MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, January 15, 2013

MESYUARAT AGUNG KOMPENI BRAVO


          Pada 20 Disember 2012, Kompeni Bravo telah mengadakan Mesyuarat Agung di Dewan Karyawan 2. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kesatria Negara Kompeni Bravo dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kesatria Negara, Kompeni Bravo semester 1. Majlis dihadiri oleh penyelaras kokurikulum Leftenan Kesatria Encik Jamil Bin Sulong, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim, Presiden Kompeni Bravo, mantan komander, ahli Kompeni Bravo dan pelajar semester 1 Kompeni Bravo sesi Dis 2012 – Mac 2012.

      Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh KRM Saiful Ikram Bin Muzaimi bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan di mulakan oleh KM Fatin Nurizzati Binti Abu Bakar, selaku mantan Ketua Kompeni Bravo. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh jawatankuasa yang lama sekaligus membubarkan Jawatankuasa Sesi Jun 2012-November 2012. 
Ucapan Mantan Ketua Kompeni KM Fatin Nurizzati Binti Abu Bakar

        Seterusnya majlis di teruskan lagi dengan ucapan daripada KM Amer Syazwan Bin Mansor selaku Ketua Kompeni Kesatria Negara, Kompeni Bravo. Beliau memberikan ucapan dimana dalam ucapan tersebut beliau telah memberitahu tentang kursus-kursus yang terdapat dalam Kompeni Bravo dan juga aktiviti-aktiviti semester lepas serta mengharapkan kesungguhan dan kerjasama para pelajar semester ini untuk terus bersemangat dalam usaha memperoleh kejayaan didalam aktiviti dan pertandingan yang akan datang. Beliau melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi Kompei Bravo Sesi Dis 2012 – Mac 2013. 
Ucapan Ketua Kompeni KM Amer Syazwan Bin Mansor
      Wakil top 5, KM Muhamad Jasman Bin Abu Bakar memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi Sesi Dis 2012 – Mac 2013. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni Bravo dan semoga Kompeni Bravo akan terus menjuarai setiap pertandingan yang akan datang.
Ucapan Wakil Top 5 KM Muhammad Jasman Bin Abu Bakar
           Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Left Kest Jamil Bin Sulong, selaku Penyelaras Kesatria Negara. Beliau berharap pelajar kokurikulum Kompeni Bravo dapat memberikan kerjasama dengan para komander Kompeni Bravo dalam menjalankan aktiviti semester ini.
Ucapan Penyelaras Kesatria Negara Left Kest Jamil Bin Sulong
        Majlis berakhir selepas tanyangan multimedia dan para tetamu jemputan di jemput untuk menjamu selera.

ANNUAL GENERAL MEETING KOMPENI ALPHA


Pada 19 Desember 2012, Kompeni Alpha telah mengadakan Annual General Meeting di Dewan Karyawan 2. Tujuan utama ia diadakan adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Kesatria Negara , Kompeni Alpha dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor kepada pelajar Kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Alpha semester 1. Majlis dihadiri oleh Penyelaras Kokurikulum Kesatria Negara , Left. Kest Jamil Bin Sulong, Jurulatih Kokurikulum Kompeni Alpha, Encik Abdul Aziz Bin Idrus dan Encik M. Sahlan Bin Taip, Ketua Kompeni Alpha, KM Nor Anis Azura Binti Norzam, Mantan Ketua Kompeni Alpha, KM Muhammad Faidi Bin Safarrudin, wakil top 5,  Majlis Tertinggi Komander Kesatria dan ahli-ahli Kompeni Alpha.
backdrop kompeni Alpha
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ahmad Syazril Zarif bin Mohamad bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. Ucapan daripada KM Muhammad Faidi Bin Safarruddin  selaku Mantan Ketua Kompeni Kesatria Negara 1, Kompeni Alpha.Beliau mengucapkan terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan sepanjang pemerintahan beliau. Beliau telah membubarkan jawatankuasa sesi Jun 2012 – November 2012.
Ucapan mantan Ketua Kompeni KM Muhammad Faidi bin  Safarruddin
Seterusnya, ucapan diteruskan lagi dengan ucapan Ketua Kompeni Alpha, KM Nor Anis Azura Binti Norzam. Beliau memberikan ucapan dimana dalam ucapan tersebut beliau telah memberitahu tentang kursus-kursus yang terdapat dalam Kompeni Alpha dan juga aktiviti-aktiviti semester lepas serta mengharapkan kesungguhan dan kerjasama para pelajar semester ini untuk terus bersemangat dalam usaha memperoleh kejayaan didalam aktiviti dan pertandingan yang akan datang sekaligus melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi Kompei Alpha sesi Desember 2012 – April 2012.

