MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, November 06, 2023

 SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-66


Pada 31 Ogos 2023 bersamaan dengan hari Khamis yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah menyertai Majlis Perbarisan, Perarakan Dan Perhimpunan Hari Kebangsaan Kali Ke-66 Peringkat Daerah Segamat Tahun 2023 bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66. Sambutan ini bertempat di Dataran Segamat.


UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada 36 orang anggota Komander Kesatria bagi pertandingan perbarisan dibawah kategori Pengajian Tinggi/Sekolah Menengah. Latihan kawad merdeka telah diadakan selama empat hari bermula daripada 27 Ogos 2023 bersamaan dengan hari Ahad di UiTM Segamat, Johor.

 

Perbarisan ini telah diketuai oleh Komander Kanan Muhammad Syaqiq Bin Md Yazid. Bukan itu sahaja, perbarisan ini juga turut disertai oleh Timbalan Pegawai Memerintah iaitu Komander Madya Ahmad Naeiman Bin Ahmad Tajudin sebagai pembawa bendera dan Pegawai Operasi Biro iaitu Komander Madya Nurdini Balqis Binti Nordin sebagai pembawa sepanduk.






Selain itu, Sambutan Hari Kebangsaan ini juga telah disertai oleh pasukan Brass Band. Para peserta berkumpul seawal jam 7.00 pagi sebelum memulakan perbarisan perarakan masuk ke pentas utama di Dataran Segamat. 




Lebih membanggakan lagi apabila Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah menjadi johan dalam Pertandingan Perbarisan kategori Pengajian Tinggi/Sekolah Menengah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang menyertai Sambutan Hari Kebangsaan ini.



No comments:

Post a Comment