.

Lt. M (K)  Shafikah Nuriman Binti Md Nazri, selaku K.Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan.

Pengerusi majlis iaitu KRM Nuramira Arthifah Binti Mohd Raus dan KRM Mohammad Amirol Bin Ramli berharap agar segala amanat yang disampaikan dapat menjadi motivasi untuk setiap pelajar membuat satu anjakan paradigma yang positif dalam diri masing-masing untuk terus maju kehadapan. Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang disediakan.

Sekian.

PERJUMPAAN DAN PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI DAN KEWANGAN KOMPENI KESATRIA KEMBARA UiTM CAWANGAN JOHOR SESI DIS 2014 - APR 2015

Perjumpaan dan pembentangan laporan aktiviti dan kewangan kompeni Kesatria Kembara UiTM Cawangan Johor sesi Disember 2014 - April 2015 telah diadakan pada 14 Disember 2014 bertempat di Dewan Kuliah 1 pada jam 8.00 malam. Seramai 25 orang komander Kesatria Kembara, 12 orang tetamu jemputan dan 208 orang pelajar kokurikulum yang hadir pada perjumpaan tersebut.Perjumpaan dimulakan dengan bacaan doa oleh KRK Muhammad Hizamuddin bin Muzakkir.


Pada perjumpaan ini, Pegawai Latih 2 Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor,  Lt. M (K) Afiqza binti Duasa telah diberikan peluang untuk berucap dan beliau berharap para pelajar kokurikulum Kesatria Kembara dapat menyertai dan memberikan komitmen yang terbaik. Beliau juga telah memberitahu bahawa ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria telah menyertai Jambori dan Pentauliahan Komander Uitm siri 10/2014 UiTM Johor dan keputusan yang telah diperolehi oleh kontinjen Johor iaitu mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Kawad secara keseluruhannya dan Ketua Platun Terbaik. Selain itu, Kontijen Johor telah meraih kejayaan tempat pertama dalam acara Merempuh Halangan dan tempat ketiga bagi acara Kebudayaan dan beliau mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan tersebut.


Ketua Kompeni Kesatria Kembara, Lt. M (K) Nur Syahidah binti Ishak mengucapkan selamat datang kepada Pelajar Kokurikulum Semester 1 ke Kompeni Kesatria Kembara dan mengucapkan tahniah kepada Pelajar Kokurikulum Semester 2 dan Semester 3 kerana telah berjaya menamatkan pelajaran pada semester lepas. Beliau menyatakan bahawa Kompeni Kesatria Kembara merupakan salah satu kompeni yang bergiat aktif dalam aktiviti luar dan aktiviti lasak seperti abseiling, kayak, flying fox dan sebagainya. Beliau juga telah menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada semester ini seperti pertandingan perkad bagi Pelajar Kokurikulum Semester 1 iaitu Kem Smart Solat manakala Pelajar Kokurikulum Semester 2 dan Semester 3 adalah perkhemahan yang diadakan di luar kampus. Sebagai penutup ucapan, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Kompeni Kesatria Kembara sesi Disember 2014 - April 2015 dan berharap agar pemerintahan kali ini dapat memberikan impak yang positif serta bertanggungjawab di atas amanah yang diberi.


Ucapan Perasmian Perjumpaan dan Pembentangan Laporan telah dilakukan oleh Pegawai Kehormat Kesatria merangkap Penasihat Kompeni Kesatria Kembara iaitu Mejar (K) Siti zarikh Sofiah binti Abu Bakar. Beliau mengingatkan kepada semua Komander Kesatria agar hadir ke kelas kuliah seperti yang telah ditetapkan. Beliau juga mengingatkan agar sentiasa menghormati antara satu sama lain.
Semua ahli jawatankuasa Kesatria Kembara telah menerima surat Watikah Pelantikan Jawatankuasa Komander Kesatria Kembara Sesi Disember 2014 – April 2015 dan Sijil Tamat Latihan Bakal Komander Kesatria Kompeni Kesatria Kembara.






Persembahan multimedia telah ditayangkan bagi memaparkan Jawatankuasa Kompeni Kesatria Kembara Sesi Disember 2014-April 2015 untuk diperkenalkan kepada para tetamu VIP dan pelajar kokurikulum yang hadir. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas juga telah dipertontonkan kepada tetamu yang hadir. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Mesyuarat Agong Dwi Tahunan dan Perkhemahan Semester 1, 2 dan 3. Perjumpaan diakhiri dengan jamuan minum malam dan bersurai.

Thursday, January 08, 2015

Perjumpaan Dwi-tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor sesi Disember 2014 - April 2015

Pada Perjumpann Dwi-Tahunan kali ini KRK Nur Aini Farhana Binti Zamri dan KRM Muhammad Zainularif Bin Abd Jamil bertindak sebagai pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada komander dan pegawai-pegawai kesatria UiTM Johor di atas kesudian menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria bagi sesi Disember 2014-April 2015. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan asmaul husna yang diketuai oleh KRM Mohd Ashraf Huzairi Bin Hussain bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini.