Ucapan Ketua Kompeni KM Nor Anis Azura Binti Norzam
Wakil top 5, KK Mohd Syafiq Bin Hashim memberikan ucapan dan memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-VI UiTM Johor bagi sesi Desember  2012 – April 2012. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap  bahawa pemerintahan pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni Alpha dan semoga Kompeni Alpha akan terus menjuarai setiap pertandingan yang akan datang.
Ucapan Wakil Top 5 KK Mohd Syafiq Bin Hashim
Penyelaras Kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Alpha Left Kesatria Jamil bin Sulong menyampaikan amanat kepada pelajar Kokurikulum Kompeni Alpha. Beliau juga  mengucapkan ribuan terima kasih, kepada semua pegawai, tenaga-tenaga pengajar, pihak pengurusan, serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam menguruskan Kompeni Alpha. Beliau mengajak pelajar Kokurikulum mengikuti program LIBK iaitu Latihan Insentif Bakal Komander,,dimana latihan ini akan melatih anda untuk menjadi seorang komander yang berwibawa dan berdisiplin. Mesyuarat berakhir apabila selesainya persembahan multimedia dan para tetamu dijemput untuk menikmati selera sebelum bersurai.
Ucapan Penyelaras Kokurikulum Kesatria Negara 1
Kompeni Alpha Left Kesatria Jamil Bin Sulonng

AGM KOMPENI CHARLIE


          Pada Mesyuarat Agong kali ini KRM Nur Afifa Binti Mohd Jais telah bertindak sebagai pengerusi majlis.  Ucapan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras kokurikulum, Leftenan Kesatria Encik Jamil bin Sulong, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KMdy Muhammad Firdaus Naim bin Jahari, Ketua Kompeni Charlie, komander, dan pelajar  kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Kompeni Charlie sesi Des 2012 –Apr 2013. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Kompeni Charlie bagi sesi Jun 2012 – Nov 2012 telah dilakukan oleh KM Dayang Suraya Binti Sabtu, selaku Ketua Kompeni Charlie pada sesi Jun 2012 – Nov 2012.
backdrop kompeni Charlie
           KM  Dayang Suraya binti Sabtu selaku ketua kompeni pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 yang hadir kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada mesyuarat agong kali ini.  Beliau menerangkan tampuk kepimpinan kompeni Charlie yang disertai oleh pelajar gabungan program Pengurusan Perniagaan dan Pengurusan Perniagaan Pengangkutan.  Di samping itu, beliau berharap supaya pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 memberi komitmen dan menghadiri segala aktiviti yang telah dijalankan.

            KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim, selaku wakil TOP 5 mengucapkan selamat datang kepada pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1.  Beliau berharap para pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada para komander kesatria. Beliau juga berharap pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni Charlie.
ucapan KK Mohd Syafiq Bin Abu Hashim
Leftenan Kesatria Encik Jamil bin Sulong selaku penyelaras kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie berucap kepada pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 agar mereka memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih.  Beliau juga menerangkan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 sepanjang semester ini.  Di samping itu, beliau menerangkan sedikit sebanyak tentang peraturan ketika berada di padang kawad dan sahsiah rupa diri yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1. Persembahan multimedia yang memaparkan Ahli Jawatankuasa  Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie sesi Jun 2012 - November 2012  untuk diperkenalkan kepada para tetamu VIP dan pelajar Kokurikulum yang hadir. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas juga telah dipertontonkan kepada para tetamu yang hadir. Maka berakhir sudah majlis pada malam itu.
Ucapan Jurulatih Leftenan Kesatria Encik Jamil Bin Sulong 

Jambori (KELANTAN)


