MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, November 06, 2023

 KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) SIRI 11/2023  

  

      Pada 4 hingga 9 September 2023 yang lalu, Komander Johor telah menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 11/2023 yang bertempat di UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang. Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan iaitu Duathlon, Jalan Lasak, Mountain - Bike Orienteering (MTB – O), Obstacle Challenge (OC), Score Orienteering (SCORE – O) dan Tug Of War. Komander Johor telah menyediakan kekuatan dari segi mental dan fizikal dengan mengadakan latihan sejak awal lagi. Komander Johor turut memberikan komitmen yang baik dan sentiasa bersemangat sepanjang sesi latihan berlangsung bagi meningkatkan lagi stamina dan prestasi diri. Komander dari Pasir Gudang juga turut menghadirkan diri ke UiTM Kampus Segamat bagi menjalani latihan bersama - sama.  

  

Komander Johor bertolak ke UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang  


Pendaftaran peserta bermula pada 4 September 2023 dan para atlet telah diberi taklimat berkaitan dengan setiap acara KKEC yang akan dijalankan serta pengenalan bagi setiap kampus. Pada 5 September 2023, Ujian Trek Pertandingan telah diadakan bagi acara Duathlon, Jalan Lasak dan MTB Orienteering.  

Pada 6 September 2023 bersamaan jam 8.00 pagi, acara pertama dimulakan dengan acara Duathlon. Bagi acara ini melibatkan penyertaan bagi kategori berpasangan Siswa dan Siswi. Johan bagi acara Duathlon dimenangi oleh UiTM Cawangan Perlis, Naib Johan dimenangi oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Tempat Ketiga dimenangi oleh UiTM Cawangan Melaka.  

Peserta acara Duathlon 

 

Pada 7 September, acara MTB Orienteering telah dijalankan sebagai acara kedua bagi Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) yang berlangsung pada jam 8.00 pagi. Komander Johor telah menghantar empat orang peserta dikalangan siswa dan siswi. Secara keseluruhan bagi acara MTB Orienteering, Johan bagi Kategori  Siswi disandang oleh UiTM Cawangan Johor, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perak dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Kelantan. Bagi Kategori Siswa pula, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perak, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perlis dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan


                                         

Peserta acara MTB Orienteering kategori siswi

 

Peserta acara MTB Orienteering kategori siswa  

Pada jam 8.45 malam pula telah berlangsung acara Jalan Lasak. Komander Johor telah menghantar 2 kategori iaitu kategori siswi dan siswa. Acara ini merupakan acara wajib bagi Pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC). Johan bagi Kategori Siswa disandang oleh UiTM Cawangan Shah Alam, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Perlis dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Pahang manakala bagi Kategori Siswi, Johan disandang oleh UiTM Pahang, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Shah Alam dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Johor.

 

Peserta acara Jalan Lasak kategori siswa

  

Peserta acara Jalan Lasak kategori siswi
                  

Seterusnya, pada 8 September 2023 , acara Score Orienteering pada jam 8.00 pagi telah berlangsung. Acara ini melibatkan 2 kategori iaitu Kategori Siswa dan Kategori Siswi. Secara keseluruhan bagi acara Score Orienteering, Johan bagi Kategori Siswa disandang oleh UiTM Cawangan Johor, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Shah Alam dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Pulau Pinang. Bagi Kategori Siswi, Johan disandang oleh UiTM Cawangan Kelantan, Naib Johan disandang oleh UiTM Shah Alam dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Sabah.  

  

 

                          

Peserta acara Jalan Lasak kategori siswi

                                   

Pada 9 September 2023, acara keenam telah dijalankan iaitu acara Obstacle Challenge yang melibatkan 2 orang siswa dan 2 orang siswi bagi setiap kampus. Acara ini berlangsung di Litar Rempuh Halangan dan sekitar UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang. Johan bagi acara Obstacle Challenge disandang oleh UiTM Cawangan Sabah, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Melaka dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Pada jam 2.30 petang pula, Pasukan Tarik Tali Komander Johor telah berjaya ke pusingan akhir. Johan bagi acara Tarik Tali disandang oleh UiTM Cawangan Perlis, Naib Johan disandang oleh UiTM Cawangan Melaka dan Tempat Ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Johor.  

 Peserta acara Obstacle Challenge

                      

Peserta acara Tarik Tali 

  

Pada 9 September 2022, Majlis Penutup Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 11/2023 yang bertempat di UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang telah diadakan. Majlis Penutup ini diadakan bagi meraikan para atlet yang telah berusaha dan bertungkus lumus meraih kejayaan demi kampus masing-masing. Majlis diteruskan lagi dengan Gimik Perasmian Penutup KKEC serta pengumuman bagi juara keseluruhan KKEC Siri 11/2023.  

 

Berikut merupakan keputusan rasmi keseluruhan pertandingan KKEC UiTM Siri 11/2023;   

1. UiTM cawangan Perlis  

2. UiTM cawangan Shah Alam  

3. UiTM cawangan Johor


Komander Johor telah meraih Tempat Ketiga dalam pertandingan KKEC Siri 

11/2023

  

Akhir sekali, majlis diteruskan lagi dengan penyerahan Bendera Kejohanan kepada Tuan rumah KKEC 2023 yang bakal berlangsung pada tahun hadapan iaitu UiTM Cawangan Terengganu. Pertandingan KKEC ini secara keseluruhannya bertujuan untuk meningkatkan kemahiran fizikal dan kekuatan mental setiap peserta untuk sentiasa mempunyai semangat daya saing. Para Komander UiTM bagi setiap kampus membuktikan bahawa mereka mempunyai sifat semangat setia kawan dan sanggup berjuang berhabisan-habisan demi kemenangan dengan usaha dan penat lelah mereka bagi meraih kemenangan dalam pertandingan ini. 

Setiap acara yang dipertandingkan telah selesai dengan jayanya. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada setiap atlet yang terlibat. Bagi meneruskan matlamat Juara KKEC yang  akan datang, diharapkan agar para atlet tidak berputus asa dan sentiasa bersemangat untuk terus bangkit bagi merangkul gelaran Juara KKEC pada tahun hadapan. Semoga kita dapat berjumpa lagi di Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 12/2024.  

  ONCE A COMMANDER, ALWAYS A COMMANDER !   


No comments:

Post a Comment