MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, November 06, 2023

 Pada tanggal 7 Oktober 2023 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Oktober 2023 - Februari 2024 yang bertempat di Lecture Theatre 1 (LT 1). Majlis ini diadakan bertujuan untuk melantik Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria yang baharu sekaligus Penyerahan Bintang dan Pingat bagi Atlet Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 11/2023.


Pengacara Majlis

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Seterusnya, majlis diiringi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh KRK Muhammad Farid Zikry Bin Hamdan. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat iaitu KK Muhammad Syaqiq Bin Md Yazid sekaligus melantik Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bagi sesi Oktober 2023 - Februari 2024. Beliau sangat berharap pemerintahan yang baharu ini dapat melahirkan Komander yang berprestasi tinggi serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang diberi.

Ucapan daripada Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat Sesi Oktober 2023 - Februari 2024


Majlis diserikan lagi dengan ucapan serta amanat yang amat bermakna daripada Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat iaitu Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST). Dalam ucapan beliau, beliau menyentuh tentang semangat kerjasama yang dibawa oleh pasukan Komander Johor yang mewakili UiTM Cawangan Johor bagi Perbarisan Kemerdekaan serta Pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) baru-baru ini sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bagi sesi Oktober 2023 - Februari 2024.


Ucapan daripada Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat



Majlis diteruskan lagi dengan Upacara pemakaian pangkat oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) dan diiringi oleh Lt. M Nurul Syazana Binti Misbah (KEST) bagi Barisan Kepimpinan Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, Cawangan Johor, Kampus Segamat. Pemakaian pangkat dimulai dengan pangkat Komander Muda bagi KM Muhammad Daniel Bin Mohd Nizam dan KM Nur Afiqah Binti Ahmad Nizam bagi jawatan Ketua Kompeni. Kemudian, majlis beralih kepada Gimik Penyerahan Bintang dan Pingat bagi atlet Pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 11/2023.



Pemakaian Pangkat Komander Muda


Gimik Penyerahan Bintang dan Pingat bagi Atlet Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 11/2023


Majlis dengan ini menjemput Lt. M Nurul Syazana Binti Misbah (KEST), bagi menyampaikan sedikit cenderahati kepada Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah bersama-sama turut serta dalam majlis ini. Seterusnya, majlis menjemput para tetamu VIP untuk berpindah majlis bagi menyaksikan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh Biro Multimedia. Di samping itu, bacaan lafaz ikrar Komander Kesatria yang dilaungkan oleh KK Muhammad Syaqiq Bin Md Yazid, Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI sesi Oktober 2023 - Februari 2024 serta para Komander Kesatria. Dengan berakhirnya lafaz ikrar tersebut, maka berakhirlah Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Oktober 2023 - Februari 2024. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku oleh semua tetamu jemputan dan para Komander Kesatria.




No comments:

Post a Comment