            Pada 3 November 2012 yang lepas, telah diadakan Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 08/2012 di UiTM Machang, Kelantan.Program ini berlangsung selama 5 hari iatu bermula pada 3 November 2012 sehingga 7 November 2012. Seramai 35 orang Komander Kesatria UiTM Johor dihantar untuk menyertai program ini.
35 orang ahli jambori bersama jurulatih
Sebanyak 13 kotinjen dari UiTM seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah menyertai Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 08/2012. Sebanyak 3 acara yang dipertandingkan. Antaranya ialah Kawad Kaki, Rempuh Halangan dan Koir.
kawad kaki
latihan kawad kaki
Pada 2 Oktober 2012, kami telah bertolak pada 9.00 pagi dan sampai pada 9.00 malam. Selepas sahaja kami sampai, kami dikehendaki untuk membuat pendaftaran dan kami diberi tempat penginapan. pada pukul 10.00 malam pula, adalah sesi taklimat. Pada keesokan harinya diadakan raptai perasmian Jambori. Pada waktu malam, diadakan sesi taklimat untuk aktiviti seterusnya.
Pada keesokan harinya, iatu pada 4 Oktober 2012, adalah Pertandingan Kawad Kaki. Pertandingan ini adalah acara yang dinanti-nantikan oleh para kotinjen. Komander Kesatria UiTM Johor telah menghantar 35 orang komander termasuk simpanan untuk menyertai pertandingan ini dan pertandingan ini diketuai oleh KK Mohd Syafiq bin Abu Hashim. UiTM Johor,mendapat tempat giliran yang ke-5 untuk membuat persembahan. Pada pukul 2.30 petang, iatu selepas Pertandingan Kawad Kaki telah diadakan raptai Perasmian Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 08/2012. Pada waktu malam pula, telah diadakan pertandingan berkoir. Komander Kesatria UiTM Johor mendapat giliran yang pertama. Lagu yang dinyanyikan ialah Bahtera Merdeka menggunakan minus one. Semuanya berjalan dengan lancar.
Pada 5 Oktober, adalah acara rempuh halangan. Acara ini disertai oleh 15 orang komander,10 siswa, 5 sisiwi. UiTM Johor telah mendapat tempat giliran yang ke-12 dalam acara ini. Terdapat beberapa  halangan yang amat mencabar. Kebanyakan kampus mendapat penalti di monkey rank,tetapi Alhamdulillah komander- komander UiTM johor dapat melepasi halangan tersebut.  Di tembok 12, komander-komander kami telah berjaya melepasi halangan itu denga sekali cubaan dan hanya mengambil masa 7 minit 6 saat. Dalam acara ini, Uitm Johor telah mendapat tempat yang ke-2.Pada pukul 3 petang, kami telah menyertai raptai perbarisan pertauliahan.Pada waktu malam pula, diadakan ceramah pemimpin kelas perdana. Selepas itu kami diberi pelepasan untuk berehat.
rempuh halangan nombor 2
meraikan kemenangan rempuh halangan
Pada 6 oktober 2012, telah diadakan pertauliahan komander dan majlis penutupan Jambori siri ke 8/2012. Majlis berlangsung sampai pukul 3 petang. Pada waktu malam, kami ke Hotel Renaissance Kota Bharu bagi menyertai acara makan malam Penutupan Jambori siri 8/2012. Di situ juga berlangsungnya Majlis pertauliahan untuk komander yang bakal menamatkan pembelajaran mereka di UiTM. KMdy Nur Syuhada binti Mohd Taib telah merangkul gelaran Komander siswi terbaik seluruh UiTM. Pencapaian ini amat membanggakan Komander Kesatria UiTM Johor. Tahniah diucapkan.
Anugerah Komander Siswi Terbaik seluruh UiTM kepada
KMdy Nur Syuhada binti Mohd Taib

Pada keesokan hari bersamaan 7 Oktober 2012, semua telah bersiap-siap untuk pulang ke destini masing-masing.

LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER SIRI KE-22


Pada 21 Oktober yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Negara Batalion VI dengan kerjasama Unit Kokurikulum UiTM Johor Kampus Segamat telah mengadakan program Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri ke - 22 . Program ini disertai oleh 57 orang dan dikendalikan oleh Komander - Komander Kesatria Negara yang terlatih .
LIBK ini berlangsung selama 12 hari dan disertai oleh UiTM Kampus Johor Bahru .  Pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini berlangsung antaranya adalah kawad kaki, penunjuk arah, jalan lasak dan sebagainya .

latihan kawad kaki dan persediaan untuk passing out

aktiviti praktikal membaca peta dan menggunakan kompas di Asahan

Para peserta di bahagikan kepada 4 platun. Setiap platun dilatih oleh 4 orang jurulatih iaitu En M.Sahlan bin Taip , En.Abdul Aziz bin Idrus En. Arshad bin Hj.Mohd Syukur dan En. Hashim Bin Hj M. Kasbi. Bermula dengan senaman pagi  di sekitar kawasan UiTM, kemudian diikuti dengan latihan kawad kaki . Pelbagai karenah dapat dilihat sepanjang aktiviti ini berlangsung .
   Selang beberapa hari kemudian ,para peserta LIBK dibawa ke Bukit Asahan,Melaka untuk latihan pandu arah . Segala aktiviti pada hari itu berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kumpulan pandu arah sesat ketika menjalankan latihan . Kegembiraan bertambah apabila peserta - peserta LIBK berpeluang mengadakan perkhemahan di Tasik Cincin,Melaka .
     Pada hari terakhir pula , majlis penutupan atau lebih dikenali dengan 'Passing Out' telah berlangsung . Majlis penutupan ini dirasmikan oleh General Kesatria Prof.Madya DR.Haji Omar bin Samat iaitu Rektor UiTM Johor kampus Segamat . Selain itu, berlangsungnya majlis penyerahan bendera Jambori kepada Komander Kesatria . Pemenang bagi kawad kaki terbaik jatuh kepada Jiman Bin Md Daim . Bagi akademik terbaik jatuh kepada Natasya Amira Binti Abdul Rahim dan ketua platun terbaik jatuh kepada Mohd Syafizi Bin Shahrani.

passing out
batch 22 bersama pegawai dan komander pengiring

Selepas itu, majlis pemakaian pangkat oleh ibubapa masing - masing berlangsung . Ibu bapa serta adik - beradik turun padang bagi memeriahkan lagi majlis ini .
      Kesimpulannya , program selama 12 hari ini berjalan dengan jayanya tanpa berlakunya sebarang masalah dan gangguan . Tahniah kepada batch 22 yang baru sahaja menjalani Latihan Intensif Bakal Komander . Selamat Datang ke Komander Kesatria Negara Batalion VI.