Lt.M (K) Mohd Syafizi Bin Shahrani sebagai pegawai memerintah memulakan ucapan beliau dengan sedikit pantun. Beliau menyatakan bahawa anggota Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria(JPKK) pada semester ini merupakan semester yang paling ramai keanggotaan sebagai komander kesatria yang telah mencecah 200 orang. Ucapan tahniah ditujukan kepada komander siri 26 yang telah tamat Latihan Intensif Bakal Komander dengan jayanya selama 2 minggu. Terserlah kebahagiaan di wajah beliau selepas kontinjen Johor telah membolot kesemua tempat dalam acara yang dipertandingkan semasa Jambori siri 10. Akhir sekali, ucapan beliau berakhir dengan pembentangan carta organisasi batalion ke-6 sesi Disember 2014 hingga April 2015, hanya terdapat sedikit sahaja perubahan di dalam organisasi sesi ini pada jawatan ejutan 2, ketua kompeni charlie dan ketua biro tugas-tugas khas.






Mejar (K) Ujud Bin Pabil amat bangga akan komander kesatria yang telah membuktikan bahawa kejayaan yang terhasil bukan kerana mereka tuan rumah tetapi dibuktikan dengan usaha gigih masing-masing. Ucapan terima kasih ditujukan kepada pegawai unit kor dan pegawai kehormat kerana bertungkus-lumus dalam menjayakan jambori siri 10 ini. Pelbagai perubahan telah di hasilkan semasa jambori siri 10 berbanding jambori yang lepas. Selain itu, pelbagai perancangan untuk membuat perubahan seperti bekerja dengan MOU dalam penglibatan aktiviti. Sedikit penerangan diberikan oleh beliau tentang penubuhan komander kesatria. Tujuan utama adalah untuk anak Melayu sendiri dalam menjadikan mereka lebih berdisiplin dan dihormati. Di UiTM Johor ini, kewujudan komander kesatria tidak ketahui oleh pelajar walaupun telah lama ditubuhkan. Akhir sekali, beliau akan berusaha dengan bantuan komander kesatria untuk memberi kerjasama kepada JPK dan JPP untuk menjalankan aktiviti UiTM Johor.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan majlis pemakaian pangkat bagi Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria yang telah disempurnakan oleh Pegawai Kokurikulum iaitu Mejar (K) Ujud Bin Pabil, Mejar (K) Nor Ezan Bin Omar dan Mejar (K) Norfariza Binti Mohd Ali.

1. KMdy HYDER MUSADDIQ BIN HYDER SYAHRIZAN
2. KMdy KHAIRUL BARI’AH BINTI SAMSUDDIN
3. KMdy NURSHAZWANI BINTI MOHD ARIFF
4. KMdy NUR ZURULAIN BINTI MOHD ARIS
5. KM MUHAMMAD IKHMAL BIN MUHAMAD FADZIL
6. KM NURUL IMAN BINTI ZAMRI
7. KM MALIHA NAJIHA BINTI MASTAN
8. KM MUHAMMAD NUR HIDAYAT BIN SELAMAT
9. KM NUR HAFIZAH BINTI RAHMAT
10. KM MUHAMMAD ILLIYYIN BIN MAT ISHAM
11. KM JULIANA TASHA BINTI SUKARDI
12. KM NURLIYANA BTE KAMARUDDIN



Seterusnya, sesi penyampaian hadiah bagi Pasukan Jambori Tahunan & Pentauliahan Komander Kesatria Siri 10/2014 yang telah disempurnakan oleh Pegawai Kokurikulum iaitu Mejar (K) Ujud Bin Pabil, Mejar (K) Nor Ezan Bin Omar dan Mejar (K) Norfariza Binti Mohd Ali. Acara yang telah dipertandingkan adalah merempuh halangan yang mendapat tempat pertama, kawad kaki dengan tempat pertama dan kebudayaan dengan tempat ke-3.



Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang disediakan.

Berikut merupakan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Johor bagi sesi Disember 2014 - April 2015






Saturday, January 03, 2015

Sukarelawan Mangsa Banjir UiTM Cawangan Johor di Machang, Kelantan

Pada tiga hari bulan Januari 2015, UiTM telah mengadakan program sukarelawan untuk membantu mangsa banjir di Kelantan. Peserta dari kampus Pasir Gudang turut melibatkan diri dalam program ini. Kampus Segamat dan Pasir Gudang masing-masing menghantar seramai 36 mahasiswa bagi melengkapkan misi kemanusiaan ini. Bagi kampus Segamat, para peserta terdiri daripada 21 orang pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), 12 orang Komander Kesatria dan tiga orang SUKSIS. Mereka telah berkumpul di bangunan admin seawal tiga petang dan bergerak ke UiTM Machang bersama-sama dengan peserta dari Pasir Gudang. Senarai nama komander yang menyertai program ini ialah:

1. Lt.M(K) Mohd Syafizi bin Shahrani
2. Lt.M(K) Mohamad Ezhar bin Mohd Ehsan
3. Lt.M(K) Hamesah binti Ahmad Zainee
4. Lt.M(K) Nurhaziqah binti Kamni
5. Lt.M(K) Nur Hafizah binti Rahmat
6. KM Nur Hafizah binti Rahmat
7. Lt.M(K) Shazni bin Amim
8. KRM Siti Saliza binti Md Said
9. KRM Marni Addina binti Zulkarnain
10. KRM Muhammad Zulfadhli Fazoli bin Zakaria
11. KRM Muhd Atiff bin Azizi
12. KRM Muhammad Zikrib bin Hairuddin

Pada hari kedua, 8.15 pagi, para peserta dari kampus Segamat telah bertolak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Mak Wan manakala kampus Pasir Gudang pula bertolak ke SK Manik Urai bersama IM4U. Mereka juga turut ditemani Menteri Pertahanan, Dato' Hishammuddin yang datang dengan menaiki helikopter. Peserta dari Segamat mengemas dan membersihkan surau, bengkel, kelas darjah satu dan dewan terbuka. Tepat pada pukul 6 petang, mereka pulang semula ke UiTM Machang. Pada pukul 8 malam, mereka menikmati nasi goreng sebagai hidangan untuk makan malam.


 

Pada hari yang berikutnya, peserta dari Segamat bersarapan bersama-sama dengan peserta dari Pasir Gudang pada pukul 7.00 pagi. Selepas mengisi perut, mereka bertolak ke UiTM Kota Bahru untuk menghadiri majlis perasmian sukarelawan mangsa banjir yang turut disertai Ayahanda Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Majlis perasmian ini boleh dilihat di kaca televisyen saluran RTM 1. Pada waktu tengah hari, mereka bergerak ke SK Pangkal Mak Wan untuk menyambung kerja-kerja membersihkan sekolah tersebut bersama peserta dari Pasir Gudang. Kali ini, mereka membersihkan pra-sekolah dengan beberapa kawasan yang lain. Setelah selesai tugasan, mereka kembali semula ke UiTM Machang untuk berehat. Kedua-dua peserta dari kampus Segamat dan Pasir Gudang berganding bahu dalam menyediakan makan malam iaitu sardin, kari dan kubis pada pukul lapan malam.






 

Tibalah hari terakhir mereka di Kelantan iaitu pada enam hari bulan Januari 2015. Mereka mula mengemas barang-barang seawal 6.45 pagi dan menunggu ketibaan bas di bawah blok penginapan mereka. Mereka bersarapan bersama-sama dengan peserta Pasir Gudang pada pagi itu serta turut memasak makanan tengah hari iaitu bihun goreng. Pada pukul 11.00 pagi, mereka akhirnya pulang semula ke UiTM Segamat.


 

Sambutan Maulidur Rasul 1435H

Pada 3 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiulawal 1435H, JPKK UiTM Segamat telah menyertai Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan yang diadakan di Dataran Segamat. Seramai 35 orang komander dan dua orang pegawai kehormat, Mejar (K) Ujud bin Pabil dan Left. (K) Mohd Jamil Bin Sulung telah menyertai perarakan Maulidur Rasul. Laluan perarakan tersebut ialah daripada Dataran Segamat hingga ke Masjid Jamek Segamat.

Seperti julungkalinya, Sambutan ini diadakan untuk meraikan Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW dan mengingati serta menghayati pengorbanan dan sumbangan Nabi Junjungan kita sehingga hari ini. Sayang rasanya jika kita sebagai Umat Nabi Muhammad tidak mengetahui akan tarikh kelahiran Junjungan kita. Sambutan yang julungkalinya ini bukan sahaja memperingati junjungan kita, bahkan majlis-majlis sambutan seperti ini memberi peluang kepada kita sebagai umat untuk merebut seberapa banyak pahala dengan berselawat ke atas Junjungan Nabi kita.

Majlis-majlis seperti ini kebiasaanya bukan sahaja dipenuhi dengan ceramah, malahan pelbagai program lain diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Seperti juga program yang kami semua sertai pelbagai aktiviti telah di adakan bertujuan untuk memenuhi tentatif program. Berikut merupakan serba ringkas tentatif program :-

8.00 pagi    :         Berkumpul di Dataran Segamat
8.30 pagi    :         Taklimat ringkas mengenai perarakan ke Majis Jamek Segamat
8.45 pagi    :         Perarakan bermula (Pertandingan perarakan dan sepanduk terbaik)
10.30 pagi  :         Jamuan dan bacaan ayat Al-Quran
11.00 pagi  :         Ceramah